14 Days: 4

264 68 173
                                    

Assalammualaikum, sorry lambat hshshs 🙏🏻 Jemput baca, vote and comments ❤️ Thank you!

| 19112020 |







_____________








KRIUK KRIUK!

Airiq yang tekun menulis itu terus menoleh
ke arah Qirsha apabila terdengar bunyi 'sesuatu'. Terus dihadiahkan jelingan tajam. Qirsha hanya menayangkan wajah selamba sambil memandang perut dan buku latihan bersilih-ganti.

Dia lapar!

Tapi Airiq itu buat pekak je.

"Wey... aku lapar. Jomlah pergi kantin kejap. Tak lari pun buku-buku tu," pujuk Qirsha sambil membuat muka sedih. Harap pujukan ini berkesan. Dia betul-betul lapar kot!

"Memanglah buku-buku tu tak lari tapi... waktu yang lari tinggalkan kita berdua."

Qirsha memasamkan muka dan membuang pandangan ke arah lain. Ataupun erti kata lain merajuk! Sampai hati Airiq buat dia macam ini. Jam di tangan dikerling seketika. Dah masuk waktu untuk lunch kot, mamat sebelah ini masih lagi belajar. Geram!

"Okay... fine." Kepala Qirsha terus menoleh ke arah Airiq dan melemparkan senyuman lebar kepadanya. Buku-buku yang berselerak di atas meja batu itu ditutup dan dikemas. Dia berdiri dan menunggu Airiq selesai menyusun dan mengemas bukunya.

"Jom!"

Qirsha berjalan beriringan dengan Airiq sambil berbual kosong. Tanpa amaran, tubuh badannya ditolak kasar oleh seseorang dari belakang sehingga dia terjatuh. Qirsha berdecit perlahan dan menggosok-gosok sikunya yang pedih. Dia mengangkat kepala memandang orang yang menolaknya. Sempat dia melihat riak wajah Airiq yang sudah berubah tegang.

"Ops! Kami nak cakap dengan Abang Airiq je, bukan dengan kau. So, berambus!"

Huluran tangan dari Airiq dia sambut lalu melangkah mendekati dua orang perempuan tersebut. Airiq yang perasan perkara itu terus
menghalang Qirsha dari mendekati mereka berdua. Kedengaran dengusan kuat meluncur
di bibir Qirsha.

"Kau tahu tak siapa depan kita ni? I mean sebelah Abang Airiq tu."

"Siapa tu? Tak kenallah!"

"Alah takkan kau tak tahu? Qirsha Arynna, perempuan yang always dapat result teruk.
Tak belajar ke apa sampai Addmath boleh dapat kosong. Mak ayah dia bagi apa siak sampai jadi bodoh macam tu."

Bibirnya diketap geram sambil menggengam buku lima. Tanpa mempedulikan Airiq, Qirsha melangkah ke arah mereka berdua lalu melayangkan penumbuk di mukanya. Sempat dia melihat nama mereka di nametag. Nama pun macam diva. Sorang Julia, sorang lagi Ros.

"Eh budak Julai! Jaga sikit eh mulut kau tu."
Nada dikeraskan sambil mata mencerlung tajam ke arah Julia. Sebelah tangan ingin sahaja dia lempang ke muka dia orang berdua tapi Airiq lebih pantas menahannya.

"Sebodoh-bodoh aku, result PT3 aku straight A tau. Kau... PT3 pun tak lepas lagi ada hati nak batak," ujar Qirsha geram. Dia menyilangkan kedua belah tangan di dada sambil mata dijuling ke atas. Menyampah pun ada dengan perangai dia orang.

"Eh... kau ingat kau senior kau boleh buat apa apa je? Siapa yang batak sekarang ni?" Ros membantu Julia berdiri lalu kawannya itu melangkah mendekati Qirsha. Tangannya diangkat tinggi ingin menampar muka Qirsha tetapi dihalang oleh Airiq. Pergelangan tangan Julia dipegang oleh Airiq sebelum dicengkam kuat. Terukir senyuman sinis di bibir Airiq.

14 Days [C]Where stories live. Discover now