BAB 1

6.5K 220 16
                                    

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukkan di pintu mengganggu lena Airish. Siapa lah perangai baik sangat tolong kejutkannya awal pagi ini buta ni?

Baru nak memanjakan diri di atas katil dah ada pengacau. Tak boleh tengok dirinya senang ke apa orang luar itu? Asyik nak mengganggu ketenteraman dirinya saja kerja.

"Adik bangun!" Kejut Mikhail dari luar bilik.

Bertalu-talu bunyi pintu biliknya di ketuk dari luar.

Siapa yang ketuk bilik dia ini?

Siapa lagi kalau bukan abang sulungnya yang terlebih sengal.

Rasa malu betul nak mengaku dia itu abangnya.

Pintu bilik Airish di ketuk sekali lagi siap bergegar lagi pintu bilik dia Mikhail kerjakan. Ini kalau pintu bilik aku tercabut memang aku suruh Mikhail gantikan pintu aku bersalut emas nanti karang.

"Adik bangun solat cepat lepas itu turun bawah tolong umi dekat bawah" pekik Mikhail dari luar bilik.

"Kacau jelah orang nak rehat!" Tepik Airish dalam mamai.

"Bangunlah Airish oii.... Dah nak habis dah waktu subuh ni!"

"Adik dah solatlah"jawab Airish malas-malas.

"Betul ni hang dah solat?"tanya Mikhail lagi

"Dah, tapi adik tidur balik sebab mengantuk plus penat sebab buat report semalaman." Ujar Airish dengan suara serak.

"Oh okey. Sebelum itu kau bangun dulu, tolong umi siapkan sarapan! Lepas sarapan baru kau sambung balik buat air liur basi kau tu" Perli Mikhail dari luar.

"Hishhh yelah-yelah"

Airish terus bangkit dari katil dan berlalu pergi ke tandas untuk membasuh muka.

Selesai membasuh muka Airish turun ke bawah untuk menolong Puan Zahra menyediakan sarapan pagi.

"Morning umi." Airish mencium pipi Puan Zahra seperti biasa. Memang rutinnya setiap pagi akan mencium pipi syurganya itu.

"Morning adik." Puan Zahra menggeleng kepala melihat telah anak daranya seorang itu.

Airish sangat manja kepada kedua orang tuanya. Anak bongsu biasalah kan? Manja bukan main lagi.

"Umi nak masak apa ni?" Terjengul-jengul kepalanya melihat apa yang di buat oleh Puan Zahra.

Ohh nasi goreng!

Dah tahu nasi goreng yang kau tanya lagi dah kenapa? Nampak sangat kebodohan kau di sana!

"Umi nak masak nasi goreng aje." Tangan Puan Zahra ligat membuat kerja.

"Ermm kalau macam tu adik nak buat apa umi?" Tanya Airish apabila tidak tahu mahu membuat apa.

"Adik tolong umi bancuh air lepas itu bawa makanan dekat meja makan."

Puan Zahra menyuruh anaknya membancuh air saja kerana semua kerja sudah selesai.

"Aip! Aip! Captain!" Airish menabik hormat apabila mendapat arahan daru Puan Zahra.

Puan zahra hanya menggeleng kepala melihat telatah anak bongsunya.

Tangan Airish lincah membancuh air seperti yang di pinta uminya tadi.

Setiap cuti kerja Airish sentiasa menolong uminya menyediakan makanan.

"Erm... Sedapnya bau umi masak" Puji Mikhail yang sudah duduk di island table.

"Kau kan along, makan nak tolong umi tak nak." Bebel Airish lalu wajah menjeling abangnya geram.

"Kau kan perempuan, jadi kau lah yang tolong umi." Balas Mikhail selamba.

𝐌𝐑 𝐋𝐔𝐍𝐀𝐓𝐈𝐂©️Where stories live. Discover now