⸙͎۪۫⋆ Chapter 11

1.4K 187 18
                                    

Sejak hubungan aku dan Jungkook sudah mula baik, jejaka itu sering menayang tingkah laku keanak-anakannya di hadapanku. Manja tak bertempat.

Aku pun tak ada lah makan nasi dengan telur gulung hari-hari malah makin sedap pula menu harian aku. Untungnya dapat maid yang berbakat serta comel ni.

Ting!

Skrin telefon bimbit yang bercahaya itu aku renung sekilas. Ada satu pesanan masuk.

Jungkook :>
Noona, balik cepat tau! Kook ada suprise untuk
noona.. ehe XD

Aku tersengih sendirian sambil jari-jemari lincah menekan skrin telefon bimbit.

Me:
Ada apa ni? Penting ke?

Jungkook :>
Eeee noona ni! Balik je lah! Banyak pulak
songeh -_-

Eh, budak ni? Selamba badak dia je paksa aku untuk balik cepat.

Me:
Ya, ya. Nanti noona balik. Puas hati?

Jungkook :>
Aaaa terima kasih, noona! Mmmuahhh ❤
Sayaaaaaang noona!

Mesej terakhir dari Jungkook itu aku hanya biarkan tidak berbalas. Satu senyuman kecil meniti di bibir merahku.

Dia ni kan, bila dah manja tu... over nya sampai ke bulan!

✧⋄⋆⋅⋆⋄✧⋄⋆⋅⋆⋄✧⋄⋆⋅⋆⋄✧⋄⋆⋅⋆⋄✧

Kasut putih bertumit nipis yang tersarung di kaki aku tanggalkan lalu meletakkannya di dalam rak kasut.

"Tadi suruh balik awal. At least, sambutlah orang dekat depan pintu. Cis!" aku mendengus kecil.

Tombol pintu ku tarik ke bawah lalu pintu utama rumah ini terbuka luas. Ah, mungkin budak itu di dapur lagi.

"Boo! Terkejut tak?" tiba-tiba satu bisikan kuat terus menjengah ke deria pendengaranku. Aku yang sedang terkejut cepat-cepat mengurut dada dengan perlahan sambil memandang tajam Jungkook bersama strawberi di tangan.

Jejaka itu terkekeh ketawa melihat wajah aku yang sudah bertukar seperti ayam berak kapur. Suka gamaknya kenakan aku!

"Kalau noona ada heart attack, mati dah noona ni." kataku sambil menjeling jejaka itu.

"Eee apa noona ni? Tak baik tahu cakap pasal mati ni. Hah, noona balik dengan Jimin-hyung ke?" jejaka itu meraih pergelangan tanganku lalu berjalan ke arah dapur.

"Balik naik bas. Jimin ada meeting." jawabku ringkas.

Jungkook mengangguk faham. Hatinya berkobar-kobar ingin menunjukkan sesuatu yang menjadi kesukaan noona kesayangannya itu.

"Eh, eh! Apa ni?"

Aku terkejut dengan tindakan Jungkook yang tiba-tiba sahaja menutup kedua belah mataku menggunakan tangannya.

"Apa ni, Kook? Jangan prank noona macam-macam. Noona sepak kamu nanti!" aku mula mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan. Namun Jungkook langsung tidak mengendahkannya.

Baby or Daddy? | JungkookWhere stories live. Discover now