BAB 5

3.3K 162 5
                                    

Balik sahaja tadi. Airish terus naik ke bilik untuk membersihkan diri dan menunaikan solat asar. Selesai sahaja solat. Dia berbaring di atas katil dan mengambil tefonnya di atas table lamp. Dia membuka aplikasi TikTok.

Dalam kusyuk dia bermain telefon. Telefon dia berbunyi menandakan ada orang call. Terus dia menjawab pangilan tersebut.

"Hello beb." Sapa Syikin di talian.

"Haa kenapa?"

"Nanti aku tengah on the way nak pergi rumah kau, kau ada nak pesan apa-apa tak?"

"Kau tolong belikan aku Mcd, aku teringin nak makan mcd." Pesan Airish, tekaknya terasa nak makan Mcd.

Tadi dia bercadang nak pergi drive true beli Mcd tetapi dah alang-alang Syikin bertanya dia pesan sajalah. 

"Lagi? Itu je ke?" Syikin bertanya lagi.

"Tak itu tapi kau beli banyak sikit ya takut yang lain nak makan juga."

"Haa no problem, sampai nanti aku claim terus duit dekat kau." Syikin ketawa.

"Yelah mak cik oii. Okeylah aku nak letak dulu, nak tolong umi. Kau datang sini cepat sikit. Aku dekat sini kena buli dengan abang-abang aku je." Rungut Airish apabila mengingatkan abang-abangnya yang kuat mengusik.

"Nasib la kau dapat adik-beradik kaki buli." Kutuk Syikin dengan ketawa.

Sudah di maklumkan abang semua abang sepupunya kaki menyakat. Bukan setakat Airish saja mereka sakat, dia pun kena juga. Nasiblah dapat abang sepupu macam dia orang. Dia hanya anak tunggal jadi dia anggap abang Airish seperti abangnya sendiri.

"Jahat kau kan." Airish memuncung.

"Mana ada aku jahat. Dahlah aku end call dulu. Nanti aku sampai."

"Haa yelah, tapi cepat sikit." Gesa Airish.

Airish memutuskan untuk menolong uminyabapa yang patut di bawah. Dia mengenakan baju T-shirt lengan panjang berwana grey, manakala seluar tracksuit berwana hitam jenama Adidas.

Rambut ikal mayangnya yang panjang melepasi bahu di biarkan sahaja. Baru lepas mandi malas nak ikat.
Airish turun tangga sambil menjerit memanggil nama Mikhail dengan  kuat.

"Along! Along! Syed Amirul Mikhail!" Jerit Airish lantang.

Bergema suara dia di dalam rumah agam milik keluarganya.

"Apa adik, menjerit-jerit." Tegur Afham dengan geram.

Dia berhenti mendaki tangga apabila melihat kelibat Airish seperti orang gila. Terpekik terlolong macam orang gila.

"Along mana?" Garang Airish bertanya.

Dia tengah dalam mood nak kacau orang. Kacau orang tapi nanti dia sendiri yang mengadu kena buli. Perangai tak serupa bikin.

"Dekat bawahlah. Kenapa?" Soal Afham pelik. Pelik-pelik aje adik aku yang sorang ni. Sewel agaknya.

"Saja, main jerit-jerit." Airish  menjeling Afham.

"Sewel rasanya adik ini. Nama je doktor tapi sewel." perli Afham selamba.

Terus dia mendaki tangga sebelum tangan Airish melekat dekat badannya.

Seram mak dengan perempuan tu, bukan boleh percaya sangat tangan mengalahkan lelaki. Sekali sepak terbongkok- bongkok kau berjalan esok hari nyah.

"Adik sewel?" Tanya Airish dengan suara tidak percaya.

Jari telunjuk Airish di hala ke mukanya sendiri tanda tidak percaya dengan abangnya. Abangnya lebel dirinya sewel.

"Haah mental. Kalau tak mental tak adanya menjerit tanpa sebab." Laung Afham yang sudah sedikit jauh dari Airish. Langkah berjaga-jaga.

𝐌𝐑 𝐋𝐔𝐍𝐀𝐓𝐈𝐂©️Where stories live. Discover now