⸙͎۪۫⋆ Chapter 8

1.7K 215 48
                                    

"Senangnya dalam hati, kalau ada isteri..." Jungkook yang sedang leka mengelap meja makan itu bernyanyi kecil sambil melenggokkan batang tubuhnya.

"Aiyaa, isteri pun tak ada maa... Ada hati mahu nyanyi." Jungkook berkata perlahan lalu diiringi dengan sengihan di bibir. Meja yang diperbuat dari kaca itu dilap sehingga tiada satu pun kesan minyak atau kotoran yang lain melekat pada permukaan meja tersebut.

Kerjanya semua perfect 10!

Selepas selesai kerja mengelap, Jungkook berlalu ke dapur. Tangannya pantas menyiapkan menu santapan tengah hari.

Disebabkan Haeyeon mengambil cuti sakit hari ini, jadi Jungkook mahu masak sesuatu yang elok dimakan ketika tubuh tidak berapa sihat.

Dia menyediakan semangkuk bubur ayam serta sup hangat yang diletakkan di atas dulang. Tak lupa juga air suam.

"Ya Tuhan, menggodanya bau bubur aku. Rugi betul kalau noona tak nak makan air tangan aku ni." hidungnya menghidu aroma bubur yang amat membuka selera.

Tak sabar rasanya mahu makan!

Tanpa berlengah lagi, Jungkook menatang dulang tersebut dan bergerak menuju ke bilik Haeyeon.

✧⋄⋆⋅⋆⋄✧⋄⋆⋅⋆⋄✧⋄⋆⋅⋆⋄✧⋄⋆⋅⋆⋄✧

Haeyeon mengeluh panjang sambil berbaring di tengah-tengah ruang biliknya yang besar dan luas itu.

Kepalanya serabut memikirkan bil-bil yang perlu dibayar selepas mendapat gajinya untuk bulan ini.

Dah lah orang pening kepala, ditambah lagi pula dengan perkara ni. Tapi itulah, sampai bila nak tangguh? Kalau dah buat awal, nanti senang. Tinggal nak bayar je.

Telefon bimbit yang menghubungkan panggilan dari Jimin itu ditarik mendekatinya.

"Jim... pening lah kepala aku. Duit itu lagi, ini lagi. Itu belum masuk lagi gaji budak tak matang dalam rumah aku ni." keluh Haeyeon sambil mengusutkan rambut panjang yang tidak diikatnya.

"Ish kau ni! Apa cakap macam tu? Tak matang dia pun, dia lagi terer kemas rumah and masak daripada kau tahu?"

"Ye lah. Aku tahu. Menangkan aje lah dia tu." bibirnya dicebik tanda cemburu dek kerana Jimin menyebelahi pembantu rumahnya itu.

"Hah! Dah dua jam kau kacau aku ni. Nanti papa aku ingat aku makan gaji buta pula. Okay lah, chow dulu. Apa-apa roger je."

Baru sedar, dah lama dia bersembang dengan Jimin. Habis dua jam je masa Jimin semata-mata melayan kerenah mengada-ngada si Haeyeon.

Panggilan ditamatkan. Matanya kembali memandang bil-bil yang bersepah di hadapannya kini.

Tombol pintu biliknya dibuka dari luar. Jungkook yang masih berapron bersama dulang di tangan Haeyeon tenung kosong.

"Kau nak apa ni?"

Satu senyuman comel Jungkook berikan buat Haeyeon. Dia hanya memerhatikan saja Jungkook meletakkan dulang yang berisi makanan dan segelas air itu di atas meja soleknya.

"Noona, tadi Jimin hyung cakap noona tak sihat. Jadi, Kook bawakan noona bubur ayam dengan sup. Kook masak dengan penuh kasih sayang." ujar lelaki muda itu dengan satu lagi senyuman yang sangat comel. Terlihat gigi arnabnya yang putih bersih itu.

Baby or Daddy? | JungkookWhere stories live. Discover now