BAB 7

2.9K 158 0
                                    

Sebelum bacaan yassin bermula. Airish menolong uminya menyediakan makanan untuk menjamu tetamu makan di konopi yang telah di pasang petang tadi.

Sedang ralit Airish menyusun dessert yang di tempah oleh uminya kepada kawannya yang mengambil tempahan membuat dessert.

"Hoii curi barang." Sergah seseorang di belakang Airish.

"Mak aku tak curi barang!" Latah Airish sambil mengurut dada tanda terkejut.

Kus semangat nasib baik aku tak gol.

"Comellah kau bila melatah." Kata gerangan tersebut sambil ketawa terbahak- bahak.

Airish terus menoleh kebelakang untuk melihat gerangan tersebut.

Laa si bangang Elman rupanya.

"Ishh terkejut aku, nasib baik aku tak mati." Airish mengetap giginya erat tanda tengah geram. Dia menjeling Elman yang masih ketawakannya.

"Sorry, kau buat apa tu?" Elman bertanya kepada Airish.

"Pancing jantan. Tak nampak ke?" Balas Airish dengan loyar buruk.

"Ohh banyak tak jantan yang kau dapat!" Balas Elman dengan loyar buruk tanda tidak mahu mengalah.

"Banyak, tak tahu nak pilih yang mana. Macamlah kau tak tahu zaman sekarang ni kena betul-betul cari bakal imam. Nanti kalau cari yang salah tak ke naya aku nanti dapat bakal imam yang tak betul, nanti aku sendiri yang tak betul nanti."

Airish menjawab sambil menyusun barang.

"Dah dah lah itu nak loyar buruk dengan aku." Elman sudah membuat muka jengkel.

"Ehh bukan kau ke juara loyar buruk ni, tak kan kau dah kalah." Ujar Airish tersenyuman sinis.

"Yelah aku kalah, kau menang! Dah lah itu. Umi suruh panggil kau, solat maghrib berjemaah."

"Yelah-yelah jom masuk." Elman mengekori Airish dari belakang

Masuk sahaja Airish ke dalam rumah. Airish di tegur oleh Mikhail.

"Adik dari mana dengan Elman?" Soal Mikhail yang memicingkan matanya kepada mereka berdua.

"Dari luar, hidangkan makanan dekat luar."

"Adik boleh tak tolong along panggilkan kak Rhea sekejap." Pinta Mikhail dengan wajah di comelkan. Comel bagi Mikhail tapi buruk bagi Airish.

"Panggillah sendiri." Ujar Airish malas. Sudahlah dia penat dari tadi ke hulu ke hilir.

Pemalas betul lah si Mikhail. Dia ingat adik dia ini kuli batak dia ke apa?

"Tolonglah panggilkan kak Rhea, along nak bentangkan sejadah dekat ruang tamu sekejap, nanti tetamu sampai." Mikhail sudah membuat muka kesian. Nak tagih simpati si adik.

"Ish yelah-yelah." Dengan langkah malas Airish pergi mencari Rhea.

"Woii Elman tolong aku bentangkan sejadah." Ajak Mikhail yang sudah bercekak pinggang, gaya mak-mak arahkan anak menyuruh membuat kerja.

"Huhh... Aku baru nak lari dari kau!" Ujar Elman tersengih. Baru berniat nak lari dari Mikhail.

"Jangan harap kau nak lari, sini tolong aku!" Mikhail menarik baju Elman supaya mengikut langkahnya ke arah ruang tamu untuk membentang sejadah.

"Yelah-yelah" Elman dengan wajah pasrah di tarik Mikhail.

Sewaktu solat mahgrib tercari cari kelibat seseorang. Taanpa Airish sedar Rhea di sebelahnya pun terikut- ikut gerak geri Airish yang seperti mencari sesuatu.

"Hahh cari siapa itu." Sergah Rhea perlahan di telinga bakal adik iparnya.

"Cari bakal imam." Latah Airish terkejut.

Airish dengan pantas menutup mulut kerana terkejut. Airish memandang sekeliling. Semua memandang ke arahnya dengan ketawa kecil melihat gelanggatnya.

Malunya Allah.

Nasib baik Syikin tak boleh solat. Kalau tidak, dia sudah kena bahan oleh Syikin 7 hari 7 malam. Budak itu bukan boleh percaya sangat. Perangai sama macam Mikhail.

"Ow tengah cari bakal imam eh?" Soal Rhea sambil berbisik dengan ketawa kecil.

"Ishh akak ni! Terkejut tau adik!" Airish berbisik juga dengan nada geram.

"Sorrylah. Sambunglah lagi cari bakal imam adik itu." Usik Rhea dengan wajah nakal.

Airish mencebik, terjengul-jengul kepalanya apabila terdengar seseorang melaungkan azan solat mahgrib.

Ya Allah merdunya suara. Indah sekali bunyi laungan azan dari suara lelaki tersebut. Terbuai-buai rasa dirinya mendengar azan yang di laungkan dari suara itu.

"Kak nak tanya, siapa yang azan tadi?" Tanya Airish kepadanya Rhea di sebelahnya.

"Adik tak kenal ke?" Ujar Rhea sambil tersenyum nakal.

"Tak kenal." Kata Airish kepadanya sambil mengerutkan kening.

"Itu Elman yang azankan tadi,  merdukan?" Rhea mengangkat sebelah kening seperti Ziana Zain

"Hahh biar betik kak?!" Tanya Airish tanda tidak percaya.

Macam menipu aje yang itu Elman.

"Betul lah, tak kan akak nak tipu kot, dah lah orang nk solat." Rhea menepuk bahu Airish.

Airish segera menunaikan solat maghrib. Tenang terasa jiwanya saat mendengar surah-surah si baca dengan sempurna. 

Ya Allah merdunya.

Selesai solat maghrib, Airish membisikkan sesuatu kepada Rhea.

"Akak siapa yang imam tadi, tenang saja rasa hati adik ni bila dengar surah yang di baca dia tadi." Kata Airish kepada Rhea sambil tersengih malu.

"Alahai adik, kenapa ni dah tak betul ke?" Rhea ketawa kecil melihat gelanggat Airish tersengih malu.

"Tak lah... Adik cuma nak tahu je." kata Airish kepada Rhea sambil menayangkan barisan giginya yang tersusun cantik dan bersih.

"Adik memang tak cam lagi ke siapa yang imamkan tadi?" Soal Rhea tidak percaya dengan gadis itu.

"Tak lah kak. Kalau adik tahu, adik tak tanya lah dekat akak." Ujar Airish dengan wajah di muncungkan.


Vote 🤍

𝐌𝐑 𝐋𝐔𝐍𝐀𝐓𝐈𝐂©️Where stories live. Discover now