⸙͎۪۫⋆ Chapter 7

1.8K 240 64
                                    

Masuk hari ini, sudah genap seminggu Jungkook bekerja sebagai pembantu rumah di kediaman Haeyeon.

Namun, layanan Haeyeon pada Jungkook masih lagi kaku dan dingin bak salju. Bila ditanya, jawab sepatah.

Rasa dipalau tu memang sakit kan?

"Hyung.. Kenapa noona tak layan Kook? Dia tak suka ke Kook kerja kat sini?" kedengaran satu keluhan lembut terbit di bibir Jungkook.

Bukannya dia tak suka kerja di sini. Dia amat sukakannya kerana bagi Jungkook, kerja-kerja rumah ni dah sebati dalam diri.

Tapi setiap kali melihat ekspresi wajah Haeyeon yang sentiasa beku dan tiada perasaan, semangatnya mula pudar.

Jimin menggeleng perlahan. "Haeyeon memang macam tu. Nanti bila dah lama-lama, dia okay lah."

Lelaki itu tersenyum nipis. Jungkook masih lagi tidak berpuas hati dengan jawapan yang Jimin berikan.

Kepalanya ligat memikirkan bagaimana mahu mengambil hati majikannya yang seorang itu.

Buntu sudah dirinya!

"Nak aku tolong tak?"

Jimin menoleh kepalanya ke arah Jungkook yang sedang leka berfikir.

"Hyung tahu ke?" soal Jungkook dengan bibir yang memuncung.

Soalannya dibalas anggukan oleh Jimin. Lelaki itu menarik Jungkook agar mendekatinya.

Jimin mendekatkan bibirnya ke telinga Jungkook lalu membisikkan sesuatu.

✧⋄⋆⋅⋆⋄✧⋄⋆⋅⋆⋄✧⋄⋆⋅⋆⋄✧⋄⋆⋅⋆⋄✧

Haeyeon yang baru saja selesai memeriksa keadaan salah seorang pesakit warga emas di situ menghela nafas panjang setelah punggungnya dihenyakkan ke atas kerusi.

Penatnya tak boleh dibawa berbincang. Seharian dia tidak dapat duduk. Kali ini barulah merasa tenang sekejap.

Sudah waktu makan tengah hari namun dirinya masih lagi di situ. Ada beberapa orang jururawat sedang bertugas di wad yang menempatkan pesakit warga emas.

"Yeri, kau tak lunch ke?" gadis yang sedang fokus menyusun rekod-rekod itu ditegur.

"Aku dah lunch. Kalau kau nak makan, pergi je lah. Bukannya aku seorang kat sini. Lagipun patient semua tengah makan." jawab Yeri dengan senyuman manis di bibir.

Baguslah, lagipun dirinya sudah lapar ni.

Haeyeon mengangguk akur. Punggung diangkat lalu berjalan perlahan melewati satu per satu katil pesakit.

Ada yang datang melawat dan membawa makanan dari rumah, ada juga yang makan makanan hospital. Waktu-waktu begini ramai juga pelawat yang datang ke wad itu.

Haeyeon terpandang seorang wanita yang mungkin berusia dalam 60-an sedang termenung tanpa menyentuh makanan yang terhidang di depannya.

"Mak cik, kenapa tak makan?" soal Haeyeon lembut setelah berdiri di sisi wanita itu.

Dia hanya menggeleng. Makanan itu ditolak sedikit.

"Tak nak. Tak sedap." jawabnya pendek.

Berbagai-bagai kerenah pesakit di sini. Ada yang mendengar kata, ada juga yang keras kepala. Biasalah, melayan orang tua perlu bersabar seperti melayan kerenah budak-budak.

Baby or Daddy? | JungkookWhere stories live. Discover now