58. PERJALANAN

1.2K 121 4
                                    

Assalamualaikum dan hai semua. First saya nak minta maaf sebab lama tak update. Saya agak sibuk sikit dengan assignment dengan kelas online bagai tu. Kedua, saya minta maaf kalau ada mana2 ayat yang tidak sedap dibaca macam ayat tak seperti sebelum2 ini, sebab saya dah lama tak tulis.  Ha macam tu la faham kan😂. Okay gais saya tak nak merapu panjang tu je haha. Sebelum saya akhiri ayat ni, saya ada publish cerita baru "Hayla the first Order" kalau berminat boleh la baca. *Saya tak paksa tau 😉 Okay dah. Bye2😘

Mereka berdua duduk meninggung di tepi tapak ungun api.  Beg galas milik mereka terletak elok tidak berusik di atas tanah. Bibir mereka kelihatan terkumat kamit sedang membicarakan sesuatu. Mungkin berbual atau mungkin sedang mengumpat seseorang.  

Rena, Ryan dan Samuel berjalan ke hulu ke hilir seakan-akan mencari barang. Mereka bertiga bertemu membicarakan sesuatu dan kemudian berpecah ke tempat berlainan arah. Nampak sangat sedang tergesa-gesa!  Viez?  langsung tidak nampak batang hidung.

Tiba-tiba, Viez muncul.

"Rena!  Aku dah jumpa daun yang kau suruh cari!" pekik Viez yang seboleh-boleh nak satu kampung dengar suaranya. 

"Ah ... Dah balik. Sini tolong aku!"  Rena menjengahkan kepala dari bilik rawatan. Tanpa membalas Viez mengorak langkah sempat dia tertoleh-toleh mencari kelibat Irene. 

"Lambatnya, apa dorang buat ni!" Erina mula merengek. Irene di sebelah sibuk main conteng-conteng tanah. Berkerut dahi Erina melihat bulatan kecil dan bulatan besar yang dilakar mengunakan ranting kayu.

"Apa benda kau buat?"

"Bulat-bulat."

"Bulat-bulat?"

Irene menekan ranting kayu tersebut, terpatah hujung ranting lalu dia paling ke Erina yang dilanda kepelikan. Kemudian Irene mengeleng perlahan.

"Oh ... ho ... dekat sini rupanya! Minta tolong sikit terus hilang." sergah Rena secara tiba-tiba,  bercekak pinggang seraya mata melirik ke bawah. Berselang-seli melihat Irene dan Erina seperti mahu telan mereka berdua hidup-hidup! 

"Bukan salah aku. Erina yang ajak." Irene tunding jari dengan muka tak salah.

"Eh? Apa pula aku! Kau yang ajak." mata Erina terjengkil memandang Irene. Mahu menerkam  tetapi tidak jadi bila semua sudah berkumpul di situ. 

Erina dan Irene bangun mendapatkan beg mereka. Viez tersengih busuk apabila Irene berjalan buat tak nampak dia dekat situ. Beg Irene atas tanah yang hampir dengan kakinya disepak supaya bergolek jauh.

Irene separuh membongkok, tertoleh seraya mengenggam penumbuk. "Apa masalah kau bongok!"

"Ah ... Beg kau ke? Aku tak nampak." Viez melarikan anak mata ke tempat lain. Buat-buat muka tak bersalah.

Irene merengus geram. Berjalan sambil menghentak-gentak kaki serupa gorilla. Tali beg dicapai. Yang lain hanya memerhati tanpa sepatah kata. 

Kemudian Irene berjalan melepasi Viez dengan wajah masam mencuka. Tiba-tiba dia berhenti dan beg dihayun ke perut Viez dengan sekuat hati dan tenaga!

"Ugh ... uhh ... Sakit ...." Viez terbongkok menekan perut. Beg Irene keras. Tak tahulah dia isi apa, bukan main sakit perut dikerjakan!

"Irene! Beg tu nampak berat biar aku bawakan." Samuel mengejar Irene.  Viez menjeling geram. Tengok bila dengan Samuel elok pula layan. Ish,  geram ni geram!

"Semua ... Kalaulah kita terjumpa Carla, apa kita nak buat?" Irene menyoal tiba-tiba. Semua mata tertumpu kepadanya yang jalan di tengah-tengah. Samuel di sebelah berubah riak.

White Guardians 2 Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα