Episode 45

3.9K 245 64
                                    

Diterminal bulan,

Mereka sudah sampai ke terminal dibulan dan sedang berada di stesen bawah tanah.

Kapten Soa mengajak mereka naik ke atas sementara kapal masa mereka diselengara untuk kali terakhir.

Mereka menaiki lift untuk ke atas. Mereka menggunakan lift biasa bukan lift graviti kerana mereka sedang berada di dasar bulan dan ia sesuatu yang bahaya jika menggunakan sistem graviti.

Apabila sampai apa mereka nampak tidak dapat ditafsir oleh otak mereka.

Suasana yang tidak mampu dijingkau dek akal apabila di bulan ada pusat beli belah terbesar yang sentiasa dikunjungi oleh para raksasa, manusia di lain planet dan makhluk asing di bintang-bintang berdekatan. Malahan tempat ini langsung tidak menyerupai terminal keretapi api angkasa kerana ada taman-taman serta jalan raya graviti.

"Walaupun aku tau tak ada benda mustahil... Ta..tapi entah kenapa aku rasa ini benda tidak terfikir dek akal aku... Mati-mati aku ingat tempat ni hanya sarat dengan landasan keretapi..." ujar Arsh perlahan dengan senyuman yang tak mahu menjadi.

Arsh bagaikan rusa masuk kampung. Walaupun ia tahu teknologi planet mereka sekarang mampu membuat sesuatu luar dari jangkaan tetapi Arsh tetap larat dan teruja dalam masa sama.

"Fulamakkkk!! Cantik!!! Tak sangka aku tempat ni lawa macam ni!" Sabrina langsung tidak berselindung perasaan terujanya.

Kapten Soa memerhati sekeliling. Dia tersenyum kecil kerana sudah setahun dia tidak menjejaki ke sini. Tiada apa yang berubah melainkan perkembangan manusia yang ulang-alik ke bulan.

"Tak sangka.. Cantik tempat ni.." Puji Cashen sambil menyaluk kocek jaket sejuknya.

"Eh? Senior tak pernah datang ke?" Tanya Sabrina yang berdiri dikanannya

"Hurmm? Pernah.."

"Dah tu?"

"Selalunya aku hanya lalu di laluan bawah tanah terminal untuk pertukaran stesen tak pernah naik atas." Terang Cashen.

"Ohhhh.." Sabrina mengangguk kepala.

"Kita ada lagi berapa minit lagi sebelum selengara selesai?" Tanya Arsh pada Kapten Soa yang dari tadi termenung.

"Setengah jam."

Arsh meng-set masa sebelum menepuk bahu Las. Las memandang Arsh terkejut.

"Hoi.. Aku tau ler perempuan tu lawa.. Jangan ler pandang tak berkelip..." Usik Arsh.

"Huh?" Las terkebil-kebil dan dia memandang lelaki lembut dihadapan mereka.

Las terkejut sebelum membuat wajah pura-pura marah pada Arsh.

"Lembu punya kawan!" Las memaut leher Arsh dan Arsh mengerang sakit.

"Adoiii.. Hahahaha.. Siapa suruh pandang tak berkelip.. Adoiii.. Sakitlah!!!" Arsh cuba meregangkan lengan Las dari terus memaut lehernya.

"Tau pun sakit." Las melepaskan leher kawannya.

Arsh terbatuk dan cuba menarik nafas dalam.

"Jom jalan-jalan.. Kita ada lagi 25 minit sebelum kapal masa siap."

"Nak pergi mana?"

"Pergi menjajah! Mungkin boleh membina stesen bom nuklear disini~"

"Jom!"

Mereka ketawa sebelum bergerak meninggalkan yang lain.

Sabrina hanya terkebil apabila Arsh dan Las sudah meninggalkannya tanpa mengajak dirinya. Sebaik sahaja dia melihat kirinya ternyata Kapten Soa dan Cashen juga sudah lesap.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now