Episode 92

2.9K 180 12
                                    

Sesuatu tajam terhasil dari kuasa Kitylie. Benda itu tumbuh dari bawah tanah dan mencanak naik ke udara.

Cashen yang berdiri sambil api mengelilinginya memandang benda tajam itu mencanak-canak naik menunju ke arahnya.

Semakin benda itu menghampiri, semakin laju putaran api pada tubuh Cashen.

Api itu mengular ke tangan Cashen namun masih ada api yang mengelilingi tubuhnya.

Api itu marak dan menghasilkan pedang dikedua-dua belah tangannya.

Ya, pedang dari batu kelahiran senjata.

Cashen segera menundukkan tubuhnya menjadi 90° darjah, dimana tangan kanan dibahagian hadapan dan tangan kiri dibahagian belakang.

Cashen menumpu daya kepada kakinya dan menghasilkan retakkan pada lantai stadium. Kakinya marak dengan api.

Apabila benda tajam itu sampai ke arah Cashen, segera Cashen melonjak ke udara.

Semasa Cashen mengambil tindakkan dengan melonjak tubuhnya ke udara, bayang-bayang dari benda tajam itu terhasil lalu menarik kaki Cashen.

"Eh?" Cashen terkejut kerana tidak menjangkakan hal itu.

Apabila tubuh Cashen terjunam betul-betul diatas hujung tajam itu, Cashen bertindak pantas dengan membidas benda tajam itu dengan pedangnya.

Cashen terus memotong benda tajam itu sehingga ke pangkal namun gerak hati Cashen tepat apabila dia bertindak mencucuk salah satu pedangnya ke tanah dan memijak pemegang pedangnya dalam masa sama dia memotong bayang yang memegang kakinya dan menghasilkan pentagram kosong bagi memudahkannya melonjak ke udara tanpa menyentuh lantai sehingga dia jauh

Bersyukur dengan gerak hati Cashen yang tepat menyebabkan dia selamat dari pertumbuhan semula benda tajam itu.

"Fuh! Nasib.." Ujar Cashen.

========================

Cashen mengangkat tangan ke udara lalu menembak api ke udara.

"APA CASHEN INGIN LAKUKAN?! WOAHHH!!! SISTEM KESELAMATAN DIAKTIFKAN!!!" Ucap pengacara apabila api Cashen hampir mengena penonton.

Serta-merta sistem keselamatan diaktifkan, muncul pentagram yang besar dan susunan pergerakkan kerusi terpung terhenti dan bergerak bergabung satu sama lain.

Sebelum kerusi terapung itu bergabung terdapat pentagran antara kedua-dua bahagian yang menarik satu sama lain dan menghasilkan gegaran yang kuat semasa perlanggaran antara bahagian kerusi terapung namun penonton tidak mendengar kerana sistem kedap bunyi diaktifkan semasa sistem keselamatan berlangsung.

========================

Api yang ditembak oleh Cashen ke udara hilang sebegitu sahaja.

Kitylie memandang langit namun tiada apa-apa yang terjadi segera dia pula melancarkan serangan.

Kitylie memetik jari dan menghasilkan beberapa pentagram kosong dan membentuk sebuah terowong. Tubuh Kitylie hilang ditelan pentagramnya sendiri. Cashen memandang terowong itu.

Entah mengapa kepalanya bagaikan melayarkan sesuatu memori yang dia sendiri tidak ingat bila memori itu berlangsung.

Terowong api. Dia memasuki terowong tersebut. Seorang gadis memandangnya. Dia bagaikan sedang berbual dengan gadis itu namun tiada suara kedengaran. Gadis itu merah wajahnya apabila dia berkata sesuatu.

Apa yang aku katakan pada dia?

Cashen mengerut dahi dan menahan sakit yang amat yang mencengkam kepalanya.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now