⸙͎۪۫⋆ Chapter 20

1.4K 184 29
                                    

"P... Papa?"

Entah kenapa apabila melihat air mata yang mula gugur di pipi tua lelaki yang bergelar ayah itu membuatkan hatinya bagaikan dihiris.

Rasanya pedih.

Automatik juga matanya mula menakung cecair jernih yang bakal tumpah pada bila-bila masa. Pandangannya kabur.

Bak Haeyeon atau Tuan Seo, masing-masing diam. Tidak mengeluarkan sepatah kata dari bibir. Hanya mata dan hati yang berinteraksi.

Tuan Seo tak sangka bahawa anak gadisnya yang dahulu kecil kecil cili padi, kini sudah membesar menjadi seorang gadis sejati yang cantik seperti mendiang isterinya. Dia tidak nafikan bahawa kecantikan yang Haeyeon miliki itu diturunkan oleh Kim Se-Young.

Kaki Tuan Seo perlahan melangkah mendekati Haeyeon. Gadis itu tidak berganjak. Dia masih tetap berdiri tegak di situ.

"Yeon... Yeon sihat?" terdengar getaran dalam nada suara Tuan Seo saat dia mula bertanya kepada Haeyeon.

Empangan air mata Haeyeon pecah jua. Dia terlalu rindukan suara Tuan Seo. Namun dalam masa yang sama, hatinya memberontak mengatakan bahawa dia benci pada papanya.

"Papa rindu sangat pada Yeon." Tuan Seo mengetap bibirnya lembut. Dia cuba untuk tidak menangis di hadapan anak gadis tunggalnya itu.

"Baru sekarang nak rindu?" soal Haeyeon. Sinis.

Tuan Seo yang tadi memandang Haeyeon dengan penuh rasa sayang dan gembira, kini bertukar sudah riak wajahnya. Hilang terus senyuman di bibirnya tadi.

"Kenapa bukan dari dulu?"

"Dan kenapa sekarang baru nak muncul? Lepas dah berapa tahun papa tinggalkan Yeon dengan mama, papa datang balik dengan rasa tak bersalahnya."

Wajah Haeyeon seakan tidak berperasaan. Hatinya rasa ingin meletup seperti gunung berapi.

"Papa minta maaf. Papa menyesal. Maafkan papa, sayang?" Tuan Seo cuba meraih tangan Haeyeon namun gadis itu pantas menepis.

"Don't touch me and stay away from me." arah Haeyeon dengan sedikit tegas.

Tuan Seo akur. Dia mengundur beberapa langkah ke belakang.

"Kenapa datang balik?"

"Because i need you. You're my one and only daughter that I have."

"Tapi Yeon tak perlukan papa."

Matanya memandang Tuan Seo dengan pandangan yang menikam. Mata itu menceritakan betapa bencinya dia pada lelaki itu.

"Besar sangat ke rasa benci Yeon pada papa?" Tuan Seo menyoal lirih.

"Ya. Tersangat besar rasa benci tu. Sebab apa? Papa nak tahu? Sebab kehilangan papa membuatkan mama pergi dalam menanggung rindu yang... ughh! Yeon tak dapat nak ungkapkan dengan kata-kata."

Hati Tuan Seo bagaikan dicarik-carik. Setiap perkataan yang keluar dari mulut Haeyeon membuatkan hatinya sakit. Sakit kerana mendengar kenyataan tentang mendiang isterinya serta perasaan anak gadisnya itu.

"Mana papa di saat mama perlukan papa? Mana papa pergi? Kenapa hilang tanpa khabar macam tu je? Kenapa papa seksa kami sampai macam ni sekali? Papa memang kejam!"

Kemarahan Haeyeon sudah sampai ke puncak. Dadanya berombak laju, mengawal perasaannya yang sedang panas menggelegak.

"Ma--"

"Lepas ni, Yeon harap Yeon takkan jumpa papa lagi. Ini... akan sakit setiap kali Yeon pandang muka papa!" Haeyeon mengepal penumbuk lalu menumbuk perlahan di bahagian kiri dadanya.

"Jangan cari Yeon lagi. Papa pergilah dengan kehidupan papa tu. Yeon tak perlukan orang macam papa dalam hidup Yeon."

Tanpa ucapan selamat tinggal, Haeyeon terus beredar dari situ. Malas dan muak nak hadap muka lelaki tua itu lama-lama. Bimbang dirinya hilang kawalan dek kerana perasaan marah yang teramat.

✧⋄⋆⋅⋆⋄✧⋄⋆⋅⋆⋄✧⋄⋆⋅⋆⋄✧⋄⋆⋅⋆⋄✧

Jungkook yang selesai membeli aiskrim itu melilau mencari susuk tubuh Haeyeon. Dia berjalan mundar-mandir di situ bersama dengan dua batang aiskrim di tangannya.

"Yeonnie pergi mana ni? Aduhaii... Jangan dia lari diam-diam sudah." Jungkook mengomel di situ sendirian.

Sekejap dia duduk, sekejap dia bangun, sekejap dia jalan. Dia ingin mencari Haeyeon, tapi dia bimbang kalau dia pergi dari situ, Haeyeon pula datang kembali.

Jungkook mengeluh panjang. Peluh sudah merenik di dahinya.

Seketika kemudian, matanya terpandang akan susuk tubuh Haeyeon yang berjalan laju ke arahnya. Apa yang membuatkan Jungkook kaget ialah wajah Haeyeon yang merah dan dibasahi dengan air mata.

"Yeo.. Yeonnie.. Kenapa ni?"

Haeyeon mengesat air matanya kasar. Dia tidak menjawab soalan Jungkook itu sebaliknya dia menarik tangan Jungkook beredar dari taman tersebut.

Hilang sudah moodnya untuk mengambil angin petang.

Jungkook yang masih tidak tahu apa yang terjadi pada Haeyeon hanya mengikut saja langkah ke mana Haeyeon pergi.

✧⋄⋆⋅⋆⋄✧⋄⋆⋅⋆⋄✧⋄⋆⋅⋆⋄✧⋄⋆⋅⋆⋄✧

Sebaik saja tiba di rumah, Haeyeon terus melabuhkan punggungnya di atas sofa. Emosinya hari ni memang serabut.

Jungkook menutup pintu utama lalu menapak ke arah Haeyeon. Kerana Haeyeon diam seribu kata sebentar tadi, maka Jungkook terpaksa habiskan aiskrim yang dibelinya untuk gadis itu. Tak baik membazir!

Air muka Haeyeon tidaklah keruh macam di taman tadi. Kini sudah kelihatan sedikit tenang. Namun, air matanya tetap mengalir. Hidung mancung yang kecil itu masih lagi merona kemerahan.

"Yeonnie, kena--"

Kata-kata Jungkook terhenti saat Haeyeon tiba-tiba memeluk tubuhnya. Dia terkaku sekejap.

"Y-Yeonnie... jangan buat Kook risau. Yeonnie okay tak?" Jungkook bertanya dengan penuh lembut.

Kepala Haeyeon menggeleng perlahan. Jawapan Haeyeon itu menandakan bahawa sekarang ini dia bukan berada di dalam zon hijau.

"Saya benci dia. Benci! Benci!! Sebab dia lah mama--"

Jungkook mengeratkan pelukan. Jari telunjuknya didaratkan pada bibir lembut Haeyeon. Gadis itu terdiam dari menyambung percakapannya.

Raungan Haeyeon itu membuatkan Jungkook juga dapat merasakan rasa sedih yang Haeyeon hadapi ketika ini.

"Don't say anything. Kook akan peluk Yeonnie sampai Yeonnie rasa tenang. Kalau Yeonnie nak nangis pun, nangis lah. Kook ada untuk Yeonnie." rambut panjang Haeyeon dibelai lembut. Jungkook sukakan momen begini.

Jiwa Haeyeon tersentuh. Dia mula rasa disayangi apabila Jungkook berkata begitu. Dia perlukan seseorang untuk dia lepaskan semua kesedihan yang dirinya tanggung selama ini.

Dan orang itu, Jungkook.

"Terima kasih, Kook."

🍁🍁🍁
hulla! put bagi one update untuk readers kesayangan put. sorry sebab ambil masa yang lama untuk update. thanks for waiting! i really appreciate it 💗

sorry for kehambaran. sabar ya, kita slow slow. put harap cerita ni berjaya dihabiskan tanpa diunpublish.













You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 21, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Baby or Daddy? | JungkookWhere stories live. Discover now