⸙͎۪۫⋆ Chapter 12

Start from the beginning
                                    

Jejaka itu tergelak kecil melihat reaksi wajahku ketika dia memberitahu tentang kandungan bunga Rosella tersebut. Dagu aku ditolak perlahan ke atas bagi menutup mulut yang sudah ternganga.

"Tutup mulut tu, noona. Nanti masuk lalat."

Aku tersedar lalu menunduk malu. Sempat pula ternganga macam gua mulut ni.

"Kook nak tanya, kenapa muka noona pucat ni? Noona sakit ke?"

Prihatin sungguh jejaka itu pada diriku sampaikan wajah aku yang dah pucat macam mayat ni pun dia perasan.

Belum sempat aku menjawab, belakang telapak tangannya sudah hinggap di dahiku. Serta-merta keningnya berkerut.

"Eh, badan noona panas ni. Noona demam ya?"

Aku mengalihkan tangannya dan menggeleng.

"Mana ada. Sikit je ni. Noona tak--"

"Tak kira! Noona izinkan Kook...."

"ARGHH!"

Mataku besar membulat dengan tindakan drastik Jungkook. Budak ni dah kenapa?

Jungkook hanya menayang smirk padaku.

".... untuk mendukung noona. Nanti noona pengsan. Sebelum benda tu terjadi, baik Kook bawa noona masuk dalam bilik dan berehat. Jangan bantah dan ikut sahaja arahan saya, Cik Seo Haeyeon." dari nada suara yang riang, kini bertukar suara bisikan yang menggoda.

Renungan mata dan senyuman yang bikin jantung berdegup kencang membuatkan aku tertunduk malu. Tak berani untuk membalas renungan tersebut.

Lehernya ku paut sebelum dia berjalan masuk ke dalam rumah dan membiarkan bunga-bunga Rosella yang sudah berterabur di laman.

✧⋄⋆⋅⋆⋄✧⋄⋆⋅⋆⋄✧⋄⋆⋅⋆⋄✧⋄⋆⋅⋆⋄✧

Terdengar bunyi pintu bilikku dikuak, segera aku pejamkan mata. Aku tahu itu Jungkook.

Selepas apa yang berlaku pada petang tadi membuatkan aku tak berani dan malu untuk pandang wajah menggoda yang hanya bertopengkan wajah comel itu.

Lampu bilik dibuka dan ruang bilik menjadi terang benderang. Jungkook mengambil tempat di sisiku. Tangannya menepuk lenganku perlahan.

"Noona... bangun kejap. Makan sikit. Lepas itu, baru makan ubat. Kalau tak makan, nanti perut noona masuk angin dan demam itu akan melarat."

Aku menggeliat malas dan berpura-pura menenyeh mata seperti baru bangun dari tidur sedangkan tadi aku langsung tidak dapat tidur.

Jungkook membetulkan bantal di belakang agar aku boleh menyandar.

"Noona makan sikit ya? Jangan risau, dalam bubur ni ada isi ayam sahaja. Tiada ikan bilis." pesan Jungkook awal-awal disertai dengan sengihan. Aku mengangguk lega.

Sebelum ini, Jungkook pernah masak bubur dalam kuantiti yang agak banyak dan letak ikan bilis yang telah digoreng ke dalam bubur itu. Akibatnya, sedikit pun aku tak jamah sebab aku tak makan ikan bilis.

Jadi, terpaksalah bagi jiran-jiran yang berdekatan daripada bubur itu terbuang begitu sahaja.

"Sedap tak?"

Ibu jari ku angkat menandakan bubur yang dibuatnya itu sedap. Suapan demi suapan sehingga mangkuk bubur itu licin. Sedap sangat dan aku pun kebetulan tengah lapar.

"Pandai noona kesayangan Kook ni. Nah, makan ubat pula."

Aku tersenyum malu kerana dipuji sebegitu. Jungkook menyuakan sebiji ubat panadol dan segelas air suam kepadaku. Aku melepaskan keluhan berat.

"Perlu ke makan benda alah ni? Nanti esok lusa sihat lah demam noona. Tak payah lah, dah lah pahit." tangan Jungkook yang ada ubat itu aku tolak.

"Noona ni nurse, tapi ubat tak nak makan. Kenapa boleh jadi nurse macam ni?" Jungkook menyoal jengkel. Keningnya dijongketkan beberapa kali.

"Ubat tu bukan noona yang makan. Pesakit dekat hospital tu yang makan." tak mahu kalah, aku terus menjawab soalan jejaka itu.

"Ah! Kook tak kira! Noona kena makan --"

"Eeeee! Tak nak lah! Jangan paksa--"

Pergerakanku terhenti. Jungkook mendekatkan wajahnya dengan wajahku sehinggakan hidung kami berlaga antara satu sama lain.

Jantung mula beroperasi dengan lebih dahsyat.

"Noona..."

Tiada lagi suara jengkel. Kini suara yang sama sewaktu insiden petang tadi menjelma kembali.

"Dengar cakap Kookoo or.... you will meet Daddy Gguk."

Tanpa banyak bicara, ubat yang berada di telapak tangan Jungkook itu aku ambil lalu masuk ke dalam mulut. Air suam itu aku minum dengan rakus sebelum terus berselubung dalam selimut.

"Good, noona. Selamat malam."

Hampir sahaja jeritanku terlepas di saat aku merasakan bibir Jungkook mendarat di atas kepalaku. Sebaik saja pintu bilik ditutup, baru aku alihkan selimut tebal itu dari wajah.

Oh Tuhan, kenapa dengan aku ni? Eh, salah! Kenapa dengan Jungkook?!

🍁🍁
Assalamualaikum and annyeong! Here, i give my readers one more update sebelum memulakan kerja sekolah yang menimbun tu. Hehehe, im proud of myself sebab boleh bagi double update untuk ff ni.

Untuk siapa yang tak tahu bagaimana rupa bunga Rosella, inilah rupanya. Cantik dan unik, bukan? Sesiapa yang dah pernah rasa air Rosella? Sedap sangat! Rasa masam masam gitchew! Sedikit maklumat pasal bunga ni boleh search di Google ya? Lebih lanjut dan detail.

Okay guys, enjoy your reading 🎉
Mohon maaf atas segala kehambaran 😔.














Baby or Daddy? | JungkookWhere stories live. Discover now