episode 7

5.5K 403 7
                                    

Selepas seminggu berlalu, di dalam kelas...

Kelas A001 sedang sibuk belajar subjek math dengan kusyuk. Kelas mereka senyap sehingga boleh terdengar jarum terjatuh dilantai. Sebenarnya mereka sedang menghadapi kuiz math. Semasa menjawab tiada siapa yang mengangkat kepala untuk meniru. Nampaknya pelajar kelas A001 pelajar yang bijak.

Mereka menjawab soalan tanpa kalkulator. Mereka perlu menjawab dengan menggunakan kepintaran otak.

Arsh tersenyum ketika menjawab soalan kerana baginya soalan itu mudah. Tangannya bergerak menulis fomula dan menjawab soalan. Dia tidak berhenti untuk memikir jawapan melainkan otaknya mengira dengan sendiri.

"Baiklah!! Masa menjawab telah tamat. kamu semua berhenti menulis dan saya mahu mengutip kertas." Suara lantang Cikgu Ros memecah suasana di dalam kelas.

Semua pelajar berhenti menulis dan mengangkat kepala melainkan pelajar meja 010.

Tindakan pelajar tersebut diperhatikan oleh cikgu Ros dengan pandangan tajam. Serta-merta cikgu Ros membaling bunga ros warna kuning yang tajam batangnya dan terpacak tepat pada kertas pelajar 010. Cikgu Ros senyum.

"Saya kata apa ya tadi??" senyuman cikgu Ros mengerunkan pelajar 010.

"Ber..ber..henti.." Pelajar meja 010 menjawab dengan gagap.

"Jadi kenapa masih menulis??" Cikgu Ros masih bersenyum.

Semua pelajar senyap dan hanya memerhati wajah cikgu ros yang menggerunkan.

"Maafkan saya!" kata pelajar 010 sambil menunduk wajahnya.

"Baiklah saya maafkan." balas cikgu Ros.

Semua kertas kuiz mereka terapung kerana ada pentagram kuning yang muncul dan membuatkan kertas terapung. Sebaik sahaja cikgu Ros memetik tangan semua kertas terbang ke dalam lengannya.

"Terima kasih cikgu!" serentak pelajar kelas A001 berkata.

"Ok. sama-sama."

Cikgu Ros keluar kelas mngunakan pentagonnya. Pelajar kembali bersembang satu sama lain.

Arsh memusingkan kerusi gravitinya ke belakang mengadap Las yang sedang termenung di luar tingkap.

"Las?"

"Cantik betul pandangan dekat luar." Arsh memusing kepala ke kanan dan ternyata apa yang Las kata adalah benar.

Cahaya pagi yang diselebungi dengan awan redup. Cahaya dipancar memasuki dahan dicelah-celah bunga sakura yang berwarna biru Aqua. Permata dari buga sakura tersebut menyelerakkan cahaya seoleh-oleh semua tu didalam gambar.

"Nampaknya musim bunga nak habis." ungkap Arsh.

"Yeah. Ini bermakna minggu depan kita semua akan menghadapi musim panas."

"Betul tu Las. Musim dimana kita akan dibahagikan mengikut kumpulan untuk menyelesaikan misi." Sebaik sahaja Arsh berkata begitu mereka saling memandang dan tersenyum dengan penuh yakin.

"Eh? Jap lagi subjek apa?" tanya Arsh. Belum sempat Las menjawab ada suara gadis yang menyapa dari arah kiri mereka.

"Subjek Geografi." Sabrina berkata dengan kedua-dua belah tangannya kebelakang dan tersenyum.

"Oh..Sabrina.. Nak makan tengahari dengan kami??" pelawa Arsh. Las hanya memerhati.

"Eh? Boleh ke?? Tak menyusahkan?" tanya Sabrina.

Mereka serentak mengeleng.

"Ok." Jawab Sabrina sambil tersenyum.

"Saya pergi dulu. Kelas nak mula." kata Sabrina sebelum berlalu pergi.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now