Episode 17

5K 332 20
                                    

Di alam mimpi , Arsh.

"Siapa?"

"Aku adalah penjaga kau."

"Penjaga aku?"

"Ya penjaga kau! Aku sebelum ni adalah penjaga ayah kau. Sebelum kematian dia, dia mengarahkan aku untuk lindungi kau." Terang suara tersebut.

"Jadi siapa nama kau?" Tanya Arsh selepas diam seketika.

"Dalam hati kau."

"Dalam hati aku?"

"Dalam hati kau, kau dah tau siapa aku! Seru nama aku!"

"Seru kau? Aku tak kenal kau." Arsh menjawab dengan jujur.

"Kau tahu."

"Aku yang memengang kunci yang mengunci kuasa yang disembunyikan oleh ibu kau semasa kau lahir." Sambung suara tersebut.

"Kalau kau menyeru nama aku. Aku akan buka kuasa kau dengan perlahan-lahan."

"Kenapa aku tak pernah tahu sebelum ni kewujudan kau?"

"Aku pernah berbicara dengan kau ketika dahulu."

"Bila?"

"Semasa kau berumur 6 tahun." Muncul tayangan sleq dihadapan Arsh.

Di tayangan sleq.
Seorang lelaki yang sedang bermain bola dengan seorang lelaki dewasa atau lebih dikenali sebagai ayah.

Mereka bermain dihalaman rumah yang berlantarkan gunung yang diselebungi ais tetapi dihalaman mereka mempunyai kehidupan seperti pokok rendang, air embun,rumput-rumput yang menghijau dan bunga-bunga yang mekar.

"Nampaknya hari nak hujan." Ayah arsh berkata sambil memandang langit.

"Hujan?" Arsh menanya.

"Aah." Jawabnya dengan ringkas.

"Tuan Kursh." Suara yang besar tiba-tiba kedengaran.

Arsh ketakutan dan berlari ke kaki ayahnya. Ayahnya ketawa kecil sambil mengusap kepala Arsh lalu mendukung.

"Uishhh. Penjaga bersuara besar jangan muncul suara tiba-tiba. Kecut budak ni." Kursh bergurau.

"Jangan panggil saya dengan panggilan yang pelik-pelik."

"Abah kenal dia ke?" Arsh menanya.

"Kenal."

"Oh! Arsh nak turun." Kursh menurun arsh.

"Hey! Hey! Pakcik suara besar! Jom kita main!" Suara kecil Arsh berbicara.

"...." Suara besar tersebut tidak menyahut tetapi Kursh melepaskan ketawa dengan panggilan Arsh.

"Jangan ketawa!" Suara tersebut memarahi Kursh.

Kursh cuba menahan ketawanya.

"Boleh tak pakcik bersuara besar?"

"Boleh. Kalau kau menyeru namaku. Akan aku muncul bermain denganmu." Suara tersebut berbicara.

"Nama?" Arsh memandang langit kemudian mengalih pandangannya ke ayahnya.

"Siapa nama pakcik ni?" Arsh menanya sambil melengokkan kepalanya ke kiri sedikit sambil jarinya diletakkan dibibirnya.

Kursh bergerak ke Arsh dan duduk seperti ninja dan mengusap kepala anaknya.

"Kamu perlu serunya melalui hati kamu."

"Hati saya?"

"Ya. Hati kamu." Jari Kursh menunjuk ke hati Arsh.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang