⸙͎۪۫⋆ Chapter 14

1.4K 173 34
                                    

"WHAT?!"

"Dia cari aku? Kau jangan main-main, Jim."

Haeyeon melemparkan pandangan tidak percaya pada Jimin yang sedang menghirup perlahan minuman coklat yang masih panas itu.

"Kau ingat aku ni kaki kelentong macam kau ke?" Jimin menyindir sambil meletakkan cawan di atas meja. Kakinya disilangkan lalu menghadap Haeyeon yang berpeluk tubuh.

"Macam mana dia boleh jumpa kau? Weh, dah 10 tahun dia ghaib. Kenapa tiba-tiba dia datang? Dia kena sampuk dengan malaun mana?" bertubi-tubi soalan yang dilontarkan Haeyeon pada Jimin.

Lelaki itu mula mengurut pelipis. Si Haeyeon ni kalau boleh, seratus soalan sekaligus dia nak tanya. Rasa nak dicepuk je wajah gadis itu.

"Mana lah aku tahu, Yeon. Lagipun kita berkawan dari kecil dan pejabat ayah aku mana pernah berpindah tempat. Jadi, tak jadi masalah untuk dia cari aku." kata Jimin tenang. Masakan Tuan Seo tak tahu bahawa dia satu-satunya pewaris tunggal syarikat milik keluarga Park. Lagipun, ayahnya bersahabat baik dengan Tuan Seo.

Haeyeon tak senang duduk. Kalau Jimin dah berkata begitu, mesti lelaki tua yang paling dia benci dalam hidupnya akan jejak dirinya sehingga jumpa.

Argh! Kenapa dari dulu orang tua itu perlu menyusahkan dirinya dan mama? Seharusnya dia yang patut mati, bukan mama!

"Sekarang ni, kau nak buat apa Yeon?" Jimin bertanya.

Haeyeon membalas pandangan Jimin. Mata redup lelaki itu seringkali menenangkan jiwanya yang gundah-gulana. Bagaimana untuk aku peroleh ketenangan seperti Jimin?

"Entah."

Haeyeon sungguh tidak mahu bertemu lagi dengan lelaki yang menjadi punca kematian mama kesayangannya itu. Bagi dirinya, papa sudah lama mati. Setiap perbuatannya pada mendiang mama membuatkan Haeyeon bertambah benci pada Seo Yojoon, papanya sendiri.

"Jim..."

"Ya, Yeon?"

"Kalau dia datang jumpa kau lagi, please cakap pada dia yang aku tinggal di luar negara. Aku tak nak jumpa dia lagi." Haeyeon merayu pada sahabat susah senangnya itu. Dia tahu, Jimin boleh membantu dirinya.

Jimin mengeluh panjang. Wajahnya menayang riak serba salah. Bukan dia tak nak tolong, namun dia tak mampu.

"Yeon, kau tahu kan papa kau orang kaya? Dia boleh upah spy yang bagus untuk jejak kau. Bukan satu je malah dia mampu upah lebih banyak asalkan dia dapat kau." Jimin meluahkan apa yang terbuku di dalam hati.

Benarlah telahan Haeyeon. Hanya kerana memegang title kaya dan duit banyak, dia ingat dia boleh buat apa saja? Itulah Seo Yojoon. Dalam hidupnya duit, duit dan duit! Kalau begitu, bawa duit berkepuk tu dalam kubur!

"Kalau kau dah cakap macam tu, apa aku boleh buat kan? Ya lah, aku ni bukan kaya macam dia. Duit gaji Jungkook pun kau bayarkan. Sudah lah, apa dia nak buat terserah pada dia! I don't care about him anymore." Haeyeon mengalah.

Suka hati orang tua itu lah. Malas nak ambil kisah!

Dah buang orang macam sampah, sekarang ni baru nak cari? Kenapa bukan 10 tahun yang lepas? Kalau dia buat begitu, tentu mama masih hidup sekarang dan Haeyeon ada keluarga yang bahagia macam orang lain. Oh, tolonglah. Kenapa harus kutip semula sampah yang dah dibuang?

"But... Yeon, he's still your papa. Mungkin dia dah insaf dengan apa yang dia buat pada kau. Why don't you give one more chance to him?"

"What? Chance? Huh!"

Haeyeon tergelak sebelum wajahnya kembali serius.

"For what, Jim? Dia dah buat kesalahan yang paling besar dalam hidup dia! Because of him, my mama was dead! Alangkah baiknya kalau mama tak kahwin dengan jantan keparat macam tu!" hambur Haeyeon dengan suara yang lantang.

"Tapi kalau dia tak ada, kau takkan ada depan aku sekarang dan mungkin takkan wujud langsung kat dunia ni."

"Argh! Apa-apa je lah!" Haeyeon menguak rambutnya ke belakang dengan kasar.

Nafasnya turun naik. Emosinya semakin membara. Dia benci! Benci untuk mengingat kembali pengalaman perit yang dia lalui dulu.

Jimin mendekati Haeyeon. Bahu gadis itu ditepuk lembut. Gadis itu ibarat api, jadi dia harus menjadi air untuk padamkan api amarah yang menguasai diri Haeyeon sekarang.

"It's okay, Yeon." tutur Jimin perlahan.

"Kau tak faham aku ke, Jim?" marah Haeyeon bertukar menjadi tangisan.

Jimin menggeleng. Dia menarik tubuh Haeyeon ke dalam pelukan dengan harapan agar dapat menenangkannya.

"Sorry, Yeon. Sorry. Aku faham, faham sangat. Tenangkan diri kau. Tolak tepi tentang apa yang kita cakap tadi." Jimin serba salah melihat gadis itu yang sudah teresak-esak menangis.

Kalaulah dia tidak berbincang hal ini dengan Haeyeon, tentu gadis itu tidak beremosi sampai begini sekali. Namun, dia juga tak mahu digelar penipu tentang pertemuannya dengan Tuan Seo beberapa hari lepas.

Sekurang-kurangnya, Haeyeon sudah tahu bahawa Tuan Seo cuba menjejakinya. Bagaimana kalau Jimin tak beritahu? Mesti Haeyeon terkejut dan mungkin dia akan marah kerana Jimin sudah tahu pasal ini! Jimin tak mahu disebabkan perkara yang remeh-temeh, persahabatannya dengan Haeyeon menjadi renggang.

"I hate him... so much!"

Jimin mengangguk. Pelukannya dieratkan lagi. Biarlah Haeyeon mengambil masa untuk tenang.

✧⋄⋆⋅⋆⋄✧⋄⋆⋅⋆⋄✧⋄⋆⋅⋆⋄✧⋄⋆⋅⋆⋄✧

Jungkook bersandar lemah di sebalik dinding. Perbualan antara Haeyeon dan Jimin sudah dia dengar tanpa sengaja. Pada asalnya, Jungkook hendak melihat saja kenapa wajah Haeyeon kelihatan  tegang. Tapi dia terbabas pula mendengarnya sampai habis.

Haeyeon... wanita yang dia gelar 'noona' itu ternyata mempunyai masalah yang hampir sama dengan dirinya. Kalau dia kehilangan ayah, Haeyeon pula kehilangan ibu. Patutlah setiap kali merenung ke dalam mata Haeyeon, ada satu kesedihan yang sukar untuk tuan empunya badan ungkapkan.

Mata tak boleh menipu biarpun bibir sentiasa tersenyum manis dan ketawa riang.

"Untungnya, noona. Bila sedih, ada orang peluk. Aku? Hmm..." keluh Jungkook sendiri.

Jimin seorang kawan yang sangat baik pada pandangan Jungkook. Selalu ada di samping Haeyeon, tak jemu membantu, tempat penghibur dan pelepas duka. Keperibadian Jimin mengingatkan Jungkook kepada seseorang.

Fikirannya serta-merta menayang satu wajah yang sangat dia rindui sehingga kini. Insan itulah yang selalu ada di sisinya tika dia berasa sedih dan tertekan. Insan itu juga lah yang sentiasa menawarkan khidmat peluk untuknya.

Namun jasad insan tersebut sudah tiada di hadapannya. Yang ada hanyalah memori manis yang terpahat kukuh di hati.

"Haraboeji... Kook rindu."

Tak mampu untuk menahan tangis, air mata Jungkook mula mengalir deras sambil jejaka itu teresak dalam diam.

Air mata itu menjadi bukti bahawa dia terlalu rindu dan sangat memerlukan haraboeji di sisinya.

🍁🍁
Yeah! Hari ni mujur ada idea untuk update ❤

Okay ke? Hope you guys enjoy it! 🍫



Baby or Daddy? | JungkookWhere stories live. Discover now