Episode 69

3.4K 193 16
                                    

Di istana yang tidak diketahui tempatnya.

Bulan dilangit memancarkan dua warna. Disebelah kanan hijau manakala kiri pula berwarna ungu. Warna yang seoleh-oleh kontra tetapi harmoni apabila dua warna bercantum.

Tempat yang tidak pernah ada siang dan hanya ada malam. Tempat tiada kehijauan tetapi penuh dengan keputihan. Tempat yang mati tetapi penuh ketenangan.

Tiada siapa. Tiada cahaya panas. Tiada pokok menghijau. Tiada bunyi. Tiada haiwan berkeliaran.

Itulah gambaran dapat diberi satu-satunya gadis yang duduk di istana.

Gadis itu sedang duduk diatas kuda yang sedang duduk. Kuda putih, seputih salju. Kuda yang dicipta melalui salji.

Pira memandang langit. Dirinya hanya memakai baju kemaja-T warna merah dan seluar litar nipis. Dia mengenakan topi bulu, jaket bulu dan berkasut but.

Salji yang baru berhenti tadi melebatkan lagi timbunan salji di tanah yang baru dibersihkan dari salji.

Baru sahaja semalam dia membersihkan salji. Hari ini sudah tebal balik.

Sudah dua minggu dia berada disini. Masa disini bagaikan terhenti. Tiada siang dan hanya ada malam.

Sepuluh kali dia tidur dan sepuluh kali dia bangun pada hari yang sama tetap malam yang menyapa.

Penutup telinganya langsung tidak dibuka olehnya dari awal di istana ini.

Kali terakhir dia bertutur dengan Si Pemerintah adalah pada mula-mula dia berada.

Bosannya! Itu apa yang selalu dituturkan olehnya. Terlalu harmoni!

Bagaimana agaknya penduduk di Erwy?

Adakah mereka diserang oleh bangsa Syaitan. Sudah makankah mereka? Siapa sahaja yang masih hidup?

Entah mengapa dia terasa perit. Rindukah dia pada tanah kelahirannya?

Air matanya mengalir tanpa disedari. Dia terus merenung bulan sehingga air matanya kering.

Batu zamrud sepatutnya berada dilehernya, entah ke mana menghilang. Dia sendiri tidak tahu. Dia baru menyedari lehernya kosong apabila dia merenung pantulan air di kolam pancut. Lehernya kini dihiasi dengan rantai dan batu zamrud merah. Dia tidak pasti kenapa dipanggil zamrud sedangkan batu itu berwarna merah mereka gelarkan batu merah sebagai batu delima.

Pada awalnya, dia takut dengan pada lelaki itu. Sudahlah, tidak tahu wajah kerana memakai topeng mata malah mengeluarkan aura kegelapan.

Dia tak ingat nama dia. Dia hilang ingatan. Kalau dia hilang ingatan kenapa dia masih ingat siapa dirinya? Apa yang dia tahu penduduk sini memanggilnya Tuanku Pemerintah.

Tuanku Pemerintah?! Dia yang curi ciuman pertamanya!! Jika diingatkan balik terasa mahu rebus lelaki itu hidup-hidup.

AAAAHHHHHHH!!

Suara perempuan kedengaran. Siapa?! Pira tersedar dari marahnya.

Pira turun dari kudanya.

"Siapa..?" Pira menanya. Tiada balasan. Dia menanya kali kedua dengan suara lebih kuat. Tiada sahutan. Dia menanya buat kali ketiga dengan suara menjerit.

Dia menjerit sambil memerhati sekeliling. Kali ini juga tiada sahutan.

Siapa menjerit? Dia terasa takut. Tak akan tempat ini berhantu?!

Jangan risau tempat ini tak berhantu.

Suara Tuanku Pemerintah kembali teringiang-ngiang dikepalanya.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now