46. TARGET!

1.3K 136 1
                                    

Berdentum-dentum dinding di diserang tanpa henti. Serangan dilakukan dengan serentak, tanpa berehat, tanpa berhenti dan tanpa berbunyi. Namun begitu tidak membawa perubahan pun pada dinding tersebut. Ianya seakan sia-sia.

"Berapa lama lagi kita patut macam ni?" Drycon akhirnya merungut penat.

Light melemparkan cahaya pada dinding sebelum menjawab. "Aihh bising betullah kau ni. Ada juga yang mati dalam gua ni nanti."

"Diamlah, Light."

"Huh? Tengok tak sedar diri."

"Apa kau kata!" Drycon meradang. Cahaya biru yang keluar dari mulutnya semakin membesar dan dilepaskan terus pada dinding. Geram!

"Bodoh." sempat Light mengutuk sambil melepaskan cahaya.

"Argh! Siap kau Light!"

Serangan Drycon memberi gegaran. Light menyeringai senyum. Light dan Alice tak ada beza. Dua-dua mulut puaka. Berlagak dan menyakitkan hati. Mentang - mentang kuasa cahaya antara kuasa yang kuat. Asas kepada semua kuasa. Jika tak ada cahaya maka tak akan wujud kuasa yang lain.

"Light mulut kau ni memanglah." Goerth mengeleng kepala. Kakinya menghentak-hentak tanah memberi serangan gelombang.

"Hahaha! Nasib bukan aku yang kena!" Fenix tergelak kecil. Semburan apinya membakar dinding berselang dengan libasan angin oleh Goffin. 

Fyrm melirik ke sisi. "Cubalah jadi macam Goffin ni? Baik je tak banyak bunyi."

Light mendegus seraya melihat Drycon disebelahnya. Tersenyum mengejek Drycon kerana suka disebelahi. Tak pasal-pasal pula dia kena.

"Ah, dah pecah! Cepat teruskan!" Drycon menempik. Kaki Melompat-lompat teruja.

Lubang pada dinding semakin pecah dan membesar. Sudah tentu Silvanna berjaya melakukan.  Setelah lama terperangap akhirnya boleh keluar bebas! Light memberi serangan mega. Cahayanya membolosi terus sekaligus membuat lubang yang lebih besar!

"Apa lagi? Marilah kita pergi!" kata Drycon.

"Nanti dulu jangan suka-suka pergi! Silvanna tak ada bagitahu apa-apa pun."

Si naga biru meluru ke depan tidak peduli apa yang dikatakan oleh Goerth. Badan berubah menjadi cahaya biru dan terus terbang melepasi lubang dinding tersebut.

"Apa boleh buat. Aku nak pergi jumpa Alice juga!" Light melompat masuk. Badannya terpecah menjadi debu emas lalu lesap dari pandangan. 

DAUN pintu terhempas kasar. Bergegar rumah dibuatnya. Dia menyeret Carla yang longlai menuju kamarnya. Perlahan dia mencampak Carla di atas katil. Lampu dipasang.

"Selamat pulang, Carla."

Carla baring meringkuk. Nafas dihela berat. "Kau tak boleh buat aku macam ni." katanya lemah.

Melda menyisir rambut. Selamba dia membuka pakaian depan Carla. Almari lama berkeriuk apabila dibuka. Seluar panjang dan baju putih digapai. Carla mengalih posisi mengiring ke kanan. Ingat perempuan dengan lelaki je boleh malu?

"Malu huh?" Melda menyimpul senyuman.

"Di ... Diamlah, Melda!  Kau yang tak tahu malu!" marahnya sambil menahan sakit. Air mata dilap pakai jari.

Melda tergelak besar. Setelah siap tukar pakaian dia duduk di sisi Carla yang baring meringkuk hadap dinding kosong.

"Kenapa pula aku tak boleh buat kau macam ni? Asalkan aku dapat kau balik." rambut putih dipegang lalu membelai. Bukan ke bagus kalau dia ada rambut putih macam Carla.

White Guardians 2 Where stories live. Discover now