Episode 47

3.5K 233 13
                                    

Di dalam mimpi Arsh,

Arsh sedang berdiri tidak jauh dari tasik yang sudah beku. Keadaan dingin menguasai keadaan tetapi Arsh hanya terbentuk dalam bentuk bayang putih.

"Dekat mana ni?" Suara hati Arsh bergema.

"Mimpi?"

Arsh memerhati sekeliling. Hanya timbunan salji dan pokok-pokok tanpa daun. Suasana suram dan bagaikan tiada benda bernyawa.

Walaupun Arsh tidak merasai apa-apa akan tetapi mulutnya mengeluarkan wap asap. Pakaian pula bukan lagi kemaja-T dan seluar track tetapi baju kemaja butang dan berseluar jean, badannya bercahaya dan ada cahaya bergerak seperti unang-unang dan hilang selepas seketika.

"Macam lereng bukit je. Kenapa? Pertanda mimpi aku lagi ke?"

Arsh bergerak menghampiri tasik yang beku. Dia memandang pembalikkan air.

"?!" Dia terlihat wajahnya bersayap sebelum dia ke belakang beberapa langkah.

Apabila dia melihat sekali lagi sudah tiada sayap.

"Pelik!"

Arsh memandang sekeliling tasik dan terlihat kelibat seseorang tidak jauh dari situ.

Arsh bergerak menghampiri ke kelibat hitam itu dan bersembunyi di sebalik pokok.

Seorang budak kecil sedang termenung dihadapan tasik yang sudah beku dengan wajah sedih.

"....-" Budak itu ada tuturkan sesuatu tetapi tidak dapat didengari dengan telinga lintah Arsh.

Arsh perhati budak lelaki dengan tekun.

"Aku rasa aku pernah jumpa.. Tapi siapa?"

Budak lelaki itu menangis teresak-esak sambil mengatakan sesuatu yang tidak didengari olehnya.

Sekelip mata pandangannya kabur.

"Tak akan tu je mimpi aku?" Sempat Arsh berkata.

Kembali ke alam nyata

Ketukkan pintu menyebabkan Arsh kembali ke alam nyata.

"Pukul berapa ni?" Arsh mengagahkan diri untuk banhkit dari baring.

Dirinya terasa mahu demam. Barangkali kes semalam dia mandi air sejuk dalam masa sama bilik air itu dipenuhi dengan aisnya.

"Arsh. Awak dah tidur ke?" Suara Sabrina kedengaran.

Arsh menjeling lesu sebelum dia bangun dari duduknya, sempat dia mengaktifkan komputer graviti untuk melihat waktu. Dia terlupa membawa jam ke misi kali ni.

"Arsh?"

Arsh bergerak ke pintu lalu membuka pintu menggunakan tombol. Pintu di kapal masa mempunyai tombol dibahagian dalam tapi tidak di bahagian luar. Bahagian luar perlu membuka pintu menggunakan kad pelepasan atau pengimbas bar kod.

Pintu dibuka suku. Suasana dalam kapal gelap walaupun tidak gelap sepenuhnya kerana ada cahaya keluar dari bilik pemandu. Barangkali Kapten Soa sedang berada di bilik memandu.

"Arsh?" Sabrina memecahkan lamunan Arsh.

Arsh memandang Sabrina dalam keadaan separuh mengantuk.

"Kenapa?"

"..." Wajah Sabrina bagaikan gembira melihatnya.

"Sabrina?"

"Errr..."

Arsh menunggu ayat tergantung Sabrina.

"Ta..Tak ada papelah.."

Arsh mengerut dahi dengan jawapan Sabrina.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now