Episode 85

3.1K 200 31
                                    

###################
Perhatian!

Episod kali ini akan dipaparkan gambar bagi memudahkan pembaca mendapat gambaran.

Selamat membaca.

###################

"Tahniah beb!"

Itulah ucapan yang diberi oleh mereka serentak semasa Las melangkah masuk ke dalam ruangan menunggu bersama Piko.

Piko memengang kotak kecemasan ditangannya menepuk bahu Las sambil memberi isyarat bahawa dia mahu bergerak pergi. Selepas menerima isyarat anggukkan dari Las, ia bergerak keluar dari dewan menunggu.

Kenapa dewan?

Bukankah mereka sedang menunggu dibilik menunggu?

Bilik menunggu adalah bilik dimana para peserta perlu berada semasa pertandingan berlangsung tetapi dewan menunggu adalah tempat perjumpaan para peserta yang baru lepas bertanding dengan para peserta yang belum bertanding.

"Terima kasih." Ucap Las.

"Kau memang hebat gila!"

"Tak sangka kau masih boleh bertahan dengan kepanasan lava Fiulo."

"Cara kau berlawan memang tenang habis."

"Macam orang profesional!"

"Memang orang-orang sekolah Aqua hebat-hebat, eh?"

"Apa yang korang belajar dekat sekolah sampai hebat sangat?"

Las yang dikelilingi oleh beberapa peserta hanya mampu menggaru kepala kerana dia bertalu-talu pujian diberi kepadanya.

Dirinya terasa janggal apabila dipuji sebegitu.

Las dapat menangkap kelibat Sabrina dan Arsh yang memerhatikannya tidak jauh dari situ.

Ah?

Bukan sahaja Arsh dan Sabrina malah Cashen dan beberapa orang senior turut memerhatinya disitu. Dibibir masing-masing terbit senyuman kecil.

Las cuba keluar dari orang ramai yang mengelilingnya tetapi tidak boleh bergerak apabila mereka langsung tidak berganjak dari situ walaupun ia sudah mengucap terima kasih atas pujian padanya.

Las memandang mereka dengan pandangan Tolong aku, weh!!

================
Ketika itu,

"Dia pandang kitalah." Ujar seorang senior tahun 3.

"Biarkan dia. Dia tengah gembira tu.." Kata Cashen sambil menyilang tangan dan kakinya. Tubuhnya sudah bersandar didinding dewan.

Mereka yang mendengar kata Cashen pantas menahan ketawa.

Mereka dapat melihat Las cuba keluar dari terus digelumi sang manusia tetapi tidak berjaya dan sekali lagi Las memandang mereka.

Terasa sinaran pertolongan pada mata Las.

"Kamera! Kamera! Kamera!" Ujar Cashen tiba-tiba.

"?" Arsh dan Sabrina memandang Cashen pelik.

Kamera? Kenapa pula?

"Bukan senang nak tengok Las buat muka comel~" Salah seorang senior perempuan fahami apa yang cuba disampaikan oleh Cashen.

Arsh mula faham apa yang disampaikan oleh Cashen segera menekan sesuatu pada komputer gravitinya.

Klik.

Ya..

Tepat..

Arsh sudah menangkap gambar Las yang memandang mereka dengan pandangan mengharap mereka menolongnya.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now