BAB 10

3.1K 146 3
                                    

Hampir 3 jam mereka bertungkus lumus menyelamatkan seorang lelaki yang berumur 30an. Airish kembali masuk ke dalam bilik kerjanya. Dia mahu membersihkan dirinya terlebih dahulu.

Setelah membersihkan diri, dia melangkah keluar untuk mencari air yang boleh mengembalikan tenaganya. Matanya yang sudah mengantuk tetapi di tahannya. Jam di telefon dk tilik. Sudah menunjukkan pukul 2 pagi.

Dia bercadang mahu stay up di hospital saja sehingga esok. Memandangkan dia menumpang Elman tadi jadi jadi dia bercadang hanya stay up di hospital memandangkan esok dia bekerja. Nasib baik dia ada membawa baju lebih. Dia memang sentiasa membawa baju lebih ke hospital takut dia tidak balik ke rumah. Jadi dia sudah prepare awal-awal.

Mesin air di hampirinya. Dia mengeluarkan duit dari seluar slack yang di pakainya lalu di masukkan ke tempat memasukkan duit. Air nescafe di beli.

Bangku panjang di tepi mesin air di hampiri lalu dia duduk di atas bangku. Air nescafe yang sudah di buka di teguk perlahan untuk melegakan anak tekak sekali menyegarkan matanya dari mengantuk.

Dia menguap entah kali keberapa dia sendiri pun tidak pasti. Kantuknya semakin menguasainya.

Terseguk-seguk dia menahan kantuk. Dia menoleh apabila bahunya di tepuk perlahan dari tepi.

Elman?

"Kau buat apa dekat sini? Kau tak balik ke tadi?" Airish bertanya kepada Elman yang berdiri di tepinya.

"Aku tunggu kau. Lagi pun aku yang hantarkan kan kau tadi. Jadi aku kena tunggu kau." Jelas Elman kepada Airish.

"Lah kenapa tunggu. Dah lewatlah. Aku baru nak saty up dekat hospital. Lagi pun esok aku kerja jadi aku bercadang nak stay up dekat sini je." Airish membebel apabila Elman sanggup menunggunya dari tadi.

"Aku memang nak tunggu kau. Nanti apa along kau kata kalau aku tak hantar aku balik." Elman memandang gadis itu menguap.

Airish kembali menguap. Mengantuk ya amat.

"Jom balik. Kau boleh rehat dekat rumah. Esok kau kerjalah balik. Rehat dekat rumah baru selesa." Arah Elman.

Dia melihat wajah gadis itu kelihatan terlalu penat.

"Hmm yelah. Tunggu aku, aku nak ambil barang aku sekejap."

Airish bangkit dari duduk. Dia melangkah kembali ke arah bilik kerjanya.

Elman mengangguk lalu dia duduk di atas bangku sementara menunggu gadis itu mengambil barangnya. Dia turut menguap juga. Di dalam kereta tadu dia sempat tertidur menanti gadis itu. Apabila jam sudah lewat dia  mencuba mencari gadis itu di dalam. Nasib baik di terserempak dengan seorang nurse yang mengenali Airish. Nurse tersebut yang memberitahu tempat keberadaan Airish.

"Dah jom." Airish berdiri di sebelah Elman. Barangnya sudah di ambil.

"Hmm." Elman bangun lalu mereka berjalan ke arah kereta beriringan.

Di dalam perjalanan mahu balik, dia melihat gadis itu terseguk-seguk menahan kantuk.

"Kalau mengantuk, tidur je nanti aku kejutkan kau." Arah Elman apabila melihat gadis itu menahan kantuk.

"Tak apa." Airish menggeleng tanda tidak mengapa.

Elman mengeluh. Degil betul. Dia kembali fokus memandu.

Elman kembali menoleh ke sebelah, dia melihat Airish sudah terlentok di tepi tingkap kereta. Tadi jual mahal tak nak tidur. Elman ketawa kecil.

Dia menghentikan keretanya di tepi jalan. Kerusi penumpang di rendahnya agar gadis itu tidur dengan selesa.

Hampir 20 minit dia memandu baru sampai di rumah gadis itu. Rumah gadis itu tidaklah jauh mana dari hospital.

Dia keluar dari kereta. Telefon yang berada di seluar sleck di ambil lalu dia mendaik nombor Mikhail supaya mendukung Airish naik ke bilik. Tidak sampai hati pula dia mahu mengejutkan gadis itu.

"Hello Mikha, kau turun bawah sekejap. Dukung adik kau. Dia tertudur aku tak sampai hati nak kejutkan dia. Nampak penat je aku tengok." Elman memberitahu kepada Mikhail supaya kawannya itu membawa adiknya masuk ke dalam rumah.

"Hmm yelah." Ujad Mikhail di talian dengan suara serak.

Hampir 3 minit Elman menunghu baru susuk Mikhail keluar dari rumah.

"El, kau tidur sini ajelah. Dah lewat ni." Mikhail membuka pintu kereta Elman.

Dia terus mendukung adiknya yang sudah lena.

"Tak apalah, aku balik je." Tolak Elman.

"Alah, tidur ajelah sini." Pujuk Mikhail lagi.

"Ish yelah-yelah." Elman mengalah.

Dia mengikuti langkah Mikhail masuk ke dalam rumah.

"Tolong aku buka pintu bilik adik aku sekejap." Pinta Mikhail.

Elman tanpa membantah terus membuka pintu bilik gadis itu.

"Sekejap. Aku baringkan adik aku dulu." Mikhail berkata lalu masuk ke dalam bilik Airish.

Elman hanya menurut sahaja. Setelah beberapa minit Mikhail datang, dia menunjukkan bilik tetamu di sebelah biliknya.

Mikhail kembali keluar dari bilik adiknya. Dia menunjukkan bilik kosong yang berada di tepi biliknya.

"Itu bilik kau. Kau rehatlah. Kalau kau haus ke, lapar ke kau selongkar aje dapur. Aku izinkan. Jangan malu buat je rumah ni macam rumah kau." Pesan Mikhail.

"Yelah." Elman hanya mengangguk.

"Aku masuk bilik aku dulu." Mikhail masuk ke dalam biliknya untuk menyambung tidur kembali.

Elman masuk ke dalam bilik tetamu. Tanpa kata dia terus berbaring di atas tilam empuk. Nikmat betul dapat berbaring.

Perlahan-lahan matanya tertutup. Mengantuk ya amat.


Vote🤍

𝐌𝐑 𝐋𝐔𝐍𝐀𝐓𝐈𝐂©️Where stories live. Discover now