14 Days: 1

394 84 100
                                    

Assalammualaikum, done update!  ❤️
Jemput baca, vote and comments! 💘

|04092020|

~~~~~

TALI kasut yang terbuka itu diiikat bagi kemas. Beg digalaskan di
bahu sebelum melangkah keluar
dari rumah. Jarak antara rumah
dia dengan sekolah kira-kira 600
meter. Qirsha menarik nafas lalu memejamkan matanya sejenak.

"Umi harap result Ryn meningkat. Kalau
tak meningkat juga, kamu berhenti jelah sekolah. Mungkin kamu memang dilahirkan... bodoh."

Kata-kata uminya tadi menghiris hati Qirsha. Dia bukan tak berusaha, dah tapi sering kali gagal. Rasa diri ini macam tak berguna. Useless. Don't give up! Kau boleh berjaya, Qirsha Arynna.

Kelopak mata dibuka lalu langkah diteruskan hingga sampai ke pintu pagar sekolah. Dia melemparkan senyuman kepada kawan-kawan dan juga guru-gurunya. Qirsha berjalan masuk ke dalam kelas sebelum meletakkan begnya dia atas kerusi.

Bum!

Seorang lelaki dan juga rakan sekelasnya menolak pintu itu dengan kuat. Dia menapak masuk ke dalam lalu mencampakkan beg  di atas meja. Semua mata mula tertumpu ke arahnya. Dia hanya menayangkan muka selamba.

Ye, Airiq Drizlan.

"Bangun! Assalammualaikum Cikgu Izzati." Suara Iman yang nyaring dan juga selaku ketua kelas menyentakkan Qirsha yang sedang mengalamun. Dia kelam-kabut berdiri sebelum memberikan salam bersama-sama dengan rakan sekelasnya.

"Hari ni cikgu nak bagi markah exam yang kamu jawab last week. Ingat tak?" Cikgu Izzati menyusun kertas ujian bagi teratur. Dia mula memandang anak muridnya satu persatu. Qirsha menekur ke mejanya. Digenggamnya erat 10 jari sambil mengetap bibir.

"Airiq Drizlan, tahniah! Awak dapat 100% lagi," puji Cikgu Izzati. Airiq melangkah ke hadapan untuk mengambil kertasnya. Dia memberikan senyuman kepada cikgu Matematik itu. Retina mata masih melihat Airiq yang masih tersenyum lebar itu.

Bestnya jadi Airiq.

"Iqmal, tolong bagi dekat kawan-kawan kamu," arah Cikgu Izzati. Iqmal mengganguk kepala lalu menapak ke meja guru Matematik itu. Dia memberikan kertas-kertas tersebut sambil matanya curi memandang markah rakan sekelasnya. Qirsha yang sedari tadi diam memerhatikan kerenah rakan sekelasnya kini mula hairan. Kenapa dia tak dapat kertas?

"Qirsha Arynna, result awak masih sama lagi. Kalau macam nilah result awak, cikgu terpaksa tukarkan aliran awak ke aliran lain. Masa form three, elok je awak dapat markah penuh. Naik tingkatan empat, hancur. Dah, ambil kertas awak ni." Dengan langkah perlahan, dia menapak ke meja gurunya. Senyuman tawar diukirkan juga kepada Cikgu Izzati. Kertas itu diambil sebelum kembali ke mejanya.

Airiq yang berada di belakang Qirsha mencuri-curi pandang markah gadis itu. Kepala digelengkan beberapa kali. Ini tak belajar ke apa. Teruk naw. 30% je? Senyuman sinis terukir di bibirnya. Kalau nak dibandingkan dengan result dia, tak perlu cakap kot. Jauh sangat!

Bunyi loceng sekolah menandakan waktu Matematik sudah tamat. Usai sahaja mengucap terima kasih, dia terus duduk lalu merenung kertasnya itu. Kawan-kawan dia yang lain diendahkan sahaja. Terus terlintas di fikirannya kata-kata yang keluar dari mulut umi tadi. Ya Allah, macam mana ini?

14 Days [C]Where stories live. Discover now