⸙͎۪۫⋆ Chapter 12

1.5K 189 97
                                    

Entah mengapa hari ini, kepala terasa berat sangat seakan dihempap oleh satu batu yang besar. Badan turut terasa lemau dan lesu.

Mata mengerling ke arah jam kaca yang terletak cantik di dinding. Sudah pukul 5 petang.

Huarghhh! Malasnya nak menapak ke dapur.

Patung unicorn gebu itu aku capai. Tekak sudah meminta air. Jadi, terpaksalah menggunakan tenaga untuk berjalan ke dapur demi mencari segelas air.

"Kook.."

Aku memanggil nama gelaran jejaka berwajah comel itu sebaik aku tiba di dapur. Namun, tiada sahutan.

Kaki pula melangkah menuju ke bilik Jungkook. Pintu dikuak namun tiada juga bayangnya di situ.

"Kemana pula lah dia pergi ni?" aku berbisik kecil.

Kepala semakin berdenyut. Aku tetap gagahkan diri untuk mencari Jungkook. Selipar disarungkan dengan berhati-hati kerana pandangan mula kabur.

Dengan perlahan, aku berjalan ke arah laman di tepi rumah. Seorang lelaki yang hanya bersinglet putih dan berseluar pendek sedang berdiri sambil membelakangkan aku.

Hmm, sengaja lah tu nak tayang biceps seksi dia dekat aku kan?

Sedar akan kehadiran ku di situ, Jungkook pantas menoleh ke belakang. Diriku disapa dengan senyuman manisnya.

"Noona buat apa kat sini? Noona nak air coklat ke?" soal Jungkook lalu mendekatiku.

"Tak nak. Noona nak tengok je." aku mengukirkan senyum nipis.

Baru perasan, laman rumah yang dahulu hanya dihiasi dengan rumput dan lalang yang meninggi, kini sudah berubah menjadi laman yang penuh dengan tanaman.

"Wah.. Kook buat ke semua ni?" aku berasa takjub buat seketika.

Jungkook mengangguk.

"Kook nak ceriakan laman rumah noona. Kalau nak tunggu noona, silap-silap ular pun dah bercucu-cicit dalam semak dan itu boleh membahayakan diri noona." ulas Jungkook. Dalam masa yang sama, aku rasa diriku diperli.

"Hmm, iya lah. Betul lah tu." nak tak nak, aku perlu mengiyakan apa yang dikatakan Jungkook. Bahaya juga kalau ular ada di kawasan rumah. Buatnya ada ular yang mematuk dan berbisa, boleh membawa maut.

Aku diam dan memerhatikan sahaja Jungkook yang sedang memetik sesuatu yang berwarna merah gelap dan berduri di kelopak lalu dimasukkan ke dalam sebuah besen yang saiznya sederhana besar.

"Apa benda ni?" aku menyoal pelik.

Buah yang dipetik Jungkook tadi aku ambil sebiji dan membeleknya sekejap. Selama aku hidup 25 tahun di dunia ni, tak pernah pula nampak buah yang berupa sebegini.

"Noona tak tahu?" tanya Jungkook.

Soalan jejaka itu aku balas dengan gelengan.

"Ini bukan buah tapi ianya bunga. Nama bunga ini ialah bunga Rosella atau nama saintifiknya ialah Hibiscus Sabdariffah. Bunga ini berasal dari benua Afrika. Bunga Rosella ini selalu dijadikan minuman atau syrup. Sedap tahu, noona." Jungkook memberitahu sedikit maklumat tentang bunga Rosella yang tidak pernah aku temui sebelum ini.

"Kook pernah minum ke bunga ni?" soalku pelik.

"Pernah! Sedap sangat. Rasa minuman tu masam tapi elok untuk badan kita sebab bunga ni diperkaya dengan Vitamin A, Iron, Potasium, Beta Caroteen, Asam Essensial, Vitamin C, D, B1 dan B2. Bunga Rosella pun ada kalsium tinggi serta Omega 3 tahu? Jadi, air Rosella ni memang berkhasiat. Tiada langsung bahan kimia atau bahan pewarna yang tak elok untuk tubuh badan." jelas Jungkook lagi.

Baby or Daddy? | JungkookWhere stories live. Discover now