⸙͎۪۫⋆ Chapter 10

1.6K 224 47
                                    

Seminggu sudah berlalu, namun langsung tiada tanda-tanda untuk tempoh merajuk seorang Jeon Jungkook akan berhenti. Setiap hari akan ditayang wajah kelat bak mangga muda, kata-kata yang pedas bagaikan cili dan tak lupa juga jelingan yang tajam seperti pisau.

Bila ditanya, sepatah dijawab. Tak pun, diam membisu saja. Kalau tak tu, orang tak tanya pun dia dah siap-siap jawab.

"Kau ni kenapa? Murung je aku tengok." suara Jimin mula memecah kesunyian yang menghuni di dalam kereta.

Jejaka itu tampak fokus dengan pemanduannya.

Haeyeon sekadar mengangkat bahu. Pandangannya dibuang ke luar.

"Tak payah nak berahsia sangat dengan aku. Baik kau cakap sebelum aku tinggal kau kat tepi jalan."

Haeyeon mula menjeling Jimin yang sudah tertunggu-tunggu jawapan darinya itu. Sibuk betul nak tahu hal orang!

"Macam mana nak pujuk orang lelaki merajuk eh?" Haeyeon terus menyoal dengan reaksi wajah kosong. Jimin pula tergamam dengan soalan dari gadis itu.

Betul ke apa yang dia dengar?

"What? Nak pujuk lelaki merajuk? Heh, sejak bila pula aku merajuk dengan kau ni? Kalau aku merajuk dengan kau, aku palau kau tahu? Tak ada masa nak layan--"

"ERGH! Aduhh!"

Wajah Jimin berkerut menahan perit. Sebelah tangannya memegang stereng, sebelah lagi mengusap-usap kepalanya yang baru saja diluku oleh Haeyeon sebentar tadi.

"Bukan kau lah, gila!" gadis itu menggigit perlahan bibir bawahnya. Orang tengah serius, dia boleh pula nak main-main.

Memang kena lah jawabnya!

"Ish! Tak payah lah luku kepala aku! Kalau rambut aku ada yang tercabut, siap kau!"

"Eleh.. bukannya aku luku sampai kepala kau botak terus. Setakat tercabut satu dua helai rambut tu apa lah sangat kan..?"

Jimin merengus geram. Perit di bahagian rambutnya tidak hilang lagi. Berani betul perempuan tu lakukan begini kepadanya.

"Hah, kau tu nak pujuk siapa? Sejak bila pula kau pasang skandal ni?"

Baru saja Jimin mengeluarkan tawa, Haeyeon sudah mengangkat tangannya untuk menyerang buat kali kedua. Mujur Jimin sempat menahan kepala dari diluku oleh Haeyeon lagi.

"Nak kena lagi ke?"

"Tangan tu cuba duduk diam! Ada juga yang kena ikat lepas ni."

"Diam lah! Cepat lah jawab. Macam mana nak pujuk Jungkook merajuk?" malas hendak melayan Jimin yang melebih-lebih, Haeyeon memlilih untuk berterus-terang.

Hati Jimin bagaikan digeletek sesuatu. Lucu rasanya bila Haeyeon bertanya bagaimana untuk memujuk orang yang sedang merajuk. Lelaki pula tu!

Selama 23 tahun dia bersahabat dengan Haeyeon, gadis itu mana pernah reti pujuk orang. Dia tahu hanya rajuknya saja. Tapi kali ini?

Oh Tuhan-- apa yang telah merasuki Haeyeon?

"Sengih-sengih apa? Jawab lah!"

"Eh dia ni. Sabar lah."

Bengkak hati Haeyeon melihat Jimin yang seperti kerang busuk di sebelahnya itu.

"Okay. Kau tahu tak Jungkook suka apa?"

Haeyeon diam. Kepalanya mula berfikir. Namun, hanya bahunya saja yang diangkat.

"Mana lah aku tahu. Kau ingat aku ada masa ke nak ambil tahu semua benda tu?"

Baby or Daddy? | JungkookWhere stories live. Discover now