Episode 88

2.8K 195 28
                                    

Malam hari,

Saat semua penghuni sudah berlayar ke lembah mimpi, kedengaran suara perlahan yang sedang mengerang.

======================

"Eghhhh!!!" Suara mengerang mula kedengaran dibilik perserta tadi.

Dia...

.....Peserta yang bertarung sengit namun tertangguh perlawanannya.

Ya,

Tepat.

Itulah Cashen.

Cashen mengerang.

Kakinya mula terasa sakit yang amat.

Perit!

Terasa sakit.

Kesakitannya yang dirasai oleh Cashen tak dapat digambarkan.

Tubuhnya yang separuh bogel itu berpeluh teruk.

Dia mengetap bibir dengan kuat sehingga mengalir cacair yang hangat dibibirnya.

Kesan ubat yang diberi oleh rawatan kecemasan sudah hilang keberkesanannya.

Kakinya mula berdenyut kuat sehingga terasa kakinya kebas dan mahu meletup.

Cashen cuba bangun dari baringan dan cubaannya untuk membuka mata hanyalah...

.....Usahanya sesia.....

Sekuat mana dia cuba melawan untuk bangun atau meronta semua itu hanya sesia.

Badannya terasa cengkaman yang amat kuat. Dirinya bagaikan diikat serta dikunci oleh sesuatu.

Tangannya mencengkam selimut dengan kuat menyebabkan selimut berkedut.

Peluh jelas kelihatan disetiap helaian hujung rambut berdekatan dengan badannya.

"Arghhh.." Jeritan Cashen ditahan dengan mengigit bibir tanpa melepaskannya walaupun

Kakinya yang dirawat oleh Caren sudah terbuka semula koyakkannya lukanya.

Darah mula membasahi katilnya seperti bunga mawar yang sedang mekar.

Cashen tidak menyedarinya. Apa yang disedarinya hanyalah kakinya bagaikan terkena sesuatu pokok berduri yang pedih yang memasuki isi dagingnya dan mahu meletup.

"Sakit..." Tanpa diduga kesakitan yang dialaminya itu menyebabkan air mata jantannya yang sukar menitis itu menitis juga perlahan-lahan.

"Haaa...Haaa...Haaa...S..akit...Haaa... Haaa... Haa... Apa.. Haa..Haaa... Yang berlaku? Haaa...Haaaa... Kenapa... Aku...Haaa... Tak.. Bo.. Haa.. leh.. Bergerak? Haaa.." Mulutnya melepaskan nafas yang berat.

"Tubuh kau tak boleh bergerak sebab kau terkena racun dari sisik Zee." Suara seseorang mula kedengaran di halwa telinga Cashen.

Cashen terkejut kerana langsung tidak dapat merasai kehadiran seseorang disisi malah ketika itu sudah semestinya seluruh penghuni sudah melabuh tirai.

"Eee...ngggka..u.. Haaa..Haa..Haaa.. Siapa?" Cashen cuba berkata.

Dia cuba mengawal kesakitan yang dirasainya.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now