Episode 81

3.3K 224 50
                                    

Sambungan episod 80,

Jam jelas menunjukkan pukul 11 malam. Penduduk kampung kebanyakkan sudah diulit mimpi.

Lampu-lampu minyak tanah sudah dipadam hampir seluruh rumah.

Sabrina yang masih belum menutup mata hanya merenung tingkap kayu diluar jendela.

Matanya merenung segenap isi rumah yang turut diulit mimpi termasuklah gadis yang berwajah kakaknya, Aurelia.

Aurelia nampak sungguh comel tidur bertemankan selimut daun kering yang dianyam.

Kata-kata Aurelia masih terngiang-ngiang ditelinganya.

"Ujian ketiga akan berlaku pada bila-bila masa."

Masakkan dia boleh diulit mimpi jika tugasan peperiksaannya yang ketiga akan berlaku pada bila-bila masa.

Baju gaun pendek paras lutut yang bertampal tetap cantik apabila disarung oleh Sabrina. Rambutnya sudah didandan oleh Aurelia selepas mereka berdua mandi bersama-sama usai selesai sahaja menjamu selera.

Sabrina merenung langit. Sang rembulan yang ditemani beribu-ribu bintang angkasa.

Sepi.

Sabrina mengambil keputusan untuk keluar berjalan-jalan.

Dia keluar dari rumah dengan pergerakkan yang perlahan supaya isi rumah tidak terkejut dari tidur.

===============
Kini dia sudah berada diatas bawah lereng bukit.

Dia bergerak menaiki lereng bukit untuk pergi ke tempat permulaan dia berjumpa Aurelia.

Angin malam mula meniup. Gaun pendek paras lututmya sedikit berterbangan apabila disapa angin.

Tubuhnya tidak terasa sejuk kerana tiada mod rangsangan diaktifkan sejak mula-mula dia berada di perkampungan yang tidak diketahui namanya.

Sabrina hanya berselipar yang diperbuat dari kulit kayu. Semua itu hadiah dari penduduk kampung.

Selepas berjalan seketika, kini dia sudah sampai ke tempat permulaan.

Dia mengambil keputusan untuk duduk diatas batu besar yang berhadapan dengan jurang bukit.

Dia bersila sambil menghayati keindahan malam.

Pandangan Sabrina terganggu apabila terdengar seperti bunyi tiupan angin yang sedikit berbeza dari tiupan angin biasa dibelakangnya.

Sabrina memaling wajah kebelakang.

Tiada apa disitu tetapi bunyi itu jelas kedengaran disaluran telinga Sabrina.

Bunyi itu datang dari arah hutan bukit.

Sabrina memerhati sekeliling dan cuba peka pada perubahan bunyi angin untuk merasai kehadiran seseorang.

Tiada perubahan angin.

Sabrina mengambil keputusan untuk pergi ke sana.

Kawasan tempat permulaannya itu dengan kawasan bukit agak tinggi kedudukannya dan memerlukan Sabrina memanjat curam bukit.

Apa? Panjat? Buat apa mahu panjat jika boleh melompat sahaja?

Sabrina melompat tinggi dan mendarat perlahan sebaik sahaja sampai keatas sana.

Sabrina bertindak bersembunyi dibelakang batang pokok yang tidak mampu menutupi seluruh tubuhnya.

Dia memandang ke kiri dan ke kanan serta ke atas pokok berhampiran dan tidak lupa dikawasan rumput.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now