14 Days: 16

90 15 8
                                    

Assalammualaikum and hai! Sorry ye kalau chapter ni pendek 🙇🏻‍♀️

So yeah, enjoy your reading!

| 31122021 |










RAUT wajah Qirsha berubah seraya mendengar kata-kata yang meluncur keluar daripada mulut Airin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.













RAUT wajah Qirsha berubah seraya mendengar kata-kata yang meluncur keluar daripada mulut Airin. Puan Liza yang berdiri di sebelah Qirsha pantas menenangkan gadis itu. Bahu Qirsha diusap lembut bagi menyalurkan semangat untuknya.

"Astaghfirullahalazim, apa yang Airin cakap ni? Bila Airin siasat semua ni? Mama tak libatkan lagi polis tau. Mana Airin dapat maklumat? Jangan sesuka hati menuduh orang!"

Kedua belah bahu Airin terangkat seraya Mamanya meninggikan suara. Dia mengepal penumbuk dalam diam. Giginya diketap geram sambil mata merenung tajam wajah Qirsha. Kenapa Mama backup Qirsha!

"Airin yang siasat sendiri! Takkan nak biarkan orang yang bersalah bebas, Mama? Airiq tu adik Airin," balas Airin. Dia mengalih pandangan ke lantai. Tak sanggup melihat wajah Mamanya.

"Kalau betullah apa yang Airin cakap, kenapa nak benci and marah Qirsha? Itu bukan salah dia. Itu salah mak dia," jelas Puan Liza dengan lembut. Tangannya ralit mengusap kepala Qirsha yang berada di dalam dakapannya.

Tergamam Airin apabila mendengar balasan dan melihat tindakan Mamanya. Apatah lagi Mama seakan-akan melindungi Qirsha. Mama sepatutnya backup dia bukan orang luar macam Qirsha!

"Qirsha minta maaf," ucap Qirsha sambil menundukkan kepala memandang lantai. Segan untuk melihat wajah Puan Liza dan Airin.

"No, Qirsha tak salah. Sekarang ni, kita doakan yang terbaik buat Airiq," ujar Puan Liza. Dia mengajak Qirsha dan Airin untuk duduk di kerusi yang disediakan. Namun Airin menolak ajakan itu dan terus melangkah meninggalkan Puan Liza dan Qirsha.

''Sampai hati Mama...."





























TIGA minggu berlalu, Airiq berjaya melepasi tahap kritikal dan telah dipindahkan ke private ward. Malangnya dia mengalami koma akibat kecederaan yang teruk di kepala dan tubuhnya.

Tamat sahaja sesi persekolahan, Qirsha terus melangkah menuju ke hospital. Itulah rutin dia selama tiga minggu. Dia nak tebus kesalahan Uminya dengan menjaga Airiq. Walaupun Puan Liza melarangnya, Qirsha tetap berkeras dengan keputusan yang telah dibuat.

"Qirsha tak payahlah susah-susah jaga Airiq. Airin ada. Dia boleh tolong jaga. Doktor dekat sini pun ramai," ujar Puan Liza sebelum menyedut saki baki minumannya.

"No, Qirsha rasa bersalah so biar Qirsha yang jaga Airiq. Kalau ada apa-apa information pasal dia, Qirsha boleh terus bagi tahu, aunty," balasnya sambil menghadiahkan senyuman.

"Tapi..."

"Aunty Liza bolehlah continue dengan kerja-kerja, aunty. Biar Qirsha je okay yang jaga Airiq?" Puan Liza mengeluh berat sebelum mengganguk kepala tanda setuju.

Walaupun tubuhnya penat akibat berulang-alik, tetapi dia gembira. Dapatlah Qirsha balas balik kebaikan yang telah Airiq lakukan kepadanya.

Umi?

Qirsha pun tak tahu Uminya ke mana. Dia cuma berharap Uminya selamat dan baik-baik sahaja. Tak kiralah betapa besar kesalahan Umi lakukan, Umi tetap ibunya. Dia tak ada hak untuk menghukum Umi.

Ting! Ting!

Bunyi notification menyentakkan lamunan Qirsha. Dia mengambil telefon barunya lalu melihat chat yang baru masuk. Tanpa menunggu lama, Qirsha mencari nombor Iman lalu menghubunginya.

"Woi!"

Tanpa salam, Iman terus menjerkah Qirsha dengan nada kuat. Telefon dijauhkan daripada dirinya. Boleh pekak beb dengar suara nyaring Iman ini.

"Macam mana keadaan Airiq?" tanya Iman. Qirsha menoleh kepala ke arah katil Airiq sambil memandangya lama. Dia melepaskan keluhan berat.

"Well, dia still tak sedar lagi. Doktor kata dia based on semangat Airiq nak hidup ke tak," balas Qirsha. Beg yang berisi telekungnya dicapai lalu berjalan keluar dari private ward itu. Dah nak masuk waktu Asar, baik dia terus pergi dekat bilik solat.

"Hah by the way, cikgu dah tanda kertas kau. Dia baru chat aku tadi. So, kau nak ambil sendiri ke atau nak suruh aku?"

Qirsha terdiam buat seketika. Lama betul cikgu ambil masa nak menanda kertasnya. Selalu dalam tiga ke empat hari sahaja.

"Tak apalah, biar aku amik sendiri," balas Qirsha sebelum menutup panggilan telefon. Kakinya dihayun menuju ke tandas. Tiba-tiba rasa nak terkucil.

Tanpa Qirsha sedar, kedengaran tapak kasut seseorang melangkah masuk ke dalam bilik Airiq. Orang itu melakar senyuman sinis sebelum mengunci pintu-pintu di bahagian private ward Airiq.

























SELESAI sahaja menunaikan solat Asar, telekung miliknya dilipat kemas dan dimasukkan ke dalam beg. Jam di tangan dikerlingnya sepintas lalu.

'Dah pukul 5 petang,' gumam Qirsha perlahan. Dia menapak keluar dari bilik solat lalu berjalan menuju ke arah private ward Airiq. Bilik solat itu agak jauh dari wad Airiq. Ambil masa sedikit untuk dia sampai dekat wad Airiq.

Raut wajahnya berubah pelik seraya melihat hampir semua pintu dikunci dengan mangga kecuali bilik solat. Mungkin disebabkan bilik tersebut agak tersorok, jadi orang tak perasan.

'Mak aih, sunyi gila!' omelnya perlahan. Dia berjalan dengan laju disebabkan bimbang dengan keadaan Airiq. Lagi pula, Airiq sekarang keseorangan dan Aunty Liza bekerja di luar kawasan.

Titt... tittt!

Langkah Qirsha mati apabila terdengar bunyi bising mesin ventilator yang berpanjangan. Jantungnya makin berdegup laju apabila bunyi mesin tersebut datang dari wad Airiq. Seluruh tubuhnya menggigil ketakutan.

Tak mungkin.













TBC

Teruskan menyokong 14 Days ❤️

| read, vote and comments |

14 Days [C]Where stories live. Discover now