9. HARTA KARUN

1.8K 201 7
                                    

   Irene berpusing ke sisi, kini berubah posisi mengiring ke kanan. Tidak lama itu, dia pusing lagi ke kiri. Hari semakin melarut malam. Mata masih lagi segar. Dia tidak dapat melelapkan mata lagi walhal badannya sungguh letih. Carla di sebelah sedang nyenyak dibuai mimpi. Siap berdengkur perlahan lagi.

   Dia memandang permukaan syiling bilik. Terasa kosong dan bosan, tidak tahu nak buat apa. Akhirnya, dia duduk bersila di atas katil. Seronoknya dia tengok Carla sedang tidur. Kelihatan gadis itu tersengih dalam tidur, sekali dengan air liur meleleh keluar. Irene menanyangkan muka jijik! Geli! Entah alam manakah dia sudah sampai!

   Siku diletakan pada peha. Tangannya menongkat dagu. Dengan riak bosan, Irene merenung tapak tangan kiri. Dia mengerut dahi tatkala tangannya menjadi sejuk tetapi hanya sekejap sahaja.

'   Irene.'

Nama bergema diruang otak. Serta-merta dia memegang kepala. Berdesing! Sakit mencucuk-cucuk! Irene mengetap gigi. Buka sahaja kelopak mata, sekeliling bilik ini bergegar-gegar dan berputar-putar! Manakala tangan kiri semakin lama semakin menyejuk seakan mahu membeku!

   "Ergh ... sakit!" Irene mengerang kerana tidak tertahan! Matanya sudah berair. Satu sahaja yang dipikirkan iaitu mahu hentak kepala ke dinding!

'   Irene ni aku. Drycon.' cahaya biru kebiruan berkilau. Seekor anak naga ais terapung di udara apabila cahaya menghilang. Irene masih lagi berperang dengan sakit kepalanya.

   "Drycon? Apa itu?" balasnya bersuara menekan. Nafasnya kian kencang, sudah tidak terkawal. Dahinya dipenuhi keringat. Baru dia teringat sebelum ini dia pernah nampak ketika duduk keseorangan di dalam restoran tempoh hari.

   ' Baliklah ke sana. Dunia di sana sedang huru-hara.'

   "Dunia mana? Setahu aku inilah dunia aku!" marah Irene.

   'Aku tidak boleh lama di sini kerana ini bukan tempat aku. Aku datang sini nak beritahu kau bahawa dunia di sana memang dalam bahaya.'

   "Cukup! Kau mengarut!" Irene membentak. Dia menghayun tangan kepada Drycon tetapi tangannya menembusi. Ia seakan anak naga itu hanya satu ilusi.

'   Irene ... kau betul-betul hilang ingatan. Tak apa aku ada satu cara.'

Tidak sempat lagi Irene mahu bersuara, Drycon terlebih dahulu menjadi debuan cahaya biru. Ia berkilau-kilau naik ke udara dan sekelip mata sahaja melesap masuk dahi Irene.

   Bertambah menjadi-jadi sakit kepala Irene! Gadis itu menjerit kesakitan. Cadar digengam erat. Air mata sudah mengalir laju bagaikan sungai. Rasa sakit ini berkali-kali ganda dari yang sebelum ini! Kepala boleh meletup jika berterusan begini!

Kini terpampang imej-imej di dalam otaknya. Dari dua orang lelaki dan tiga orang gadis, semuanya ditayang satu demi satu. Dalam imbasan tersebut dinyatakan nama mereka juga! Kemudian ia beralih kepada seekor naga kecil dan mereka semua mengembara di pelbagai tempat.

   "Apa ni!" Irene menjerit tidak mengerti. Situasi ini membuatkan dia keliru akan siapa dirinya yang sebenar, kini dia dapat lihat semuanya dengan jelas.

Selimut pada kaki dia tolak ke tepi. Terkial-kial dia menuruni katil sambil memegang kepala. Tidak semena-mena dia jatuh terjelupuk. Irene menangis teresak-esak disaat otaknya mengibas lagi masa lalunya. Kali ini dia melihat pula satu peperangan yang sungguh dahsyat! Peperangan yang telah menghancurkan beberapa tempat! Irene menekup muka pada lantai, beralaskan dua lengan. Air mata jatuh bercucuran. Dia hanya mengetap gigi menahan segala perasaan yang ada!

Carla tersedar dari tidur yang lena.

Lenanya terganggu! Terpisat-pisat dia mengosok mata. Dia meraba ruang sebelah tatkala tidak nampak kelibat Irene berbaring di situ. Tidak lama kemudian, telinganya menangkap suara esakan kecil. Terus mata membundar!

White Guardians 2 Where stories live. Discover now