42. MENYAKITKAN

1.3K 143 7
                                    

Debu-debu hitam bertebaran di merata tempat. Bara api masih lagi menyala merah- kemerahan. Asap tebal mengaburi pandangan mata walaupun api sudah kian melenyap.

Orang-orang yang terselamat berkumpul setempat di tengah kawasan. Wajah mereka kelihatan sungguh muram kerana kehilangan rumah, dan harta. Paling menyedihkan mereka kehilangan nyawa orang yang tersayang! Kebanyakannya mati rentung, tidak dapat menyelamatkan diri.

Irene duduk melutut dalam keadaan yang lesu. Air mata sudah kering. Matanya nampak sembab dan bengkak. Dua jasad yang telah rentung direnung lama. Irene langsung tidak berganjak sejak tadi.

"Aku tak tahu macam mana nak pujuk dia supaya berganjak dari situ." ujar Viez perlahan. Dia berjalan keletihan mendekati Rena dan Alice untuk berehat.

"Entahlah ...  aku pun tak boleh nak kata apa."  balas Alice seraya memandang Irene. 

Kelihatan Ryan dan dua orang lelaki datang mahu mengambil mayat. Runtuhan syiling dialih oleh mereka.

"Jangan bawa mereka pergi." arah Irene dengan suara serak.

"Kita kena kebumikan mereka." Ryan mengerut dahi.

Irene temenung. Mata tidak berkelip langsung. "Tak ... Mereka belum mati lagi."

"Irene sudahlah." Ryan mengeleng kepala.  Dua pisau yang terpacak pada tengkuk dicabut perlahan.

"Tengoklah pisau ni." sambung Ryan lagi.

"Aku tak nak tengok. Aku nak tengok muka ayah dan ibu aku."

Ryan membelek-belek pisau itu. Fikirnya pisau itu mungkin milik kelibat lembaga yang mereka nampak malam tadi. Mana tahu ia dapat membantu nanti. Pisau diletakan ke atas tanah.

"Aku akan bawa mereka pergi."

Kepala digeleng perlahan. "Aku tak percaya semua ni. Aku tak percaya ... aku tak percaya!"

Ryan mengeluh panjang. Kali ini dia tidak penduli lagi. Benda ini harus diselesaikan dengan segera. Irene bagi atau tidak itu dia tak kira. Tak akan hendak biarkan mayat itu lama-lama? Biarkan sampai menjadi busuk dan berkulat?

Mayat Surez dan Aiyra diangkat oleh dua orang lelaki. "Bawa pergi cepat!" arah Ryan sebelum beredar bersama dua lelaki itu.

"Ryan! Kau nak bawa pergi mana!" pekiknya lalu berdiri dan mengejar Ryan dari belakang.

Kakinya terpelosok tanah yang tidak rata, dia tidak dapat mengimbangkan badan lalu jatuh tergolek di atas tanah.  Rena berlari mendapatkan Irene.  Viez?  Hilang mengekori Ryan.

"Janganlah macam ni Irene. Kau kena terima mereka dah tak ada." Rena cuba memujuk dengan nada suara yang lembut.

"Tapi aku ...." Irene sudah kembali berdiri,  cepat-cepat Rena menarik tangan.

"Kalau kau berdegil aku terpaksa guna cara kekerasan supaya kau berhenti buat perangai, Irene." ugut Rena.

Bibir digigit lembut. Tangan Rena direntap kuat. Rena tersentak! Irene tetap berkeras mahu mengejar.  Rena tak ada pilihan lain. Dia terpaksa memukul tengkuk Irene dengan kuat!

BUDAK kecil berambut emas sedang duduk di atas batu besar.  Dia duduk sambil bergoyang kaki. Burung-burung kecil terbang mengelilingi.

"Oh! Ada tetamu datang." ujarnya sambil mendongak ke atas.  Sang matahari dihalang oleh Drycon dan beberapa ekor naga lain.

"Silvanna."

Dia tersenyum manis sambil membetulkan gaun putih yang dipakai.  Drycon dan yang lain mendarat kemas.

White Guardians 2 Where stories live. Discover now