⸙͎۪۫⋆ Chapter 5

1.8K 238 56
                                    

Dua beg hitam besar yang berisi barang-barang dan pakaiannya Jungkook bawa keluar dari bonet kereta Jimin tanpa sempat lelaki itu ingin membantu.

Setelah dua hari dia menjalani 'orientasi' di rumah Jimin, akhirnya dia diterima untuk bekerja sebagai pembantu rumah kepada seorang teman rapat lelaki tersebut.

Tujuan Jimin melakukan 'orientasi' itu adalah untuk menilai sama ada Jungkook lulus atau tidak menjadi seorang maid di rumah Haeyeon nanti.

Jungkook berjaya melepasi orientasi tidak rasmi yang dianjurkannya. Mudah sekali kerjanya kali ini.

"Haa, Jungkook.."

Terkedek-kedek lelaki itu mendekati Jimin dengan dua beg berat di tangannya selepas lelaki itu memanggilnya.

Kini mereka berdua sudah berdiri di hadapan sebuah banglo yang sederhana besar.

"Ini rumah majikan kau. Jangan risau, dia okay je." Jimin memberitahunya tenang.

Jungkook hanya mengangguk perlahan lalu membuntuti Jimin dari belakang masuk ke dalam kawasan banglo itu.

'Harap semuanya baik-baik saja.' hatinya berbisik lembut.

Fighting, Jungkook! This is your first day!

✧⋄⋆⋅⋆⋄✧⋄⋆⋅⋆⋄✧⋄⋆⋅⋆⋄✧⋄⋆⋅⋆⋄✧

Seperti yang Jimin pesan sebelum lelaki itu berlalu pergi, dia harus menyiapkan makanan untuk majikannya sebelum pukul 6 petang.

Lega rasanya kerana dia sudah pun menyiapkan semuanya. Tinggal untuk dimakan saja. Kerjanya lagi mudah kerana Jimin sudah beli semua bahan-bahan dapur.

Kata Jimin lagi, majikannya itu akan kembali bekerja dan akan pulang semula pada waktu malam. Itupun kalau tiada masa kerja tambahan.

"Hmm... apa lagi ya?" Jari telunjuk Jungkook ketuk perlahan pada dagunya.

Peti sejuk pantas dibuka dan dia menjumpai beberapa biji epal hijau. Sesuailah untuk dijadikan pencuci mulut.

Setelah epal itu siap dipotong cantik, dia hidangkan di atas meja bersama makanan lain.

Mata kembali merenung pada jam di dinding. Ada beberapa minit saja lagi sebelum majikannya pulang.

"Oh Tuhan... Macam mana kalau bos aku gemuk? Tak pun, garang macam singa? Aihh... harap-harap janganlah macam tu."

Jejaka itu cuba menenangkan debaran di hati yang semakin menggila. Bermacam-macam andaian yang datang di fikiran tentang majikannya nanti.

Ah! Tak sukanya perasaan ni.

✧⋄⋆⋅⋆⋄✧⋄⋆⋅⋆⋄✧⋄⋆⋅⋆⋄✧⋄⋆⋅⋆⋄✧

"Ya, aku dah.. sampai rumah. Jangan risau." kata Haeyeon melalui telefon dengan sedikit mengah. Letih kerana terpaksa berjalan kaki dengan jarak yang boleh dikira jauh dari stesen bas menuju ke rumahnya.

Memandangkan hari ini Jimin tidak dapat memgambilnya, terpaksalah dia menaiki bas. Lepas tu, kena pula menapak untuk sampai ke rumah.

Dah lah teksi tak ada.

Panggilan dari Jimin sudah ditamatkan sebaik saja kakinya melangkah masuk ke dalam rumah.

Tubuhnya terus dihempaskan ke atas sofa. Lenguh satu badannya hari ini. Lepas ni, kena pergi kerja lagi.

"Err... noona?" tegur satu suara.

Daripada mahu tertutup matanya, kini terus membuntang segar semula. Alangkah terkejutnya Haeyeon apabila ada seorang lelaki yang berapron sedang berdiri tegak di hadapannya.

Lelaki yang berambut perang itu juga terkejut melihat reaksi Haeyeon. Dia mengundur setapak ke belakang.

"Kau... kau siapa?" Haeyeon menyoal gelabah. Bantal-bantal kecil di sofa itu lantas dipeluk. Takut dirinya diapa-apakan oleh lelaki itu.

Jungkook di situ sudah terkebil-kebil.

Lahh, dia tahu ke tak aku ni maid dia?

"S-Saya pembantu rumah, noona. Nama saya Jeon Jungkook." Jungkook dengan penuh sopan memperkenalkan dirinya.

Tangannya dihulur pada Haeyeon yang masih terkejut.

"Tapi, noona boleh panggil saya Kook." sambungnya lagi.

Raut wajahnya cuba dimaniskan untuk menyakinkan Haeyeon bahawa dirinya tidak berbahaya.

"Kook?" soal Haeyeon perlahan.

Jungkook mengangguk laju.

Haeyeon terus naik ke atas bersama begnya dan meninggalkan Jungkook di bawah yang belum sempat untuk menjemputnya makan.

Jungkook hanya menghantar bayangan susuk tubuh yang menyarung seragam jururawat itu dengan mata yang terkebil-kebil.

"Apa ni? Dia tak nak makan ke?" bibirnya diketap geram namun segera dia meneutralkan wajahnya yang hampir bertukar seperti asid itu.

Orang dah masak tak nak makan. Tak kesian ke orang penat-penat masak?

Tercungap-cungap nafas gadis itu. Tubuhnya dia sandarkan pada pintu bilik. Dia cuba untuk bernafas dengan tenang.

Dah orang penat, lepas tu balik kena pula hadap lelaki yang entah mana-mana Jimin kutip. Mana tak terkejut beruk?

"Kau sabar, Jimin. Tahu lah nanti apa aku nak buat kat kau."

Penumbuknya digenggam erat. Berani betul lelaki itu buat keputusan tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.

Ergh, tak guna punya Jimin!

🍁🍁
hi, sorry sebab lambat update 💜. ada orang datang rumah tadi, so tu yang tak sempat nak update tu. tiba-tiba rasa macam tak yakin dapat habiskan fanfic ni sebelum start sekolah :(

hmm.. i hope dapat habiskan. stay tune for the next chapter! thankyouu <3333



Baby or Daddy? | JungkookWhere stories live. Discover now