Episode 24

4.4K 304 22
                                    

Sekolah kesyatria, di bilik Cikgu Bess.

"Lagi tiga hari nak perayaan manisan." Cikgu Bess bermonolog.

Dia sedang duduk di kerusi empuknya sambil memandang keluar tingkap. Cermin matanya diletak di sebelah pasu bunga yang kosong.

Suasana sepi melainkan pokok yang kehilangan daun, hanya tinggal batang serta pohon sahaja.

"Hurm?" Cikgu Bess bangun dari tempat duduknya lalu bergerak ke arah tingkap.

Dia terpinar seketika apabila melihat debu yang berkilauan di langit. Hatinya bagaikan tahu sesuatu.

"Itu... Bukan ke..." Cikgu Bess bermonolog.

"Aku nak tanya kau sesuatu." Kata cikgu Bess sambil mengusap rambutnya perlahan.

"..."

"Kau tak nak balik kampung ke untuk perayaan kali ni?" Kata Cikgu Bess tanpa memerhati belakangnya walaupun ia tahu ada seseorang dibelakangnya.

Lelaki tersebut yang memakai jubah berkerudung yang menutupi separuh wajahnya sedang berdiri sambil memerhati cikgu Bess. Rambut lelaki tersebut panjang mencecah kolar baju telah menutup wajah matanya. Dia diam tidak menjawab soalan dan hanya mengangguk kepala.

Cikgu Bess nampak reaksi dia di sebalik tingkap dan terus memandang langit yang berkilau.

"Jadi aku diizinkan kau pulang sehari sebelum perayaan untuk menyambut perayaan manisan tapi kembali jika aku memanggil kau." Arah cikgu Bess.

Lelaki tersebut hanya memerhati.

"Tapi bagaimana dengan tugas saya?" Lelaki tersebut menanya.

"Selama dua hari ni biar aku yang perhatikan diaorang. Kau balik berehat sebab kau tu manusia juga walaupun kau ada darah musang dalam badan kau."

"Kau bukan robot untuk dikurung dan dirantai, kau juga perlu bebas seketika walaupun sudah lama berada dalam sangkar." Kata cikgu Bess sambil kembali duduk di kerusi empuknya.

Jubah hitam yang menutup tubuhnya sehingga betis tiba-tiba keluar dibawah jubah tersebur ekor musang bergerak ke kiri dan ke kanan.

"Terima kasih tuan."

"Aku nak kau siasat debu dekat langit. Jika betul tekaan aku tu mesti debu pari-pari. Walaupun ini perkara mustahil untuk pari-pari keluar sebelum perayaan manisan." Cikgu Bess berhenti seketika dan memusingkan kerusinya ke belakang.

"Kalau betul tekaan aku akan berlaku rekahan demensi. Aku nak tengok seberapa besar rekahan demensi berlaku." Kata cikgu Bess sambil memaku dagunya di pemegang kerusi empuknya dengan tangan kanannya.

"Baik tuan." Jawab lelaki tersebut.

"Dan apa yang akan keluar." Arah cikgu Bess dengan nada perlahan tetapi raut wajah yang series.

Lelaki musang berhenti seketika semasa dia memegang tombol pintu dan bergerakkan sedikit wajahnya sambil melihat dengan ekor mata sebelum keluar dan menghilangkan diri.

Cikgu Bess hanya mendiamkan diri sebelum memerhatikan semula debu yang berkilau dilangit.

DiPasarayaMegaPavi, LasdanSabrina

"Penatnya~" kata Sabrina selepas penat berjalan dengan memikul plastik kitar semula yang mengandungi bahan-bahan nak buat manisan.

"Aku nak angkat kau tak kasi. Kan dah berpeluh-peluh." Kata Las sambil duduk di kerusi kafe.

KafeKururu besar terpampang di papan tanda yang terletak diatas kedai. Kedai ini sangat comel apabila banyak moskot burung bergerak untuk dijadikan pelayan kedai serta corak kafe serta banyak lagi patung kecil dijual. Suasana yang tersusun serta bentuk makanan juga berbentuk burung.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now