Episode 82

3.2K 213 44
                                    

Diatas bumbung sekolah, waktu rehat.

"Perghhhhh!!! Rasa nak gila seksanya. Tak sangka pulak aku periksa sekolah ni lain macam." Kata Arsh sambil berbaring dan mendepa tangan.

"23 subjek. 9 subjek kertas, 9 subjek sihir, 6 subjek fizikal."

"24 subjeklah, kawan.."

"Yeke?"

"9 + 9 + 6 jawapan dia 24 lah, kawan.." Terang Las.

"Ah~ Ya.. Aku dah tak dapat menggunakan otak dengan betul sebab terlebih guna otak.."

"Aku faham..."

"Sekarang aku faham gosip hangat pasal sekolah kita."

"Gosip tentang 1000 pelajar masuk tapi hanya 50 graduan, tu ke?"

"Ya..."

"Tapi gosip tu memang betul pun. Tengok sahajalah tahun 5 hanya ada 2 kelas sahaja. Itu pun tak sampai 60 orang. Padahal masa kemasukan mereka tahun 1 dulu 980 pelajar tapi kini tinggal 59 pelajar. Itu belum kira lagi yang bakal-bakal ditendang sekolah lepas peperiksaan ni."

Tahun 6 adalah tidak dikira sebagai pelajar tetap kerana mereka adalah pelajar ulangan. Mereka menjadi pelajar ulangan kerana tidak menyiapkan projek khas ketika mereka berada di tahun 5 atau ketika mereka ditahun 5, pelajar itu dimasukkan ke dalam hospital selama setahun. Tahun 6 adalah tahun akhir dimana tiada lagi tahun ulangan bagi mereka.

Pelajar tahun 6 diberi kelas khas bagi pemantauan ketat. Walaupun mereka dikawal ketat dari segi pembelajaran, displin, adab dan sebagainya berbanding tahun lain tetapi mereka juga diberi kebebasan seperti pelajar lain dan mereka juga diberi makanan percuma sepanjang mereka berada disitu.

Makanan percuma bukanlah membawa maksud pelajar ulangan tersebut diberi makanan khas yang dikhaskan untuk mereka tetapi mereka boleh makan apa sahaja dikantin secara percuma.

Pelajar tahun 6 hanya seramai 7 orang sahaja, maka tiada kelas khas buat mereka. Mereka mulakan kelas disekitar kawasan sekolah.

"Hahahaha.." Arsh ketawa hambar selepas mendengar kata-kata Las tentang "fakta" tersebut.

Mak ai.. Sekolah ke penjara mental aku masuk ni..

"Rasa nak muntah sekarang ni."

"Kali ni aku setuju... Terasa nak muntah." Kata Las turut berbaring arah bertentangan dengan Arsh.

"Kalau kena buang dari sekolah ni pun aku rela...Penatnya~" Ujar mereka serentak sambil menutup mata.

Membiarkan cahaya matahari diatas kepala mereka melebarkan cahaya ke seluruh muka mereka berdua. Moga-moga khasiat vitamin D lekat diwajah mereka.

Tiada angin lembut membawa kesejukkan kepada mereka, hanya kehangatan yang dirasai.

"Arsh.. Betul ke kita ni masih hidup? Kenapa aku rasa macam kosong gila ni.." Kata Las selepas mereka mendiamkan diri seketika.

"Ha.. Ha.. Ha... Rasanya kita dah mati agaknya.. Sebab aku rasa benda macam tu gak.."

"Arsh, nak aku terajang kau tak? Nak tengok sama ada kita hidup lagi ke tak?"

"Aku begitu mengharap.. Tapi kau larat ke, kawan?"

"Aku boleh jer tapi penat sangat sampai aku rasa malas nak bergerak sekarang ni."

"Samalah kita.."

"Haaa~" Mereka melepaskan nafas berat serentak.

Kepanasan ketika itu diabaikan oleh mereka kerana otak terlalu penat.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now