63. LOST

894 118 11
                                    

Carla terhumban jauh. Badannya terbenam dalam salji dan tidak terdaya untuk bergerak lagi. Akar menjalar keluar dari tanah menembusi salji lalu kaki dan tangan Carla dibelit. Tiba-tiba akar itu terputus apabila dicantas sebilah pedang Rena. Wanita bernama Flora terawang-awang memijak akar-akar pokok berwarna coklat.

"Carla, bangun."

"Kalaulah Melda tak ..."

"Hello, di sana tengah bebel apa tu? Cakaplah kuat sikit." Akar-akar pokok bergerak-gerak seperti tangan sotong. Wanita berambut hitam dan berpakaian putih bercekak pinggang dengan wajah kebosanan.

Rena memacak pedang. Rantai Kristal tergantung pada leher digenggam sekejap. Tiada pilihan lain, serangan ini dapat dihalang maka dia terpaksa panggil Goerth untuk memberi sokongan. Dia tahu Flora tidak menggunakan kekuatan sebenarnya dan mungkin ini hanya sekadar main-main sahaja. Flora mampun mengawal alam manakala Rena pula mengawal tanah. Memang kena bila mereka bertembung. Agak sukar untuk Rena menewaskan Flora kerana hampir setara. Ingin tahu juga macam mana Flora ini boleh berada di pihak Vladmir.

"Aku nak tanya kau satu soalan."

Flora mengangkat kening. Akar pokok mahu melibas Rena, serentak itu dinding tanah muncul di hadapan Rena sebagai pelindung. Sakit hati serangan tidak mengena, Flora makin galak melibas-libas. Disebalik dinding Rena menahan sekuat mungkin. Setiap libasan memberi tekanan kepadanya, dia berganjak ke belakang.

"Aku minta maaf kerana tak mampu buat apa-apa." Kata Carla kesal seraya bangun.

"Tak apa aku faham." Kaki dihentak-hentak. Serangan Flora tiba-tiba serangan Flora terhenti dan dinding berguguran jatuh. Mata tertumpu pada gumpalan tanah seakan-akan bola besar! Ianya ligat berpusing sebelum Rena melemparkan ke langit.

Cepat-cepat Rena menekup telinga sebelum letupan besar berlaku yang sangat membingitkan telinga disertakan angin kuat hampir menolak Rena dan Carla. Tanah-tanah terpelanting dipelbagai arah!

Rena mengosok-gosok kelopak mata. Kelibat Flora sudah lenyap dari matanya. Namun begitu, dia tetap berasa gundah meskipun terang-terang dia menyaksikan Flora diperangkap dan dia telah meledakkannya sebentar tadi. Tanah berlitupkan salji merekah sedikit, kelopak bunga ros putih perlahan tumbuh memanjang dan semakin lama membesar sebelum berubah menjadi tubuh manusia.

Rena mengundur tanpa tersedar Carla sudah terbelit dengan lumut hijau di belakang. "Tak mungkin! Kau sepatutnya dah mati dalam letupan." Katanya cemas.

"Kau dan aku sama je. Tak ... mungkin aku lebih kuat dari kau?" Flora mengulum senyuman. Kulitnya putih melepak tambah lagi pakaian putih menampakan dia seperti sang bidadari baharu turun dari kayangan.

Sekitar kawasan Rena berdiri menjadi mendak. Rena yang selama ini bersikap tenang menjadi tidak tentu arah. Flora dan dia seperti buku bertemu ruas!

"Aku kena panggil ... eh? Mana rantai aku?" bertambah panik lagi bila dia meraba-raba leher telah kosong. Rantai Kristal yang dia pakai sudah hilang!

"Ops! Kau cari rantai ini ke?" soal Flora sambil melambung-lambung rantai milik Rena.

Tanah terus mendak sehingga terjadinya satu lubang besar lalu Rena jatuh ke bawah dengan ke dalaman yang tidak dapat dipastikan. Flora bergerak untuk menjengah, terjungkit-jungkit keningnya melihat.

"Kau duduklah dalam tu sekejap. Nanti aku keluarkan, itu pun kalau badan kau tak hancur bersepai dekat bawah itu." Ujarnya sambil menutup mulut.

Flora bergerak mendekati Carla. Terpusing-pusing dia memerhati gadis itu.

"Jangan usik dia!" suara Melda muncul entah dari mana. Tercari-cari juga Flora hinggalah seekor serigala putih muncul.

"Oh-"

White Guardians 2 Where stories live. Discover now