14. AMARAN BUAT CARLA

1.7K 193 8
                                    

Samuel terhempas pada tanah. Debu tanah berterbangan memenuhi ruang . Dua tangan menampung tubuhnya. Nafas berat dihela panjang. Carla sedang meluru ke depan mahu mendapatkannya

   "Siapa sebenarnya kau, Samuel?" ujarnya marah. Dia mengempal buku lima sambil membuat muka bengis.

Namun begitu, Samuel kembali berdiri lalu tersenyum sinis. Darah pada bibir dilap perlahan mengunakan ibu jari. "Kau tidak ada kaitan."

   Hanya itu yang dijawab, walaupun banyak kali dia menyoal lelaki itu. Carla tetap menerima jawapan yang sama. Batang pokok disebelahnya tercabut dari akar. Carla melibas tangan kanan ke udara. Batang pokok itu bergerak mengikut pergerakan tangan, Carla. Samuel menghumban badanya ke sisi lalu mendarat dengan gaya melutut! Serangan Carla tersasar terkena pokok lain. Pokok di hutan habis tumbang seperti kena sapu!

   "Dengar sini, kau tak ada kaitan dengan aku. Jangan masuk campur!" Samuel memetik jari. Masa terhenti. Carla terus kaku seperti patung. Burung-burung berterbangan turut berhenti.

Setibanya di hadapan gadis itu, senyuman sinis menghiasi wajah Samuel. Tapak tangan dia halakan betul-betul pada muka. Kemudian ....

Pap!

Serentak. Keadaan kembali seperti biasa. Bebola mata Carla terbuntang. Anak mata berwarna merah miliknya membesar! Carla tumbang ke belakang! Baring terlentang atas tanah.

Buat seketika dia menjadi bingung. Otaknya seperti tin kosong! Sistem-sistem dalam otak tidak berfungsi. Urat sarafnya juga tidak boleh bergerak. Impak dari tepukan tangan, Samuel.

   "Kau ...."Carla bersuara perlahan seakan bisik. Dada turun naik menghirup udara. Samuel sudah terpacak di hujung kepala. Mencerlung ke bawah melihatnya dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan. Mulutnya juga tersenyum senget.

   "Jika kau telekinesis, aku mampu manupulasi masa. Aku mampu kawal masa. Dengar sini baik-baik, aku tak ada urusan dengan kau dan kau jangan masuk campur. Ini satu amaran buat kau." balasnya sambil duduk meningung. Sehelai rambut putih dia sentuh. Jari bermain-main dengan rambut, Carla.

   Berang dengan perlakuan Samuel. Carla merengus! Tangan lelaki itu ditepis dan Samuel terus lesap! Bukan lesap kerana tepisan Carla. Tetapi lelaki itu hentikan masa beberapa minit dan terus cabut lari.

   "Dasar pengecut!" dia bersuara dengan terketar-ketar.

   "Carla! Kau tak apa-apa ke?" soalan pertama yang muncul di bibir Irene setelah medan magik teleport Carla muncul di depan mata. Dia tahu Carla tidak mahu berlawan di tempat awam kerana bimbang akan merosakan harta benda yang ada. Sebab itu dia bawa Samuel di tempat tak ada orang dan teleport ke tempat lain.

   "Kenapa kau tak balik?" Carla tersenyum kelat. Irene masih berada di lorong sunyi. Tempat dia tinggalkan Irene sebentar tadi.

   "Mhmm ... Aku tunggu kau. Mana lelaki tadi?"

   "Lari. Dah lain kali jangan jumpa lelaki macam itu lagi. Jom balik." dia berjalan laju. Tinggal Irene terpinga-pinga di belakang. Terkocoh-kocoh Irene mahu mengejar, Carla.

Irene mengerutkan dahi. Dia berjalan beberapa inci dari belakang, Carla. Dia nak tahu apa yang berlaku antara Carla dan Samuel tetapi gadis itu tidak mahu membuka mulut!

   "Carla ...."

   "Sudahlah, aku nak balik cepat. Aku penat ni."

             MEREKA tiba di sebuah tempat perkampungan kecil. Bukan. Luaran sahaja nampak macam kampung tetapi tempat berkumpulnya kumpulan pejuang. Mereka inilah yang menetang pemerintahan, Vlad sekaligus dianggap pemberontak. Jika ada orang yang dalam kesusahan atau diserang binatang pelik dan buas, merekalah orang pertama yang sampai. Seperti yang White guardian lakukan sebelum ini. Itulah tugas mereka. Ahli-ahlinya juga terdiri dari tentera diraja Verillend, Lycria, Farvest, Diverlland dan Eicland antara yang terselamat ketika serangan besar-besaran di Istana.

Suara erangan bergema. Mereka berlima menunggu di bilik ketuanya serentak mencari arah. Susuk tubuh seorang lelaki jalan melayang-layang. Memasuki bilik tersebut.

   "Tuan Surez!" Ryan menerpa tatkala lelaki itu rebah depan pintu. Darah merah mencorak lantai. "Apa yang berlaku ni?" sambungnya lagi.

Surez menghela nafas berat setelah topeng muka dibuka perlahan. Tangan kanan tidak boleh bergerak kemungkinan besar tulangnya sudah patah diserang Zeus semasa dia meninjau Eicland tadi.

   "Zeus... diserang, Zeus." ujar Surez sambil menekan dada. Cecair merah meleleh keluar dari hidung dan juga mulut. Kelopak mata terpejam-pejam menahan rasa sensasi sakit. Tidak sangka Zeus masih hidup. Dia fikir lelaki itu dah mati!

Rena meletakan tangan pada dada Surez. Tangan bercahaya. Keadaan Surez hampir nazak sebentar tadi, menjadi lebih tenang sedikit. Helaan nafas sedikit sebanyak kembali normal.

   "Terima kasih, Rena." Surez menarik nafas dalam setelah duduk di atas kerusi dibantu oleh Viez dan Ryan. "Saya mahu kamu semua pergi, Diverlland."

   "Diverlland? Untuk apa ke sana?"

   "Viez, saya menerima laporan bahawa penduduk di sana setiap hari menghilang. Kes kehilangan mereka menjadi misteri. Saya dah hantar ramai orang kita untuk siasat tetapi mereka tidak tahu apa puncanya."

             Viez terbukam bila mendengar kata-kata, Surez. Dagunya dia pegang sambil mengerut dahi. Duh, dia tak pernah dengar pun berita ini. Mungkin perkara ini baru sahaja berlaku. Ini tidak boleh jadi. Setahu dia adiknya Vylera masih lagi hidup. Dia terselamat tapi bondanya telah terkorban. Di mana dan bagaimana keadaan adik perempuannya dia tidak tahu. Dia telah abaikan, Vylera sejak serang hendap berlaku. Dia hanya dapat berita Vylera selamat. Itu sahaja.

   "Viez? Kau dengar tak apa yang kami bincangkan?" tegur, Alice. Viez automatik tersentak. Dilihat semua memandang dia dengan wajah kehairanan.

   "Ah, okay aku dengar. Jadi bila kita akan pergi ke sana?"

   "Laa ... kata kau dengar, besok pagi buta kita akan pergi." ujar Erina sambil menepuk dahi.

   "Kenapa kita tak pergi sekarang je?" soal, Viez.

   "Bukan tak boleh pergi sekarang tapi jalan untuk ke sana sekarang ini tidak berapa selamat. Kawasan itu sekarang ini menjadi sarang penyamun." terang Surez dengan ringkas.

   "Bukan ke setakat penyamun biasa tu kita boleh kalahkan sekelip mata." Viez masih tidak berpuas hati. Ikut kan hati memang sekarang dia nak pergi.

   "Masalahnya mereka bukan penyamun yang biasa, Viez. Kita tak tahu jumlah dan kekuatan mereka macam mana. Kau ada apa-apa masalah ke?" Ryan mengosok batang hidung yang tidak gatal. Dijeling seklias wajah, Viez. Lelaki itu kelihatan resah.

   "Adik aku, Vylera ada di sana."

   "Ya, kami tahu. Memang bahaya kalau kita nak pergi sekarang tapi kita terpaksa pergi besok pagi." kata Ryan lagi.




















White Guardians 2 Where stories live. Discover now