episode 10

5.2K 389 7
                                    

Di padang sekolah..

"Baiklah, hari ini kita akan buat latihan otot.. semua pelajar lari 10 pusingan!" jerit cikgu Mar.

"Ehhhh??" semua merunggut.

"Apa eh-eh?"

"Malaslah cikgu!" sepakat kelas A001 menjerit.

"Apa kamu kata??" cikgu Mar menahan geram.

"Buat sekarang! Atau saya..." sambung cikgu Mar sambil mengeluarkan batu sebesar gegemannya dan melambung ke udara.

Separuh dari pelajar A001 sudah menjalankan latihan hanya separuh lagi masih melengahkan masa. Mereka mengabaikan arahan cikgu Mar.

"Hujan batu." cuaca tiba-tiba menjadi mendung dan muncul batu kecil di atas kepala mereka yang ingkar arahan.

"Aw!! Aw!!! Aw!!!! Sakit....!! "semua pertempiaran lari mengelilingi padang.

"Harap sahaja kelas pandai.. moral hampeh!" kata cikgu Mar sambil mengeleng kepala.

Maka bermulalah aktiviti yang menyakitkan bagi kelas A001 selama 4 jam bersama cikgu Mar yang sasa.

Rehat antara subjek..

Sabrina ketika itu. Perjalanan ke bilik persalinan.

"Fuh! penatnya~" sambil mengelap mukanya yang berpeluh.

"Kan? Cikgu Mar macam raksasa langsung tak beri kita ruang untuk rehat." rungut Ria, kawan rapat Sabrina.

"Tahu tak apa. Macam nak lucut kaki aku rasa." sambung Jee.

"Ada ke patut dia suruh kita perempuan ni jalan itik!" Bebel Jee.

"Oklah tu dari dia suruh lompat macam monyet. Dah lah palang antara palang jauh!" pintas Ria.

Sabrina hanya mendengar rungutan kawannya itu.

"Tapi budak laki yang kenakan?" tanya Sabrina.

"Aah!" serentak mereka menjawab.

"Tapi tengok budak lelaki main hanya separuh yang lepas." kata Jee sambil mendongak ke atas seoleh-oleh mengingat sesuatu.

"Betul-betul!" Ria mengiakan kata-kata Jee.

"Tapi kau tau tadi Arsh dengan Las memang gempak giler!" Jee berkata dengan teruja.

Imbas kembali ke masa latihan otot.

"PREWTTIIITTT! Baiklah pelajar perempuan sila buat latihan otot kaki dan jantung dan pelajar lelaki latihan lompatan dan otot lengan!" jerit cikgu Mar.

Maka pelajar lelaki dan perempuan berpisah. Pelajar lelaki berada di bahagian utara padang dan perempuan dibahagian selatan.

"Baiklah pelajar perempuan! Buat lompat bintang 1000 Kali!" jerit cikgu Mar.

"EH?!!" serentak mereka terkejut.

"Sekarang!!! atau saya suruh kamu lari 5 pusingan lagi? Tambah dengan 2pusing larian berpagar??" kata cikgu Mar.

"EH??!" sekali lagi mereka terkejut dengan kata-kata cikgu Mar.

"Ada bantahan??" tiada yang menyahut. Cikgu Mar mempamerkan senyuman kecil menandakan dia menang dengan perempuan.

"Baik! mulakan!" semua mulakan lompat bintang.

"Saya akan pasang sihir pemerhati sementara saya ke bahagian lelaki. Sesiapa yang berhenti buat saya akan paksa lari 5pusingan bersertakan 2pusingan larian berpagar!!" Cikgu Mar memberi amaran.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt