BAB 17

3K 144 2
                                    

Sudah sebulan Airish bergelar isteri kepada Tengku Elman Farish. Dia juga sudah hafal perangai Elman. Apa yang Elman suka dan tidak suka.

Airish dengan Elman menjalankan kehidupan mereka seperti biasa seperti seorang kawan tiada istilah suami isteri dalam diri mereka berdua.

Airish menyediakan pakaian kerja Elman dan dirinya sendiri dahulu sebelum mengejutkan Elman bangun untuk bersiap pergi kerja. Nasib baik dia sempat masak pagi tadi. Itu pun masak campak-campak untuk breakfast. Macam mana pula dia boleh terlupa hari ini hari isnin.

Syokk sangat dia bercuti sampai lupa hari ini dia perlu berkerja.

Opss lupa pula. Hari ini merupakan hari pertama dia berkerja di klinik miliknya sendiri. Dia juga tidak bekerja di tempat lamanya kerana dia sudah mula bertugas di kliniknya sendiri. Berkat usaha dia dan Elman semuanya berjalan lancar.

Kenapa dia cakap berkat usaha Elman?

Hahhh mesti korang hairan kan. Sebenarnya jangkaan dia mahu membuka Klinik pada hujung tahun ini sebab banyak benda belum dapat dia settle. So di sebabkan kuasa veto si Elman yang acah bagus itu suruh dia buka klinik lebih awal dan berhenti bekerja di hospital.

Lama juga dia bertikam lidah dengan Elman dan memberi alasan yang Klinik dia belum siap sepenuhnya dan belum ada kelengkapan lagi.

Dah nama pun Tengku Elman Farish kan mana dia reti nak kalah dalam bertikam lidah.

Elman cakap biar dia sendiri yang akan uruskan segala persiapan Klinik. Klinik yang di urusnya sebelum ini sudah siap dalam 85% peratus mahu siap. Tetapi Elman cakap biar dia yang akan uruskan selebihnya. Airish hanya menurut perintah Elman. Kalau nak bantah pun bukan dia dapat kalau Elman sudah guna kuasa Vetonya.

Selepas 2 minggu mereka berdua berkahwin. Elman memberi kunci klinik kepadanya. Dia terkejut kerana kliniknya siap dengan cepat. Dia ingatkan dalam masa 2 bulan Elman siapkan segalanya. Tapi nak hairan macam mana. Kalau dah nama pun Elman orang kaya, ada duit semua jalan kan?

Tapi tak apa dia suka. Jimat duit dia, bukan selalu dia guna duit suami sendiri. Bak kata perpatah rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari.

Sumpah Dia tabik hormat dekat Elman kerana taste Elman sama dengan taste dia. Airish tak expect pula yang Elman buat design kliniknya kena dengan taste dia. Tak ada pula yang dia bercerita yang dia suka apa dekat Elman?

Dari design dan pekerja semua Elman yang uruskan. Airish hanya mengikut semua cadangan Elman, nak bangkang pun tak ada guna.

"El bangun lah pergi kerja. Tadi kau janji lepas solat subuh kau nak tidur 5 minit aje. Ini dah lebih sejam kau tahu tak. Bangunlah Elman sudah lah first day aku nak pergi klinik. Kau buat hal pula." Seperti biasa rutin hariannya membangunkan si suami yang degil di kejutkan dadu bangun tidur.

"Elman Farish!" Airish mengetap gigi menahan geram.

"Bangun lah gila aku dah lambat lah nak turun kerja. Lantak kau lah lambat ke tidak nak pergi kerja nanti. Aku dah kejutkan kau,aku pergi kerja dulu" Airish berlalu dengan geram. Kenapalah si Elman ini susah sangat nak di kejutkan bangun pagi.



Sesampai Airish di klinik. Dia di sapa pekerja yang di ambil oleh Elman. Dan yang paling best kawan lama dia dan Syikin di bangku sekolah menengah berkerja sebagai dokter di klinik miliknya juga.

Hazim doktor juga di klinik miliknya. Dia tidak menyangka yang mereka akan bertemu lagi. Itu pun Elman yang ambil Hazim berkerja untuk membantunya di klinik.

"Tak sangka kan yang kita boleh berjumpa balik Hazim. Dulu aku, kau dan Syikin memang rapat gila dekat sekolah sampai kau jadi bodyguard kita orang dulu" ujar Airish gembira.

𝐌𝐑 𝐋𝐔𝐍𝐀𝐓𝐈𝐂©️Where stories live. Discover now