⸙͎۪۫⋆ Chapter 1

3.4K 288 107
                                    

Seorang gadis yang memakai uniform jururawat itu terus menghempaskan tubuhnya ke atas sofa sebaik saja dia memasuki ke dalam rumahnya.

Seorang lelaki yang tidak terlalu tinggi pula masuk dengan menjinjit sebuah beg plastik lalu dibawa ke dapur.

Gadis itu yang kepanasan mengipaskan dirinya dengan menggunakan tangan. Bau ubat yang sudah melekat pada tubuh langsung tidak dihiraukan.

"Yah, Jimin. Tolong lah buka aircond. Kau nak aku mati kepanasan ke kat sini?" arahnya sambil jari telunjuk diarahkan ke arah alat pendingin hawa itu dengan mata yang terpejam.

Jimin yang datang dari dapur hanya menggeleng melihat kawan baiknya itu sudah terdampar di atas sofa seperti dugong.

Penat sangat gamaknya.

Suis pendingin hawa itu ditekan. Bunyi bip menandakan alat itu mula berfungsi.

Semasa Jimin ingin berpatah balik ke dapur, tapak kakinya merasakan sesuatu pada lantai.

Kakinya diangkat dan debu-debu halus melekat pada tapak kakinya. Sekali lagi dia menggelengkan kepala.

"Aish... pemalasnya dia ni." omelnya perlahan. Matanya melirik ke arah tubuh yang sudah terlelap di ruang tamu.

✧⋄⋆⋅⋆⋄✧⋄⋆⋅⋆⋄✧⋄⋆⋅⋆⋄✧⋄⋆⋅⋆⋄✧

"Hei, Haeyeon."

Gadis yang sedang lena itu digerakkan tubuhnya dengan perlahan.

Jimin meletakkan secawan hot chocolate untuk Haeyeon di atas meja kecil yang berada di depannya. Gadis itu tidak memberi sebarang respons.

"Tidur mati betul perempuan ni."

Kali ini, Jimin menggoncang pula tubuh Haeyeon. Barulah gadis itu terpisat-pisat bangun. Dia menggeliat bagaikan ulat bulu.

Haeyeon membuka mata perlahan-lahan. Wajah Jimin yang tersenyum itu dipandang malas.

"Minum ni. Aku buatkan hot chocolate untuk kau. Biar kau bertenaga sikit. Aku tengok kau ni penat sangat."

Jimin menghulurkan mug berisi minuman coklat yang masih panas dan berasap itu kepada Haeyeon.

Dia menatap wajah Haeyeon yang sedang menghirup minuman coklat itu. Jelas sekali wajah gadis itu kelihatan tak bermaya.

"Kau rehat lah, Yeon. Dah macam mayat hidup aku tengok kau ni. Jangan kerja kuat sangat." tangannya mencapai semula mug yang Haeyeon hulur.

Haeyeon bersandar lemah pada sofa. Bibirnya melepaskan keluhan lembut.

"Jim.. kalau aku kerja main-main, macam mana aku nak dapat duit? Aku hidup seorang tahu? Nak sara diri lagi, bil api dan air. Belum lagi masuk makan minum." ujar Haeyeon.

"Ya, aku tahu tu. Tapi kalau kau sakit macam mana? Kesihatan ni bukannya boleh dibeli macam mana kau beli ramen hari-hari." Jimin pula bersuara.

Haeyeon hanya diam. Betul juga apa yang Jimin cakapkan.

Sejak kebelakangan ini tubuhnya sering berasa sakit-sakit. Kadangkala itu, kepalanya terasa berpinar.

"Bila waktu kerja, kau kerja lah. Tapi, bila waktu rehat.. kau kena rehat. Charge balik tenaga kau. Kau anggap je diri kau macam handphone tu." bibir Jimin memuncung ke arah telefon bimbit Haeyeon yang terletak di sisi gadis itu.

Haeyeon mencebik.

Ada pula dia sama kan kita ni dengan benda tu?

"Apa cebik-cebik? Nasib tahu aku ada. Macam mana nanti kalau aku dah tak ada kat dunia ni? Waktu tu, aku dah tak ada untuk nak jaga kau masa sakit." bebel Jimin bagaikan seorang mak memarahi anaknya.

Kawannya yang sakan membebel itu Haeyeon jeling. Jimin tu suka betul cakap benda-benda merepek.

Nak marah, tapi semua yang dia bebel itu benar belaka. Nanti tak pasal-pasal, dia pula yang kena marah balik.

"Tak payah lah cakap macam tu. Nak sangat tinggalkan aku ke?" Haeyeon menyoal sedih.

"Tak ada lah. Kau tu.. tolong lah jaga diri, jaga kesihatan. Susah hati aku bila tengok kau sakit. Kerja tak berhenti. Dari pagi sampai petang, jadi nurse. Lepas tu.. petang sampai lah ke malam, jadi cashier. Hei, kau tu bukannya robot okey? Kau tu manusia."

Jari-jari kecil Jimin menunjal perlahan kepala kawan baiknya yang sudah menutup kedua telinga akibat tidak tahan dengan bebelan Jimin.

Haih..

Tengok lah si Haeyeon tu. Bila orang dah start berleter, semua tak nak dengar. Degil teramat!

"Lepas tu, rumah ni dengan tak berkemas.. lantai berdebu, barang-barang berhabuk. Hello! Kau bukannya duduk dalam banglo berhantu! Tak payah nak acah-acah buat rumah kau ni nampak seram."

Haeyeon masih sama dengan posisinya. Tapi kini dia sengaja menjelirkan lidah pada Jimin membuatkan hatinya semakin terbakar.

"Aku bukan tak nak kemas tapi cuma tak ada masa. Kalau aku free hujung minggu, aku kemas lah." jawab Haeyeon sebelum menutup kembali telinganya.

Jimin mencebikkan bibir dan menggulingkan bebola matanya ke atas.

Haeyeon free hujung minggu? Kelakarnya! Setahu dia, perempuan itu langsung tidak mengerti apa itu makna free. Sebaliknya dia tahu busy, busy dan busy je.

Tak boleh jadi ni. Haeyeon mesti takkan gerak punya!

Sedang Jimin memikirkan apa lagi yang hendak dileterkan pada Haeyeon, tiba-tiba ada satu idea yang terlintas dalam minda.

"Hah!"

Lengan Haeyeon itu segera ditarik perlahan. Tersentak gadis itu dengan tindakan spontan Jimin.

"Apa kata aku carikan orang gaji untuk kau?"

Membulat terus kedua biji mata Haeyeon.

"What?!"

🍁🍁
Macam mana untuk bab yang pertama? Hehe, jemput vote dan bagi feedback tau! <333

sookim_

See you in next chapter.

Baby or Daddy? | JungkookWhere stories live. Discover now