BAB 16

3.1K 149 1
                                    

Selesai sahaja majlis resepsi. Airish dan Elman terus naik ke bilik hotel.
Masuk sahaja ke bilik Airish terus berbaring terlentang di atas katil.

Airish memejam mata nikmat apabila badannya bertemu dengan tilam empuk.

Fuhhh penat betullah berkahwin ni. Kalau dia tahu kahwin sepenat ini memang aku bantah habis-habisan buat majlis bersanding tadi.

Mata di pejam erat untuk menghilangkan rasa penat.

"Kalau ya pun kau penat pergilah mandi dulu. Ini tak terus landing atas katil. Kau dah solat isyak ke belum? Kalau belum cepatlah aku nak solat ni kita jemaah sekali." Tegur Elman yang baru keluar dari bilik air.

Elaman yang hanya mengenakan tuala hanya di pandang sekilas oleh Airish.

Apa korang ingat dia akan menjerit terkejut bila tengok Elman yang hanya separuh bogel?

Kalau perempuan lain memang menjerit sebab first time tengok lelaki separuh berbogel tapi bukan dia ya. Airish ini jenis selamba badak orangnya. Kalau setakat separuh bogel dia tak kisah tapi kalau dah bogel terus langsung tak pakai apa. Bukan setakat menjerit dengan pakej pukul terus dia bagi.

"Belum lagi, kejap lagi lah. Aku penat ni." Dengan malas Airish menjawab.

"Sekejap lagi? Nanti kalau kau mati mesti kau masuk neraka terus kan?" Elman bertanya kepada Airish.

"Kenapa pula?" Airish layankan saja suaminya yang tengah bertazkirah.

"Sebab kau tak sempat nak solat. Kalau ajal kau 2 minit dari sekarang tiba. Tak ke naya hidup kau. Kau tahu tak? Solat tak elok dilengah-lengahkan." Sungguh pedas sindiran dari Elman.

Airish berdencit geram.

"Ceitt mulut kalah macam mak cik puaka! Yelah aku pergi mandi dulu dengan ambil wuduk terus. Kau tunggu aku sekejap. Kita jemaah sekali." Dengan malas dia bangkit dari baring. Terasa lemah segala sendinya.

Dia penat bertugas dekat hospital pun tak sepenat kahwin.

"Cepat lahhhh!" Gesa Elman laju. Dia menapak ke arah bagasinya untuk mengambil pakaian.

"Hishhh orang tua ni. Tak pandai sabar betul lah!" Runggut Airish.

Dia melangkah ke bagasi untuk mengambil barangnya untuk di bawa masuk ke dalam bilik air. Dia belum gila lagi nak pakai baju depan Elman yang terlebih gatal itu.

Dia melangkah masuk ke dalam bilik air. Dia mencuba untuk membuka zip dress yang di pakainya.

Aduhhh macam mana aku nak buka zip ini. Susahnya nak buka zip baju ni. Tangannya terkial-kial cuba untuk membuka dress yang di pakainya.

Wehhhh.

Kenapalah pereka baju ni buat zip dekat belakang kalau dekat depan kan senang lah juga nak di buka.

Dia berdencit geram.

Cis tak boleh jadi ni. Malu pun malu lah.

"Elman....." Panggil Airish meleret di hadapan pintu bilik air.

"Apa?" Elman bertanya dengan malas. Dia yang berbaring di atas katil sambil bermain telefon.

"Ermm... aku nak minta tolong boleh?" Pinta Airish perlahan. Malu sebenarnhya

"Tolong apa?" Elman memandang mengerutkan keningnya apabila melihat wajah isterinya yang tiba-tiba malu.

"Ermm...Tolong bukakan zip dekat belakang aku, boleh tak?" Airish menunduk kepala. Rasanya pipinya sudah merah menahan malu.

"Hisshh macam-macam lah kau ni!" Rungut Elaman tetapi tangan tetap membuka zip baju Airish.

"Heheheheh. Kau tak boleh merungut tau. Aku kan isteri kau. Kau tolong aku, kau akan dapat pahala?" Selamba saja Airish berkata-kata.

𝐌𝐑 𝐋𝐔𝐍𝐀𝐓𝐈𝐂©️Where stories live. Discover now