"So? Kau nak buat apa sekarang?" tanya Mike. "Buat masa sekarang kita ikutkan je dulu rancangan perempuan tu. Dia yg start game ni, dia jugak yg akn tamatkan." Rafael sudah tersenyum jahat. "Tapi aku nak kau tolong cari cara supaya ilmu xguna ni keluar dari badan aku. Aku tak nak ada rasa benci pada Maira lagi" pesan Rafael seraya bangun dari kerusi. Mike hanya mengangguk faham.

___

Rafael menerima panggilan dari Amelia. "Hello?" sapa Rafael. "Raf, i nak jumpa u sekarang boleh?" Rafael juga tetap sabar menahan geramnya terhadap Amelia. Kalau tidak, dah lama dia bunuh Amelia. Demi untuk menyeksa Amelia dia sanggup betlakon tidak mengetahui apa ii tentang rancangan Amelia.

Rafael sampai di taman yg dikatakan oleh Amelia. "Ada apa nk jumpa i?" kata Rafael mendekati Amelia dibangku itu. "Jom kahwen." Pernyataan itu menyebabkan Rafael yg belum sempat melabuhkan punggungnya berdiri dengan tiba ii.

"Kenapa?" soal Amelia dengan nada pelik melihat kelakuan Rafael. "Kenapa nak cepat sgt ni?" soal Rafael sambil menggaru belakang kepalanya.
"I ...." Rafael menanti percakapan yg akan dilanjutkan oleh Amelia.

"Pregnant anak u, Raf" terkejut Rafael mendengarnya. 'sejak bila pulak aku tidur dengan dia ni?' Rafael sudah berkerut kening memikirkan hal itu.
"Betul ke u pregnant anak i?" Terpacul soalan itu dari mulut Rafael.

Amelia bangun dan menampar pipi Rafael. Rafael yg berang apabila pipinya ditampar mula teringat akan rancangan Amelia. "Okay ii. I am sorry. I terkejut and terlepas cakap. Sorry." Pujuk Rafael supaya Amelia percaya akan lakonan itu.

"Kalau u tak percaya. U boleh tengok ni." Amelia menghulurkan telefonnya kepada Rafael. Rafael melihat gambar itu memang dirinya dan Amelia dibilik itu. 'ohh yang ni. Nasib baik si Mike dah tunjukkan cctv bilik ni.' bisik hati Rafael sambil tersenyum.

"Kenapa u senyum?" Soal Amelia. Pelik tadi terkejut sekarang senyum pulak. "Okay, kita kahwen." Ayat yg keluar dari mulut Rafael itu mengembirakan Amelia saat itu.

___

Amelia melangkah masuk kedalam sebuah butik. 'Dan rancangan yg seterusnya akan berlaku disini.' bisik hati Amelia sambil tersenyum senget.
"Boleh saya bantu cik?" tegur seorang pekerja dibutik itu. "I nk tengok collection untuk baju pengantin." jawab Amelia sambil melilau matanya melihat persekitaran dalam butik itu.

"Cik boleh duduk sana. Nanti saya akan tunjukkan koleksi yg kami ada." kata perempuan itu sambil menunjuk pada sebuah kerusi. Amelia hanya mengikuti arahan pekerja itu.

"Humaira, pekerja butik ni. Ada?" tanya Amelia yg sedang leka melihat pelbagai koleksi baju pengantin di album dan buku ii koleksi. "Oo. Ada. Puan Humaira ada dibilik belakang." jawab perempuan itu dengan santun.

Semua gerak geri Humaira juga dipantau oleh Amelia sejak Humaira keluar dari villa itu. Amelia sudah tersenyum. "Nanti tolong panggilkan dia, saya nak dia yg uruskan pakaian saya nanti." jelas Amelia kepada pekerja itu. Pekerja itu hanya mengangguk faham.

Amelia membuat panggilan kepada Rafael. "I dah ada dekat paking ni." jawab Rafael apabila panggilan dari Amelia dijawabnya. "Okay sayang." Amelia terus mematikan panggilan itu. Humaira yg tadi berdiri belakang Amelia bergerak ke tepi Amelia.

"Cik Amelia. Ada apa ii saya boleh tolong?" soal Humaira dengan ramah. Tapi dalam hati siapa tahu. "I nak u tolong pilihkan baju pengantin untuk i." kata Amelia yg sudah tersenyum mengejek. "Tahniah cik Amelia." Ucap Humaira dengan senyuman terpaksa dan dia masih belum tahu siapa bakal suami Amelia.

Bunyi pintu ditutup menarik perhatian mereka berdua. "Sayang. Lama i tunggu u tau." kata Amelia seraya memeluk lengan sasa Rafael. Humaira dan Rafael sama ii memandang antara satu sama lain. Air mata Humaira mula bertakung dikelopak matanya. Dia menghapuskan air matanya ketika berpaling kebelakang.

'aku tak boleh lemah.' kata ii semangat dari Humaira. Humaira mula mengukir senyuman kepada pasangan itu. "Jom duduk. Kita bincang." Rafael yg masih tidak lepas memandang Humaira didepannya mula merasa serba salah.

Setelah beberapa jam berbincang akhirnya Humaira meminta diri untuk meninggalkan pasangan itu beebincang sendirian pula. Baharu sahaja Humaira meninggalkan mereka berdua, Rafael pula berdiri.

"U nak pergi mana?" soal Amelia setelah melihat Rafael mula melangkah. "Nak g tandas jap." Amelia hanya membiarkan Rafael pergi. Bukannya dia tidak tahu bahawa Rafael pergi cari Humaira.

Rafael tercari cari Humaira didalam butik itu. Rafael mendekati apabila seorang perempuan sedang mengurut kakinya. Mungkin lenguh. Tanpa memberi amaran, terus sahaja kaki Humaira itu diurutnya perlahan lahan.

Humaira yg terkejut dengan tindakan Rafael menolak Rafael sehingga jatuh terduduk. Humaira bangun dari bangku panjang itu. Tangan Humaira ditegah oleh Rafael. "Sakit laa." Tipu Humaira apabila Rafael memegang lengannya. Dia tidak suka Rafael pegang tangannya lagi.

"Sorry." Rafael melepaskan tangan Humaira tanpa kompromi. "Kenapa tak bawa sekali surat cerai? Saya dah bagitahu, saya tak nak bermadu." kata Humaira seraya memandang kearah lain tidak mampu untuk dirinya menatap mata Rafael

Masih ada cinta dan rindunya kepada Rafael. "Aku takkan ceraikan kau samapi bila ii.." hanya itu sahaja yg dibicarakan oleh Rafael dan meninggalkan begitu sahaja Humaira diruangan itu. Air mata Humaira mula menuruni dengan laju.
















Author yg buat chapter ni pon rasa sakek hati. Tak mampu nak teruskan lagi.😈😭
Author rasa nak matikan je watak Raf ni. Gantikan dengan Adam.😈
Adam lagi gentleman dari Raf.😂😂
Kita sama ii tengok chapter 25 nnti yerr.. 🥴

He's MAFIA  [DONE] ✅Where stories live. Discover now