Episode 37

3.8K 232 5
                                    

Sambungan episode lepas,

Lelaki tersebut bagaikan tenang dengan kehadiran gadis tersebut tetapi bukan untuk gadis tersebut.

Gadis tersebut tidak senang dengan lelaki tersebut yang wajahnya ditutupi topeng hitam dan corak ditopeng berwarna merah bagaikan darah. Warna kulit lelaki tersebut pucat dan sedikit cekung. Rambutnya hitam berkilau dan sebahagiannya berwarna merah. Baju yang lelaki tersebut memakai seperti putera dulu kala yang berwarna hitam, putih dan merah yang diperbuat dari baju jenis kain kapas. Badannya tidaklah terlalu kurus atau tidak terlalu gemuk hanya sekadar sedap mata memandang.

Perbezaannya adalah lelaki tersebut mempunyai sepasang sayap hitam dibelakangnya yang serdahana besar dan bangsa 'syaitan' yang diperkatakan olehnya mempunyai telinga yang panjang, tidak mempunyai sayap dan tubuh mereka gemuk-gemuk.

"Grrrrr!!!!!! Apa kau nak?!" Jerit gadis tersebut sambil mengeluarkan sebilah pisau kecil.

Lelaki tersebut tersenyum sinis. Kawasan disekeliling mereka hanyalah bilik batu yang suram dan kotor. Bilik gelap yang tidak diterangi oleh sebarang cahaya dari luar melainkan api di pelita yang berwarna merah menyala.

Api tersebut bagaikan tidak menyuluh seluruh bilik tetapi hanya menyuluh arah lelaki tersebut yang berdiri tidak jauh darinya.

"Dekat mana ni? Aneh betul udara disini dan bunyi juga tidak kedengaran. Sepi dan sejuk." Ujar gadis tersebut didalam hati sambil menjeling sekeliling bilik yang barangkali luas..

"Aku nak tahu! Ni dekat mana?!" Suara gadis tersebut dingin dan berwaspada.

"..." Lelaki tersebut tidak menjawab tetapi meneguk sebotol air dari gelas runcing dan airnya berwarna kuning.

Lelaki tersebut teguk dengan tertib dan gadis tersebut masih menunggu jawapan lelaki tersebut.

"Hoi? Kau memang pekak eh?! Aku tanya tak menjawab! Bisu ke apa kau ni?!" Sungguh tidak bermoral bahasa yang dilemparkan oleh gadis tersebut.

"Apa yang beta dapat jika beta menjawab soalan kamu?" Tenang sahaja dia membalas herdikan gadis tersebut.

"Beta?! Huh! Kau pun nak berlagak kau dari bangsa-bangsa atasan yang tak berguna tu?!"

"..." Lelaki tersebut hanya pandang tanpa menyampuk.

"Semua bangsa atasan macam korang ni tak guna!!! Baik mampos dari terus hidup!"

"Aku tak akan patuh pada korang! Kau mesti ketua bangsa syaitan tu!! Bawak aku pulang!!"

"Siapa namamu?"

"Kau peduli apa?! Tak hingin aku nak bagita.......arghhhh!!"

Sekali petikan dari jari lelaki tersebut menyebabkan gadis biadab tersebut di lilit dengan besi yang berduri dan mengangkat gadis tersebut ke udara dimana tangan dan kakinya diikat berasingan.

"Itu besi berduri, besi itu akan menyedut segala jenis tenaga kuasa yang dililitnya."

"?!" Gadis tersebut mengetap bibirnya.

"Jawab soalan beta untuk selamat dari terus disedut tenaga atau disebaliknya."

"Huh!! Tak hingin!"

"Agh!! Sakit!!!" Gadis tersebut mengerang sakit apabila terasa denyutan jantungnya deras.

"Tak perlu melawan. Jawab soalan beta."

"..."

"Siapa namamu?"

"..."

"Arghh!! Grrr.. Ahhhhh!!" Besi berduri tersebut mencekam tubuh gadis tersebut sehingga terasa tubuhnya ditusuk disetiap kawasan duri yang sedang melilitnya.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now