PROLOG

7.8K 303 32
                                    

Pintu Maldvis.

Salah satu rahsia yang tergolong dalam cerita mitos di mana sebuah pintu yang menghubungkan dunia purba, roh, dan dunia lain. Setitis darah dari campuran dua dunia, menjadi kunci terbukanya pintu kemusnahan! Kewujudannya tidak dikenal pasti sejak zaman dahulu kala hingga ke hari ini. Ia jarang diperkatakan oleh orang oleh kerana tiada bukti yang pintu itu wujud. Tidak ada yang pernah menemui apatah lagi melihat dengan mata kasar. Hanya mereka yang tidak kenal erti putus asa sahaja bakal menemui pintu tersebut!

Pencariannya juga bukanlah senang seperti yang disangka terutamanya sekali lokasi pintu sehinggalah seorang lelaki biasa telah berjaya menemui. Malang sekali dia tidak tahu untuk membuka gerbang pintu. Generasi demi generasi berganti, keturunannya hanya mencari kunci untuk membuka. Sehinggalah hari ini ....

Kepala digerakan sedikit, bunyi leher berderak patah terhasil lantas dia memegang tengkuk. Dia mendongak ke atas. Cahaya gerhana bulan biru menjadi tatapan mata. Buat seketika dia mengimbas masa lalu.

Nafas dihela berat. Sebuah bilik tidak berpintu  Irene masuk tanpa rasa ragu-ragu. Jantungnya berdetak dengan laju dan dia diserang rasa tidak sedap hati.

"Bonda ...." mata Irene tertacap pada seorang wanita berambut merah di ruangan tengah. Dia berbaring meringkuk dalam keadaan tangan dan kaki diikat besi. Bajunya penuh dengan kesan darah.

"Berani kau datang ke sini?" suara garau dan kasar menyoal. Lelaki berambut hitam keluar disebalik kabus hitam memekat.

"Lepaskan bonda aku,"

"Marilah dapatkan dia." ujarnya sinis. Tanpa berfikir panjang Irene berjalan setapak demi setapak. Setiap langkah jantungnya berdegup dengan laju bagai nak terkeluar. Dia tahu tidakan ini mengundang padah!

"Bonda ... Irene datang ni." Air mata menitis jatuh ke bawah. Irene menghentikan langkah dan serentak itu ada sesuatu menembusi dadanya. Irene terkedu. Nafasnya tersekat-sekat. Jantungnya terasa ditusuk sesuatu tadi seakan berhenti dari berdegup! Perlahan dia rebah ke tanah bersebelahan dengan bondanya. Darah merah mula mencorak mewarnai tanah tersebut.

"Bagus kerja kau, Zeus!"

"Irene! Tidak!" Carla sampai tepat masanya. Tidak semena-mena Zeus terpelanting ke belakang dan Vladmir dicampak ke dinding! Mata Carla menjadi semakin merah. Auranya menjadi lebih kuat berbanding tadi. Zeus kaku tidak boleh bergerak langsung. Dia terkunci!

"Pembelot! Carla berani kau berpaling tadah!" jerkah Vladmir yang melekat pada dinding. Susah payah dia bergerak. Carla tidak membalas. Langsung tidak peduli! Dia melayangkan tubuh ke arah Irene.

"Kau tak boleh mati lagi." Lirih Carla bersuara.

"Terima kasih Carla ... bawa aku jumpa bonda aku ni." Irene tersenyum sebelum menghembus nafas. Carla yang sudah menagis bertambah lagi teresak-esak di situ. Tanpa berfikir panjang ... Vladmir dipandang sebelum beralih pada Zeus. Tubuh Zeus melayang lalu menghentam Vladmir. Berdentum bunyinya!

Dengan kesempatan yang ada, Carla membuka portal. Lingkaran cahaya bulat berwarna merah muncul sekeliling dua jasad yang tidak bermaya lagi. Perasaan sedih tidak dapat dibendung dalam diri Carla lagi. Baru saja dia berbaik dengan Irene ... sekali lagi Irene pergi meninggalkan dia? Oh, tidak! Sudahlah dia tiada keluarga dan orang lain! Cukup dia hidup sebatang kara selama ini! Tidak lama kemudian, dua jasad tadi lenyap dari situ. Hanya tinggal kesan darah yang masih basah.

"Carla pembelot! Argh!" bentak Vladmir. Suaranya bergema mengegarkan ruangan bilik tersebut.


"Carla Evans ... jika aku jumpa dia, akan aku hentak mukanya dengan tangan ini," Tangan dibaluti sarung tangan hitam dipandang lalu mengenggam erat. Sakit hati bila orang kuatnya telah berpaling tadah dan menyembelahi musuh! Dasar pembelot! Terukir senyuman sebelum dia mengorak langkah.

White Guardians 2 Where stories live. Discover now