49. BAYANG SENDIRI

1.2K 133 5
                                    

Buku terlepas jatuh ke riba. Matanya terbeliak tatkala melihat nama yang tidak disangka.  Badannya menjadi kaku seperti patung. Dia menghela nafas. Helaian buku yang terbuka dipandang sepi.  Sebutir ayat pun tidak keluar dari mulut.

"Alice?" Penggil Irene di sebelah. Dia mengeliat kecil. Tengkuk yang sakit digosok perlahan.

Irene menggosok mata seraya mulutnya terlompong mengguap. Alice di sebelah diam membisu. Tangan dilayangkan pada muka Alice namun matanya langsung tidak berkelip.

"Hei! Kenapa dengan kau ni?" Irene menepuk bahu sekaligus memeranjatkan Alice. Bahunya terhinjut naik lantas dipaling ke sisi.

"Eh, Irene." katanya seraya tersenyum kekok.

"Kau kenapa?"

"Tak ada apalah. Aku cuma penat sikit ni. Cepat bangun kita balik sekarang." buku pada riba ditutup perlahan. Dia berdiri lantas merengangkan sedikit badannya.

"Jadi kau dah jumpa?" soalan itu bergema sebaik sahaja mereka berdua melewati jalan pintu keluar. Kaki bergerak agak lambat berbanding Alice yang sudah ke depan. Belakang tengkuk digosok perlahan.

"Mungkin ada dalam ni." buku tergenggam kemas diangkat tanpa Alice toleh. Irene terkebil-kebil menahan gantuk.

Derap kaki mereka bergema di saat mereka tidak berkutik. Pintu keluar menuju ke atas sudah terpampang di kepala mereka. Alice menghambat tangga yang melekat di dinding lalu memanjat naik diikuti Irene di belakang.

Pintu kayu berbentuk petak ditolak, angin menerjah dingin wajah, Alice. Kelihatan cahaya matahari masih kelam menunjukan waktu pagi.

"Cepatlah teleport. Aku dah penat ni." Rungut Irene setelah perhati Alice tergaru-garu dagu. Dahi terkerut seakan risau akan sesuatu.

Rambut Alice meliuk-liuk ditiup angin. Entah kenapa angin itu terasa lain seakan ada haba walaupun di waktu pagi.

"Alice tepi!" tempik Irene.

Lengannya disambar lalu badannya dicampak ke belakang Irene. Punggungnya terhentak bagai nak retak! Perisai ais mencacak naik tatkala tangan dihalakan. Anak panah hitam tidak henti-henti menghentam. Bunyi detakan sungguh bingit.

"Mana? Mana? Aku tak nampak sesiapa pun?"  Alice menoleh ke kiri dan ke kanan. Persekitaran yang kosong tidak ada sesiapa selain daripada mereka berdua diperhatikan.

Matanya memincing masih mencari musuh yang dirasakan sedang bersembunyi. Telinganya menangkap bunyi pedang berpusing lantas Alice mendongak. Hampir terbelalak dibuatnya! Pedang berpusing jatuh ke arahnya. Dia berlari mengelak pedang yang terpacak pada tanah.

"Aku tak boleh bergerak!" kata Irene kepada Alice. Lutut mengeletar saat dia mahu mengerakan tulang empat kerat. Ada sesuatu yang menyekat dirinya dari bergerak!

Suasana berubah dikaburi asap hitam membantutkan pergerakan Alice untuk mendapatkan Irene. Kelibat Irene lesap dari pandangan mata. Mereka berdua terpisah. Alice cuba melaung nama Irene namun sia-sia. Bagaikan berada di bilik berasingan, dan tersorok.

Dikala dia sedang mencari jalan keluar dari kegelapan asap hitam. Derap tapak kaki kedegaran datang. Diteguknya air liur berkali-kali. Dia berpeluh dingin. Aura ini pernah dia rasa sebelum ini.

"Alice  ... Waynestin ...."

"Kau siapa? Apa kau nak?" soalnya sebaik sahaja melihat seorang lelaki muncul. Alice menarik nafas melihat senyuman senget diberikan oleh lelaki itu.

Penuh dengan kegelapan. Muka saja nampak tenang tapi di sebalik wajah lelaki itu dia tak tahu ada apa. Lagi pula,  aura lelaki itu sama semasa dia diserang sebelum ini.

"Inilah saat-saat yang aku nantikan. Hanya kau dan aku."

Dahi berkerut tatkala terpandang bawah. Ada sesuatu yang tak kena. Mana datang bayang sedangkan kelilingnya gelap. Tambah lagi bayangnya berada dalam posisi aneh. Tegak seperti tiang meskipun Alice sudah mengerakan tangan. Alice mengundur setapak.

"Kau tak boleh lari."

Bayang Alice yang kaku seperti tiang mula bergerak secara bercabang dari pelbagai arah.    Alice menghadang tangan ke depan. Bayang itu tidak terkesan dengan pancaran cahaya. Alice terdiam sejenak.

"Kenapa tak berkesan?" katanya keliru. Sepatutnya serangan itu akan memberi kesan terhadap kuasa gelap terutamanya kuasa yang jenis macam ni. Lawan kepada cahaya.

"Bayang sendiri memang tak akan berkesan." dia berkata dengan sinis. Langkah diorak dan serentak dengan pergerakannya bayangan Alice bergerak tanpa disuruh.

Alice mendongak tatkala bayang sendiri sedang besar ditumbuhi cabang-cabang. Ia keluar dari dunia bayang dan menerkam badan Alice yang kini kaku! Oh,  dia faham! Ini kerana bayang ini sebahagian daripada dirinya  sebab itu tidak berkesan langsung! Licik betul permainan, Fred.

"Ah,  wow! Bijaknya kau." katanya lantas bibir dikemam. Dia dililit bayangan sendiri seakan kain tebal membaluti. Pergerakannya jadi terbatas. Dia ada cuba panggil Light tetapi tak dapat. 

Fred menunding jari pada dahi Alice. "Target aku hanya kau. Bukan orang lain." usai berkata kaca mata ditanggalkan sebelum lempar ke tepi.

"Kalau target kau hanya aku,  jadi macam mana dengan Irene sekarang ini? Bunuh dia juga?"

Angin berpusar di tangan Fred, kuasa hitam meresap masuk ke dalam tangannya lalu membentuk pedang halus. Matanya tirus seperti jarum! Alice yang melihat terus tersentak melihat ketajaman pedang tersebut.  Kecut perutnya melihat.

"Jangan risau aku tak usik pun dia. Kau patut risaukan diri sendiri."

Alice mengertap gigi. Matanya tertarah pada lelaki yang mengancam nyawanya. Kiub cahaya muncul di hadapan Alice sebelum pecah menjadi kiub yang lebih kecil. Lantas kiub cahaya itu meluru ke arah Fred. Kiub cahaya lenyap ditelani kegelapan setelah pedang bermata tirus itu dipacak ke tanah. Angin menderu kuat menampar pipi.

"Tak ada gunanya kau melawan." Rambut ditolak ke belakang. Pedang dicabut.

Darah berderau naik ke kepala. Kecut perut mulai terasa. Hirupan nafas juga tidak terkawal lagi. Ketakutan mengeletar jiwanya yang ampuh dek serangan cahaya tadi tidak berkesan. Serangan tadi tahapnya sekuat Evil banish sebelum ini. Ia bermakna Evil banish tidak berkesan juga. Mustahil tidak ada cara lain!

Fred yang berdiri di hadapannya hilang sebaik sahaja dia mengangkat muka. Udara dihirup dalam. Mata dipejam. Masih ada satu lagi cara untuk dia lepas. Mana boleh dirinya diselubungi gelap selama-lamanya! 

Bibirnya yang mahu mengucapkan baris ayat yang boleh membebaskan dirinya terus terbantut! Tidak semena-mena darah meleleh dari bibirnya. Pedang tajam seperti jarum sudah tertusuk dengan tanpa rasa sakit.  Hairan kerana Alice tak rasa apa-apa pun.

"Kenapa tak rasa sakit?" Alice terbeliak saat menunduk. Darah mengalir dan menitis-nitis membasahi tanah.

Fred menarik pedang, bayang yang mengikat Alice mula terlerai. Alice rebah ke tanah. Badannya tidak lagi boleh digerakan oleh kerana darah tidak henti mengalir.

"Kelebihan pedang ini membunuh secara senyap tanpa rasa sakit. Kau patut bersyukur kerana ditikam tanpa rasa sakit." Fred mengukir senyuman di wajah.

Situasi kembali normal. Asap hitam yang mengaburi mata beransur hilang menampakan cahaya matahari. Fred terus menghilangkan diri. Kelihatan Irene juga terbaring tidak sedarkan diri. Alice memejam mata sesaat lantas nafas ditarik miskipun terasa berat dan nyawanya mahu putus! Tidak dapat dipastikan dia mampu bertahan atau tidak. Boleh jadi ini adalah nyawa terakhir buatnya.

Telinganya terdengar suara memanggil namanya dan Irene, kelopak mata memberat turun sebelum semuanya menjadi gelap.


Hi semua, macam mana part ni? Bosan? Atau tak? Kalau korang nak kritik atau ada tak puas hati dengan chapter lepas2 pun boleh, kalau ada. Saya ingat nak publish cerita baru lepas white guardian 2 ni hampir cecah 50 chapter tapi...  Takpe la belum lagi huhuhu.
Btw saya harap nyawa Alice panjang ahaha.
Okay itu je bye2 😘



































White Guardians 2 Kde žijí příběhy. Začni objevovat