BAB 24

3.9K 121 4
                                    

4 Bulan sudah berlalu. Airish menjalankan kehidupannya seperti biasa. Dia redha dengan ketentuan ilahi sebab dia tahu siapa dia untuk menyalahkan takdir.

Perancangan Allah lebih baik. Pernah suatu hari dia menindakkan takdir yang Allah tentukan kepadanya. Tetapi dengan sokongan ahli keluarganya dan mertuanya dia boleh menerima kenyataan.

Setidak-tidaknya dia cuba untuk berdamai dengan takdir.

Allah uji sebab Allah sayang kepadanya hambanya.

Dia duduk di rumah milik dia dan juga Elman. Sudah puas uminya dengan ibu mentuanya memujuk dirinya untuk tinggal bersama mereka tetapi dia tetap berdegil mahu duduk di rumah mereka berdua kerana dia sudah tunggu masa untuk bersalin.

"Auchhh..." Berkerut muka Airish menahan sakit.

Airish memegang di bawah perutnya apabila perutnya terasa senak kerana baby di dalam perutnya mengeras. Dia mengusap perutnya yang terasa sakit.

Setelah beberapa minit, sakit tadi hilang serta-merta. Uminya cakap kalau baby sentiasa mengeras di dalam perut maknanya tidak lama lagi dia akan bersalin.

Kalau di hitungkan due datenya ada 2 minggu lagi masa dia untuk bersalin. Tetapi baby dia dalam perutnya selalu mengeras. Sakit bila baby mengeras rasa macam perut kena pulas.

Yang paling harey Mikhail bukan main lagi gelakkan dirinya apabila berjalan macam pingguin. Siap ajuk lagi cara dia berjalan.

Airish bangun dari katil untuk pergi ke tingkat bawah.

Seleranya semenjak mengandung ini lain macam sedikit. sikit-sikit nak makan.

Setelah berada si tangga terakhir dia mengatur nafasnya kembali kerana kelelahan. Dia pergi ke dapur. Dia berfikir sejenak mahu makan apa.

Oyeahhh!

Kalau makan maggie pun best ini.

Tanpa berfikir panjang dia terus membuat maggie kari. Setelah maggie siap dia terus membawa mangkuk yang berisi maggie ke meja makan. Dia membaca doa makan terlebih dahulu sebelum makan.

Airish menyuap maggie ke dalam mulutnya.

"Uish syoknya makan maggie." Bukan main lebar lagi muka Airish apabila dapat makan maggie.

Dia baru nak makan maggie sekali lagi tetapi di halang oleh tangan seseorang.

"Siapa bagi kebenaran sayang makan maggie? Abang tak suka lah sayang tak ikut cakap abang. Susah sangat ke nak ikut cakap abang?" Ujar Elman dengan nada marah.

Mesti korang hairan kan? Sebenarnya Elman tak mati pun. Part yang dia menangis bagai nak rak itu cuma terkejut apabila doktor memberitahu dekat babah yang Elman koma. Elman mengalami komplikasi ketika pembedahan di jalankan. Elman di sahkan koma.

Elman di jangkakan koma selama 2 hari tetapi di sebabkan semangat Elman kuat. Elman hanya koma cuma 6 jam saja. Alhamdulillah penyakit Elman sudah beransur pulih berkat usaha Elman yang tidak berputus asa untuk membuat rawatan susulan.

"Alah abang, sayang makan sikit je. Itu pun nak kedekut. Bukannya sayang yang nak sangat pun, tapi baby yang nak." Airish menunjukkan perutnya yang sudah sarat itu dengan muka tidak bersalah.

Kau main petik aje nama anak kau kan Airish? Kesian anak kau dapat mak kaki fitnah.

"Tak adanya baby yang nak makan. Mak baby yang mengada nak makan kan? Nafsu mak baby ni bukan boleh percaya sangat." Elman membebel apabila melihat isterinya selamba saja makam mee segera semasa mengandung.

Elman mengambil mangkuk maggiennya. Dan ya Alhamdulillah maggienya sudah selamat mendarat ke dalam mulut suaminya.

Airish menelan air liur apabila suaminya melahap maggienya sehingga habis.

𝐌𝐑 𝐋𝐔𝐍𝐀𝐓𝐈𝐂©️Where stories live. Discover now