59. Di sebalik topeng

1K 106 4
                                    

Tapak tangan diletakan pada pintu sebelum dia menolak perlahan. Tanpa beralaskan kasut dia melangkah keluar dengan gerakan perlahan. Udara nyaman menyapa muka. Dia terkebil-kebil melihat pokok epal merah berderet rapi membentuk jalan di tengah-tengah.

Kepala digaru perlahan apabila terdengar perut berkeroncang. Mata terpandang epal-epal merah berteraburan di atas tanah. Mata bersinar lalu dia bergerak mendekati dan mengutip sebiji. Sebelum dia makan, sempat dilap pakai baju putih yang dia pakai.

"Alice!"

Alice tersentak. "Ahak!" tak sempat dia kunyah habis sudah tertelan. Epal terlepas jatuh. Terbeliak biji mata menahan sakit sekatan di leher!

"Kan aku dah cakap duduk diam-diam dalam rumah." Silvanna menepuk-nepuk belakang badan Alice.

"Nampak sedap."

"Ye tahu ... tapi tunggulah kau sihat. Pokok ni tak ke mana pun. " marah Silvanna.

"Hm ...." Alice menunduk sentap.

Macam itulah Alice sejak dia bagun. Silap sikit sentap tak pun merajuk. Jenuh Silvanna mahu layan. Macam budak kecil pula Alice ni.

"Aha, jom masuk aku nak masak untuk malam ni." Silvanna menarik tangan Alice dan masuk ke dalam rumah.

Alice duduk memerhati pantulan cermin. Rambut jingga terselit rambut hitam diusap. Nampak ada perubahan berbanding dia mula-mula sedar haritu yang hitam sepenuhnya. Dia ingat semuanya. Dia tahu siapa Silvanna. Sepanjang tak sedarkan diri dia telah lihat siapa Silvanna dan ada satu perkara buat dia sedih.

"Alice jom ma ... kan?" Silvanna menjengah di pintu. Dari belakang dia terkedu mendengar esakan kecil Alice.

"Alice kenapa?"

"Kenapa? Kenapa kau tanya?"

Silvanna teragak-agak hendak menyentuh bahu Alice tapi akhirnya dia membantutkan niat dengan mengenggam tangan. Rasanya dia tahu apa sebab. Serba salah pula dia tanya.

"Aku hilang kuasa. Aku tak boleh buat apa-apa. Rasa tak berguna." air mata disapu perlahan diperhatikan oleh Silvanna.

"Apalah kau mengarut ni. Aku boleh tolong dapatkan balik, kau itu mewarisi kuasa cahaya. Mana boleh hilang."

Suasana sunyi seketika sebelum Alice mengukir senyuman tawar. Celik mata je orang pertama dia nampak Silvanna. Walaupun Silvanna berbadan kecil macam kanak-kanak tapi dia sebenarnya sudah dewasa. Entah sumpahan apa yang Silvanna kena sampai dia tidak boleh membesar.

"Ah ya juga, kau ini kira moyang akulah kan?"

Silvanna menggaru kepala kemudian dia garu dahi seperti mahu ingat sesuatu yang dia lupa.

"Eh sejak bila aku kahwin beranak pinak?" katanya seraya melihat badannya yang kecil seakan bantut.

Air muka Alice serta-merta berubah. Tak akan Silvanna ini tak tahu pula mereka asalnya dari keluarga yang sama. Kuasa cahaya menurun dari keluarga. Oh, dia lupa!

"Silvanna aku nak tanya."

"Apa?"

"Kau ingat tak perkara yang kau buat sebelum datang sini?"

KERETA kuda terletak elok di tepi pokok, dan kelihatan di tepi mereka tidur dalam keadaan tersusun dengan bertilamkan kain. Mereka berhenti dan berehat di hutan sebentar di situ. Setakat ini sepanjang perjalanan tiada apa-apa yang berlaku. Selamat. Sehinggalah salah seorang dari mereka terjaga.

"Rena ... bangun ...." bisiknya di sebelah.

"Hm. Apa Ryan?"

"Bangun, aku ada rasa benda tak kena ni tapi benda tu macam jauh. Kejutkan yang lain aku nak pergi tengok sekejap." arah Ryan sebelum bangun. Dia berlari masuk ke dalam semak lalu lesap.

Viez, Samuel, Erina sudah kembali ke dunia realiti. Cuma Irene sahaja yang tidak jumpa jalan keluar dari dunia mimpinya. Tiba-tiba Ryan muncul dari semak.

"Kita kena kepung dengan penyamun! Semua dah bangun ke?" Matanya terhenti pada Irene. Dahi ditepuk.

"Irene! Bangun!"

Senyap. Tidak bergerak seinci pun. Yang lain sudah panik. Kelibat penyamun sudah mula muncul depan mata. Atas pokok, dan dalam semak samun, terasa banyak mata memerhatikan gerak-geri mereka. Tidak pasti berapa orang, apa yang pasti mereka dikepung!

Seorang penyamun bertopeng putih, tanpa ukiran mulut dan hidung melompat keluar dari semak lalu menyerang Viez dari belakang. Viez pantas memusing. Tangan penyamun tersebut ditangkap lalu dia hentak ke tanah! Dengan gerakan yang incah penyamun tersebut menerajang perut Viez.

Terbeliak mata Viez akibat terkejut menerima tendangan tersebut. Perut dipegang seraya mengetap gigi. Bukan penyamun biasa. Kekuatan mereka juga kuat walaupun dengan tangan kosong. Dia menjeling sekilas. Rakan-rakannya yang lain sedang melindungi Irene.

Pedang dilibas, dan dicantas tatkala dia diserang. Itu pun masih banyak yang mahu menyerang Viez malah dikelilingi. Viez menarik nafas dalam. Air dari tanah memacak keluar dari tanah melenyapkan pergerakan penyamun di sekitarnya.

"Mereka nak apa sebenarnya ni!" Erina meniup angin pada telapak tangannya, penyamun-penyamun tertolak ke belakang.

"Aku ada dengar ...." Rena elak ke sisi lalu melonjak kaki dan melibas lututnya pada belakang kepala. Penyamun bertopeng tersembam ke bawah.

"Mereka memburu permata. Jadi mereka mahukan rantai Kristal kita!" celah Ryan.

"Yep, terima kasih Ryan sebab jawabkan! Jadi jaga rantai baik-baik." Kakinya melekap pada penyamun topeng, Rena menekan kuat hingga retak. Terdetik hatinya mahu melihat wajah sebenar disebalik topeng putih tersebut.

Rena mencekak kolar baju. Rekahan topeng dipandang sebelum Rena berniat mahu merentap, namun tangannya terhalang. Rena terkedu, tangannya dicengkam kuat lalu dipulas seakan mahu dipatahkan!

"Kuatnya ... ambil ni!" rod tanah keluar dari tanah menghentam dagu. Topeng yang tersedia retak semakin retak! Ianya pecah menampakan wajah sebenar.

"Tak ada muka?" melompong Rena di situ. Tiba-tiba bola api melintas laju betul-betul di sebelah telinganya meninggalkan hawa panas. Dia pusing ke belakang. Dua penyamun dimakan api Ryan.

"Kalau terkena aku macam mana?" soal Rena dingin. Ryan tersengih seraya menimbang api pada tangan.

"Tak sengaja. Janganlah marah, kau sepatutnya berterima kasih dekat aku." sekali lagi apinya meluru laju melintasi Rena menyasarkan penyamun-pemyamun di belakang.

Sementara itu, penyamun duduk di atas pokok jatuh akibat dilibas angin Erina. Berteraburan mereka jatuh bagikan buah-buah yang gugur. Erina mengapungkan badan sambil itu busur angin melekap pada tangan.

"Oh yeah ... cuba teknik baru aku." anak panah angin dilepaskan. Penyamun-penyamun yang bersisa jatuh dari pokok.

"Mereka nak serang Irene!" Samuel memekik. Dia terjatuh akibat ditarik penyamun. Sekelip mata Samuel digerumuni, dia diasak dengan pukulan dan tendangan tanpa beri peluang Samuel untuk mempertahankan diri. Jika ikutkan hati dia nak gunakan kuasanya, kalau dia guna tempat ini akan jadi kuburnya!

"Geez! Sampai bila ...." Viez membuat tombak air. "Bangunlah Irene!" serentak dia melontar tombak. Sampai sahaja berpecah dua terus meletup! Tercampak penyamun-penyamun yang berada di sekitar Irene dan Samuel.

"Aku tak rasa mereka ini manusia."

Ryan menoleh sambil itu tangannya menyembur api. "Apa maksud kau Rena?"

"Kau tengok ni." buku lima Rena menghentam topeng. Retak sebelum pecah!




























White Guardians 2 Onde as histórias ganham vida. Descobre agora