Bab 25 [END]

5.2K 150 8
                                    

1 tahun kemudian

Airish meninggalkan Elman dan juga Elhan yang terlena di atas katil kerana dia ingin memasak untuk mereka berdua. Dia kesian melihat Elman yang tidak cukup tidur kerana membantu dirinya menjaga Elhan.

Bila tengah malam Elhan meragam dia yang bangun untuk tengok-tengokkan Elhan. Apabila dia mahu menolong Elman jagakan Elhan dia tak nak. Elman takut dia keletihan kecuali bila Elhan mahu menyusu baru Elman bagi Elhan kepadanya.

Sesungguhnya dia sangat beruntung memiliki suami yang baik dan memahami seperti Elman. Siapa sangka orang yang dia benci dulu sekarang sudah menjadi orang yang paling dia sayang.

Dia turun ke tingkat bawah untuk memasak tengah hari. Dia menuju ke ruang dapur. Dia melihat barang basah di dalam peti sejuk. Dia melihat ada sotong. Di ambil bekas yang menyimpan sotong. Setelah itu dia mengambil sayur kangkung.

Dia bercadang mahu membuat sotong goreng tepung, sayur kangkung tumis belacan dan telur dadar. Sebelum memasak lauk dia memasak nasi terlebih dahulu. Setelah memasak nasi dia terus memaparkan skill memasaknya.

Selesai siap memasak dia pergi ke atas untuk memanggil Elman untuk turun makan.

"Abang bangun turun makan." Kejut Airish sambil menepuk lengan Elman perlahan.

Dia mendukung Elhan di sebelah Elman yang sudah terjaga. Dia membawa membawa Elhan turun ke bawah untuk menemani Elman makan.

Airish duduk di kerusi sambil memangku Elhan yang leka bermain air liur. Elhan ketawa suka apabila di agahnya. Tersenyum kecil Airish apabila melihat empat batang gigi Elhan yang baru sahaja tumbuh dua di atas dan dua di bawah. Airish terpaksa memangku Elhan yang terlebih aktif itu. Kalau di lepas mahu semput nyawanya menangkap Elhan.  Lagi-lagi bila Elhan sudah pandai berjalan memang tak menang tangan Airish mengejar Elhan berjalan.

"Wah sedapnya sayang masak hari ini?" Ujar Elman dengan teruja sambil mencendok nasi dan sayur kangkung tumis belacan ke dalam pinggannya.

Airish hanya tersenyum sahaja melihat gelangat Elman yang berselera makan.

"Sedap sangat ke sayang masak abang?"  Airish bertanya kepada Elman yang leka makan.

"Kalau sayang yang masak mestilah sedap. Thank you sayang dah masak makanan sedap-sedap." Puji Elman seraya mengucapkan terima kasih terhadap isterinya yang sudi memasak untuknya.

"Sama-sama abang." Airish hanya senyum.

"Kenapa sayang tak makan?" Elman menyoal kepada Airish dengan muka kehairanan.

"Tak apa abang makanlah dulu, nanti sayang makan lepas abang habis makan. Elhan kan terjaga ini, nanti tengah sayang makan Elhan mengamuk pula nanti." Airish hanya tersengih melihat gelanggat anaknya semakin buas.

"Ohh tak ada masalah pun sayang nak makan. Abang kan ada tolong suapkan sayang." Elman mengenyitkan matanya kepada Airish.

"Gatal ehh? tak naklah sayang." Bantah Airish laju.

"Alah tak apa sekali sekala kan? Meh nganga mulut sayang." Arah Elman kepada Airish. Dia sudah bersedia menyuap isterinya makan.

Airish hanya menurut sahaja kemahuan Elman. Fuyo best pula Elman tolong suap dirinya makan. Siap tak pakai sudu pula itu, cuma suap guna tangan makin berseleralah dirinya mahu makan.

"Ohh sebelum abang terlupa. Sayang bila masuk kerja?" Elman bertanya kepada isterinya sambil tangannya menyuap makanan ke dalam mulutnya sendiri.

"Sayang masuk kerja bulan depan. Kenapa abang tanya?" Airish mendodoi kembali Elhan apabila Elhan melentok manja di atas ribanya sambil bermain baju Airish. Nasib baik hari ini Elhan behave.

𝐌𝐑 𝐋𝐔𝐍𝐀𝐓𝐈𝐂©️Where stories live. Discover now