⸙͎۪۫⋆ Chapter 15

1.3K 188 46
                                    

Haeyeon melabuhkan punggungnya setelah selesai memeriksa beberapa pesakit warga emas di wad tersebut. Terasa lenguh kakinya kerana sudah lama berdiri. Sera dan Ryuna, jururawat yang berkhidmat di satu wad dengannya masih tekun membelek fail-fail pesakit.

Kemudian, Haeyeon terpandang ke arah Yeri yang sedang berbual mesra sambil bergelak tawa dengan Makcik Ahra, salah satu pesakit yang sudah seminggu menghuni di wad tersebut.

"Hey, Yeon! Marilah ke sini!" Yeri perasan yang Haeyeon sedang memerhatikannya, gadis itu mengajaknya untuk ke sana.

Makcik Ahra juga terangguk-angguk. Mungkin setuju jika Haeyeon turut serta dalam perbualan mereka. Tanpa berfikir panjang, Haeyeon mengangkat punggung dan menapak ke arah mereka.

"Buat apa seorang diri di sana? Duduklah sini." Makcik Ahra menghadiahkan senyuman buat Haeyeon. Paha gadis itu ditepuk lembut.

"Saya rehat kejap, makcik. Rasa terlebih penat pula hari ni." Haeyeon tersengih.

"Haa, borak apa ni? Tadi tengok gembira semacam je." sambung Haeyeon lagi. Matanya melirik ke arah Yeri dan Makcik Ahra.

Mereka berdua tersipu-sipu malu. Yeri mula membuka cerita tentang apa yang dibualkan bersama Makcik Ahra sebentar tadi.

"Tadi makcik cerita tentang kisahnya masa muda-muda dulu. Makcik kata, waktu pakcik nak lamar makcik, pakcik buat sesuatu yang tak pernah dibuat orang." kata Yeri dengan teruja.

"Nak tahu pakcik bagi apa?"

Haeyeon terus anggukkan kepala.

"Pakcik bagi makcik bunga mawar. Bukan tu je, dengan pasu dan tanahnya sekali pakcik bagi tau!Awww, sweet nya pakcik. Untunglah Makcik Ahra..." Yeri menjeling manja Makcik Ahra yang sudah bertambah malu itu. Tangan tua itu dia tarik lalu usapnya perlahan.

"Betul tu, makcik untung sangat. Dapat lelaki yang baik macam pakcik. Ya lah, dekat dunia ni bukan semua lelaki baik. Nasib menyebelahi makcik." tutur Haeyeon lembut. Dalam kata-katanya, ada sebuah maksud yang tersirat. Bayangan wajah Tuan Seo serta-merta terpapar di minda.

"Terima kasih pada Tuhan kerana telah menganugerahkan makcik seorang lelaki yang amat penyayang. Sampai mati pun, makcik dan anak-anak takkan lupakan belaian kasih sayang dia." ucap Makcik Ahra sepenuh hati. Hatinya menyanyikan melodi rindu buat sang suami yang sudah lama pergi.

Melihat air muka Makcik Ahra, Haeyeon tahu bahawa wanita tua itu sangat bahagia. Punya suami yang baik dan anak-anak yang menyayangi. Itu sudah cukup bagi seorang wanita yang bergelar isteri.

Namun, masih ada lagi ke lelaki yang baik seperti itu?

Ada. Jimin dan ayahnya, Tuan Park. Dua lelaki itu sentiasa melayannya dengan baik dan menganggap dirinya seperti keluarga mereka sendiri.

Bukan Seo Yojoon, si tua bangka tak sedar diri tu! Dah ada isteri dan anak, tapi abaikan macam gelandangan je.

"Kenapa kamu bawa dia? Mana isteri kamu? Eomma nak jumpa Iseul! Bukan perempuan ni!"

Wad yang tadi riuh dengan suara-suara warga emas yang leka berbual, kini terus terdiam sepi selepas terdengar satu suara itu.

Haeyeon dan Yeri juga turut terdiam. Mereka berpandangan antara satu sama lain.

"Eomma jangan banyak songeh boleh tak? Bersyukur lah sikit sebab Wee sanggup lawat eomma kat sini tau. Kalau tak, dah lama Wee biarkan eomma!"

Semua yang berada di dalam wad itu terkejut dengan tengkingan seorang lelaki. Haeyeon dan Yeri memberanikan diri berjalan ke arah suara tersebut untuk mengetahui apa yang terjadi.

Baby or Daddy? | JungkookWhere stories live. Discover now