BAB 2

4.1K 195 9
                                    

"Okay, boleh juga aku pun tengah boring ni" Elman bersetuju kerana free buat masa sekarang. Lagi pun kalau dia balik terus pun bosan juga.

"Kau tadi dari mana atau nak ke mana El?"

Mikhail bertanya kepada Elman.

"Baru habis jumpa client tadi kat sini, tak lama pun. Dah alang-alang terjumpa kau, baik aku join korang aje." Jawab Elman. Tadi dia berjumpa dengan clientnya untuk berbincang perihal kerja.

"Jom lah along, Elman kita pergi sekarang takut ramai orang beratur dekat kaunter tempat beli tiket wayang nanti."

Arfan menyampuk perbualan abangnya dan juga kawan abangnya.

"Jomm..." Airish merangkul lengan Arfan dan Afham.

Airish terus berjalan ke hadapan bersama Arfan dengan Afham manakala Mikhail dengan Elman di belakang.

Sampai sahaja di tempat membeli tiket. Arfan dengan Afham memilih cerita. Dan dia pula macam tak wujud saja dekat sini. Arfan dengan Afham sibuk memilih cerita manakala Mikhail pergi ke tandas.

Lepas itu boleh pula Mikhail berpesan kepadanya supaya membeli makanan ringan. Paling dia tak suka apabila Mikhail menyuruh Elman menemaninya.

"So girl what is your name?" Tanya Elman mahu mengenali nama gadis yang mencuit hatinya.

Pusing sana pusing sini rupanya budak ini adik Mikhail. Kawan baiknya sendiri.

"Airish." Balas Airish dengan malas.

"Nice name, secantik tuannya so kau nak beli apa?"

Airish hanya diam. Malas nak menjawab. Tadikan Mikhail dah bagitahu nak beli apa, lagi nak tanya nak beli apa. Pekak ke apa?

"Hei, aku tanya kau nak beli apa?" Elman bertanya sekali lagi. Tangan Airish di tariknya agar gadis itu berhenti.

Airish berdencit geram.

"Apa ini tarik-tarik tangan orang. Suka hati mak bapak kau aje kan nak sentuh tangan aku!" Marah Airish  dengan muka menyinga.

Dia paling pantang bila orang pegang tangannya. Terus Airish merentap tangannya dari di pegang Elman.

"Sorry! Aku tak sengaja." Elman terus meminta maaf kepada Airish.

Dia sendiri tidak perasan akan tindakkanya. Bukan dia sengaja nak tarik tangan gadis itu.

"Tak sengaja kepala hanguk kau. Sesuka hati kau aje sentuh tangan aku! Kau nak apa menempel sebelah aku ni?" Airish menjeling lelaku itu tajam.

"Aku nak kau." Elman mengusik gadis itu.

Dia suka melihat wajah gadis itu menahan geram. Nampak comel di matanya.

"Dasar gila. Sewel!" Airish kembali melangkah ke arah kaunter pembelian makanan ringan.

"Aku gila dekat kau je." Makin galak Elman mengusik.

Entah mengapa dia suka mengusik si Airish kerana dia suka melihat muka bengang Airish nampak comel di matanya. Tidak di nafikan yang Airish betul-betul cantik di matanya. Dengan muka putih melepak, kening terletak elok, bulu mata melentik, bibir nipis berwarna merah bak delima dan yang paling cantik anak matanya berwarna hazel.

Dia sudah di maklumkan oleh Mikhail yang bapa kepada Mikhail mempunyai mix Itali. Tidak hairanlah jikalau Airish mempunyai anak mata berwana hazel. Hanya Airish seorang sahaja mewarisi mata bapanya.

"Aku tanya kau tak jawab, kau nak beli apa?" Elman bertanya lagi apabila pertanyaannya tidak di jawab.

"Beli buku!" Jawab Airish geram.

Sudah sah-sah dia berhenti di hadapan tempat orang menjual segala makanan ringan di kawasan panggung wayang. Lagi nak di tanya.

Airish menapak ke arah kaunter tempat pembelian popcorn.

"Cik nak set combo yang mana?" Tanya pekerja yang berada di kaunter. Pekerja itu menerangkan cara pembelian makanan ringan kepada Airish

"Bagi saya 5 set combo C." Pinta Airish kepada pekerja tersebut.

Airish mengeluarkan kad bank dari dalam wallet. Dia menghulurkan kad kepada pekerja tersebut untuk membayar makanan. Tidak lama kemudian set combo sudah siap. Dia menjeling ke arah Elman yang bersandar santai di kaunter tersebut.

"Tolong aku bawa makanan ni." Arah Airish kepada Elman.

Tak gentleman langsung. Boleh pula Elman tengok saja dia bawa semua makanan.

"Oi mak cik kalau kau nak minta tolong. Minta tolong elok-elok boleh tak?" Nasihat Elman.

Tanganya ligat mengangkat semua makanan yang di beli oleh Airish.

Airish hanya mencebik mendengar bebelan Elman. Dari jauh dia sudah melihat Mikhail, Arfan dan Afham  menanti kedatangan mereka.

"Beruk tiga ekor ini boleh pula dia orang tengok saja aku bawa barang penuh dekat tangan. Bukan nak tolong aku pun. Nasib baik dorang itu abang aku kalau tak dah lama aku tibai beruk tiga ekor ini. Balik nanti aku report babah kau orang buli aku." Airish membebel dengan geram tanpa sedar yang Elman mendengar segala bebelan darinya.

Elman berdehem sambil matanya memandang Airish dengan sinis.

Kaki report rupanya budak ini.

Airish menejeling Elman di sebelahnya.

Habis sahaja menonton wayang. Mereka semua bersetuju untuk menamatkan segala aktiviti mereka. Nasib baik mereka sudah habis tengok wayang tadi. Mereka sudah plan nak makan dekat mall. Tapi umi call suruh balik rumah cepat sebab tokba dengan tokma datang dari kampung.

"Elman, aku dengan adik-adik aku balik dulu ya. Hari isnin nanti aku jumpa kau." Mikhail berbual dengan Elman.

"Okey aku pun nak balik juga. Bye adik comel." Sempat lagi Elman mengusik adik kepada Mikhail.

Airish apa lagi terus menayangkan wajah annoying. Harap-haraplah ini kali pertama dan terakhir dia berjumpa dengan orang seperti Elman. Kalau hari-hari berjumpa boleh gila dia dengan perangai minta kaki Elman.

"Jomlah along kita balik sekarang." Airish sudah tidak sabar mahu balik ke rumah.

"Ya sabar lah sekejap. Kau kan dik tak menyempat langsung." Bebel Mikhail apabila adiknya tidak pandai sabar.

"Yelah adik dah tak sabar nak jumpa tokba dengan tokma ini." Airish mencebik.

"Bro aku balik dulu." Ujar Mikhail kepada Elman.

Dia berjabat tangan dengan Elman dan di ikuti oleh Arfan dan Afham.
Elman hanya memerhati langkah Mikhail dengan adik-beradiknya yang sudah menjauh.

Elman tersenyum senget apabila teringatkan akan tingkah si Airish yang baginya yang mencuit hatinya.
Dia tahu yang gadis itu geram dengan perangainya tetapi dia suka apabila mengusik gadis itu.

Elman sengal😌

𝐌𝐑 𝐋𝐔𝐍𝐀𝐓𝐈𝐂©️Where stories live. Discover now