Chapter 6 : 'Kelemahan Phantom'

Start from the beginning
                                    

Jadi setiap pelajar akan berkongsi rumah dengan pelajar lain yang terdiri daripada empat orang Guardian dan empat orang Alfa. Maka ianya menjadi tanda tanya kepada Skull kenapa cuma mereka sahaja di rumah tersebut.

Meena : "Oh. Aku ada tanya Shasha sebelum ini. Katanya, lagi dua bilik itu memang dah ada student duduk. Tapi dia orang tak balik daripada misi lagi. Aku pun tak faham misi yang dia maksudkan itu."

Skull : "Misi penaikan gred."

Selamba Skull menjawab persoalan Meena.

Meena : "Apa?"

Meena sekilas memandang ke arah Skull dengan penuh persoalan. Muka Meena ini, celah mana sahaja dia tak bertanya? Kalau dia tak bertanya, bukan Meenalah itu.

Skull : "Kita memang akan ada kelas macam student lain. Tapi misi untuk gred itu tak semua orang ada pangkat itu."

Meena masih lagi dengan muka tidak memahami apa yang Skull cuba maksudkan.

Skull : "Tak faham? Aku boleh agak itu. Muka kau ini apa sahaja yang kau faham sebenarnya hah?"

Meena : "Hei, aku akan faham kalau kau cerita betul-betul. Ini kau macam nak tak nak sahaja cerita."

Skull : "Haiz.... Okeylah. Aku akan cerita perlahan-lahan. Kita akan belajar macam kebiasaannya. Tapi kau kena tahu yang kita ini tak ada istilah graduasi."

Meena : "Apa? Kita tak ada graduasi? Habis itu, apa motif kita masuk sini? Tak ada apa-apa sijillah nanti yang kita akan dapat?"

Skull : "Tak ada, cik. Itu yang kau tak tahu itu."

Meena bermurung setelah mendengar kata-kata Skull.

Meena : "Kalau macam itu, apa gunanya kita belajar pandai-pandai di sini...?"

Skull  mengusutkan kepalanya terpaksa melayan Meena yang hendak memulakan dramanya.

Skull : "Kita kalau dah masuk sini terus dapat kerja under agensi ini."

Meena : "Maksud kau, kerja kita nanti kena berlawan sana sini?"

Skull : "Kau ingat Guardian ini kerjanya berlawan sahaja ke?"

Meena : "Kau cakap Guardian ini kerjanya asyik berlawan sahaja."

Skull : "Bila masa aku cakap macam itu?"

Memang tak ke sudah mereka ini berdebat.

Skull : "Sudahlah. Kau nak tahu fasal misi gred itu atau pun tak nak? Aku dah malas nak layan kau ini."

Meena : "Hmm.... Sekejap lagilah. Bagi aku siapkan masak ini dulu."

Meena terus tidak menghiraukan Skull. Merajuk sudah. Skull hendak mengambil hati Meena semula, dia terus berjalan memasuki dapur semula.

Skull : "Ada apa-apa yang boleh aku tolong ke?"

Meena : "Aaa, tolong hiriskan bawang putih itu."

Skull : "Bawang putih?"

Skull terus terpaku mendengar arahan Meena. 

Meena : "Ye. Kata nak tolong?"

Skull : "Selama ini kau masak omelete itu guna bawang putih ke?"

Meena : "Tak. Tapi kali ini aku nak guna resipi baru."

Skull : "Tak payahlah guna bawang putih."

Arah Skull seboleh-boleh meminta Meena tidak menggunakan bawang putih dalam resepinya itu.

Guardian Academy : The Last Phantom©Where stories live. Discover now