41. FIRE!

1.3K 140 8
                                    

Hidung Ryan terkembang dan terkempis sejak dari tadi. Dia mencelikan mata lalu bangun. Dia dapat rasakan sesuatu yang tidak kena. Tapi dia tak pasti apa yang menganggunya.

"Ada benda yang tak kena malam ni." ujarnya sambil mengusap dagu.  Dia memandang keliling bilik. Tak ada apa pun yang mencurigakan.

Tiba-tiba hidungnya terhidu bau hangit. Semakin lama semakin kuat!  Dia terdengar suara kecoh dari luar yang memekik 'Api' berulang kali. Lantas Ryan bangun. Dia berlari ke arah pintu.  Tombol pintu dipulas perlahan.

Api marak naik ke atas! Ryan terkejut dan berganjak ke belakang.  Api itu mula merebak masuk ke dalam biliknya. 

"Api? Mana datang pula ni? Alamak! Barang-barang aku!" Dia berlari mengambil beg dan barang-barang yang penting.

"Ryan!" panggil Rena di muka pintu. Dia menekup mulut, terbatuk-batuk  kerana asap hitam yang menyesakan dada!

"Macam mana boleh terbakar ni?"

Rena mengeleng lemah.  Dia jatuh melurut dan terbaring di atas lantai. Api mula mengelilingi Rena.

"Rena!" sepantas kilat Ryan mendapatkan Rena.  Dia mencempung badan Rena. Dengan langkah yang tenang Ryan berjalan meredahi api.

Sepanjang jalan syiling dinding habis runtuh! Bunyi letupan api tidak henti-henti kedengaran.  Namun api tidak langsung menyentuh Ryan. Dia berjalan keluar dari api dan dari jauh kelihatan Viez sedang membaringkan Erina di atas tanah. Alice juga sudah terbaring tidak sedarkan diri. Samuel juga ada di situ. Penduduk revolusi berlari bertempiaran menyelamatkan diri! 

"Irene mana?" Viez menyoal terlebih dahulu sebelum Samuel membuka mulut. Samuel melirikan terus mata ke arah Viez.

"Aku tak ada jumpa dia pun ...." Ryan membaringkan Rena di sebelah Erina. "Aku rasa dia dengan Carla dekat pusat rawatan?"

Tanpa membalas Viez dan Samuel terus berlumba-lumba mencari Irene. Sekelip mata sahaja mereka lesap dari pandangan.

"KITA kena keluar dari sini." sambung Surez lagi seraya meramas-ramas rambut. Nak guna kuasa tak boleh, sebab kuasanya telah berkurang dia tak cukup tenaga untuk memadamkan api ini.

Gigi diketap kuat. Matanya sesekali memandang pintu dan tingkap yang semuanya telah dilitupi api.  Memang tak ada jalan langsung untuk dia lepas! 

"Kita tak ada pilihan lain ... saya terpaksa pecahkan pintu dan redah api ni untuk keluar." Surez bercekak pinggang. Dia menoleh ke belakang. Wajah risau Aiyra dipandang.

"Hati-hati ...." balasnya sambil tersenyum kelat. Surez mengusap kepala Aiyra sambil menganguk.

Pintu ditentang kuat hingga berbunyi dentuman. Namun, badan Surez melantun ke belakang! Seperti ada sesuatu lapisan menghalang.

"Awak tak apa-apa ke?"

"Pintu ni macam ada benda yang halang,  saya memang tak boleh nak rempuh."  Surez menggaru kepala yang tidak gatal. Dia beralih pada tingkap pula lalu terus berlari dan meghumban badan ke depan tetapi dia terpelanting ke belakang!

"Tak guna! Kita terperangkap ni." ujarnya cemas.

"Habis kita nak buat apa ni?"

Surez tidak menjawab. Suasana semakin panas. Peluh berjurai-juraian jatuh. Dia kembali menendang-nendang pintu. Syiling bilik yang terbakar jatuh beberapa kali mujur tidak kena mereka.

"Saya risau Irene."luah Aiyra.

Bam!

Katil tiba-tiba meletup!  Serpihan kayu melayang tepat ke arah Aiyra, sepantas kilat Surez menarik lengan lantas dipeluk erat. Serpihan kayu itu menghentam belakangnya. Surez memejam mata menahan sakit.

White Guardians 2 Where stories live. Discover now