BAB 12

2.9K 140 4
                                    

Selesai sahaja Airish beroperasi menyelamatkan pesakit tadi selama 3  jam. Airish mula mencuci tangan di tempat yang di sediakan.

Jujur Airish cakap dia memang penat tetapi bagi dia penat meyelamatkan nyawa orang berbaloi kerana dia dapat berbakti kepada orang ramai dan secara tidak langsung dia mengutip pahala kerana menyelamatkan nyawa orang.

Airish balik semula ke bilik kerjanya untuk menyambung kembali kerjanya yang tertangguh sedikit tadi sebelum dia makan tengah hari dan solat zohor.

Setelah selesai membuat kerja Airish menilik jam tangan di pergelangan tangannya dan jam menunjukan sudah masuk waktu solat zohor. Airish menunaikan solat zohor terlebih dahulu memandangkan dia belum lagi terasa lapar.

Airish mengemas semua barangnya  agar tersusun. Dia keluar dari bilik untuk pergi ke surau yang ada di hospital untuk menunaikan solat.

Selesai sahaja dia menunaikan solat dia melangkah ke kafe hospital untuk mengisi perutnya yang sudah berbunyi meminta untuk di isi.

"Mak cik bagi saya nasi ayam dengan milo ais."

Pinta Airish kepada pekerja wanita separuh abad itu.

"Sekejap ya Cik."

"Okey." Airish mengangguk seraya tersenyum nipis kepada pekerja tersebut.

Airish hanya menunggu pesanannya siap. Dia melilaukan kepalanya untuk melihat keadaan kafe yang sangat riuh-rendah dengan suara orang.

"Cik ini makananan dengan air Cik." Wanita itu menghulur dulang kepada Airish.

"Berapa semuanya mak cik?" Airish bertanya seraya membuka wallet untuk mengambil duit.

"RM 15.50 sen." Jawab wanita separuh abad itu dengan senyuman.

Airish mengangguk lalu mengambil sekeping duit not 20 ringgit kepada pekerja tersebut.

"Bakinya mak cik simpan je."

Airish menyuruh wanita itu menyimpan baki dari duitnya.

"Eh tak apa ke?" Wanita itu bertanya dengan wajah serba salah.

"Tak apa, mak cik simpan je duit itu." Airish hanya tersenyum.

"Terima kasih Cik, semoga Cik di murahkan rezeki." Wanita tersebut tersenyum kepada gadis muda di hadapanya.

"Sama-sama mak cik. " Airish juga membalas senyuman wanita tersebut.

Airish mencari tempat kosong untuk dia duduk makan. Dia melangkah ke arah meja yang masih kosong. Nasib baik ada tempat kosong.

Airish mula makan-makanan yang di beli tadi dengan hemah walaupun mahu saja dia makan dengan lahapnya. Tetapi dia tahankan hatinya, nanti tak pasal-pasal dia di cop perempuan tak senonoh pula.

"Hai boleh saya duduk dekat sini? Tempat lain dah penuh"

Ada seorang lelaki menegurnya untuk meminta izin untuk duduk di meja yang di gunanya.

Airish mengangkat mukanya lalu memandang ke kiri dan ke kanan untuk melihat sama ada lelaki tersebut menipu dirinya atau tidak.

Airish melihat semua tempat sudah penuh kecuali tempat yang di dudukinya.

"Duduklah tak apa, bukan tempat sesiapa pun." Pelawa Airish tidak bernada.

"Ermm maaf bertanya, awak adik kepada Syed Arfan Mikhail kan?" Lelaki itu bertanya gadis itu apabila dia rasa macam pernah di lihatnya.

"Ya saya adik Arfan. Macam mana awak tahu saya adik dia?" Soal Airish dengan penuh musykil.

"Saya pernah ternampak awak dekat majlis tahlil dekat rumah awak. Mungkin awak tak perasan kewujudan saya sebab saya hanya sekejap saja dekat rumah awak hari itu." Terangnya sambil menikmati makanan.

𝐌𝐑 𝐋𝐔𝐍𝐀𝐓𝐈𝐂©️Where stories live. Discover now