BAB 11

3.1K 143 3
                                    

Kring ! kring! kring!

Airish mengeluh apabila mendengar bunyi jam. Ishh bising betul jam lah ini. Tak nak bagi aku kesenangan langsung ke apa? Sudahlah penat balik lambat.

Setelah mematikan bunyi alarm Airish terus bangkit dari katil dan menuju ke penyindai kain terus menuju ke bilik air untuk mandi dan mengambil wuduk.

Seusai solat subuh Airish mengemas katil dan pergi ke dapur untuk menolong umi menyediakan sarapan.
Sampai sahaja dia di dapur dia mencari kelibat umi tetapi tiada di dapur. Airish mencari di bilik air tetapi tiada juga.

Aikkk mana umi biasa waktu macam ini umi dah ada dekat dapur tapi kelibat umi tak nampak. Tak kan lah dia bangun awal hari ini.

Airish melihat jam yang tergantung di dinding dapur sudah menunjukkan pukul enam setengah pagi.

Mungkin umi penat lagi kot sebab tu lambat buat sarapan. Tak apalah biar aku aje lah yang buat sarapan pagi hari ini. Bagi umi rehat dulu.

Airish menyediakan bahan-bahan untuk memasak. Dia sudah memikirkan apa yang di buatnya untuk sarapan. Nasi goreng kampung, telur mata dengan roti bakar.

Baru nak basuh sayur Airish terasa nak terkencing. Waktu-waktu dia nak tunjukkan skill memasaklah pundi kencingnya nak buat hal.

Airish meninggalkan kerjanya sebentar dan pergi kebilik air untuk melepaskan hajat. Selesai melepaskan hajat Airish membuka pintu dengan wajah lega tetapi tidak lama dia terjerit di sebabkan terkejut.

"Arghhh kau buat apa dekat rumah aku ni." Jerit Airish yang terkejut dengan kehadiran Elman di dapur.

Airish baru tersedar yang dirinya tidak memakai tudung terus dia menjerit lagi.

Elman segera menutup mulut Airish menggunakan tangannya dan memarahi Airish agar tidak membuat sebarang bunyi.

"Kenapa kau ni mejerit tak tentu pasal." Marah Elman terus melepaskan tangannya di mulut Airish.

"Kau buat apa dekat rumah aku awal pagi buta ini?" Soal Airish geram.

Tangan ligat menaikkan penutup kepala yang ada pada hoddie. Nasib baik dia guna hoddie. Ini sudah kali kedua Elman tengok dia tidak menutup aurat.

"Semalam abang kau suruh aku tidur rumah kau sebab dah lewat sangat. Tak elok anak teruna balik lewat malam. Dah tepi aku nak minum, menyemak je kau ni pagi-pagi buta." Elman membuat muka jengkel kepada Airish.

Dengan selamba diamenepis badan Airish. Nasib baik member tak terpelanting.

Ewah-ewah macam lah dia tu anak dara tak boleh balik lewat malam. Sudahlah buat rumah orang macam rumah dia sendiri. Tak jaga adab langsung.

Malas mahu melayan Elman. Airish terus mengerjakan kerjanya yang tertangguh tadi.

Selesai siap memasak. Airish menghindang makanan di atas meja makan,nantilah dia buat air awal lagi ni.

Baik dia bersiap untuk pergi kerja. Laju kaki Airish mendaki anak  tangga untuk naik ke bilik. Airish memilih baju kemeja hitam dan seluar slack coklat tua untuk di pakai. Di iron baju kerja dan tudung untuk di pakainya nanti.

Selesai mengemas Airish terus turun ke bawah untuk berserapan pagi. Dia melihat semua sudah ada di meja makan kecuali dirinya.

"Good morning umi, babah" Sapa Airish dengan senyuman.

"Morning adik, duduklah makan dulu." Puan Zahra mempelawa anaknya duduk bersarapan.

"Adik balik pukul berapa semalam?" Encik Ariffin bertanya kepada anaknya.

𝐌𝐑 𝐋𝐔𝐍𝐀𝐓𝐈𝐂©️Where stories live. Discover now